Wednesday 16 January 2013

TAPAK WARISAN MENSULI DICEROBOH








Oleh : THOMAS PI

LAHAD DATU: Penduduk kampung di kawasan Ulu Segama membantah sekeras-kerasnya kegiatan penggambilan pasir di kawasan Tapadung, Tambiruga dalam kawasan tapak warisan Lembah Mansuli, tapak yang dianggap amat suci bagi mereka.

Pada malam Ahad lalu, pemimpin masyarakat di kawasan Ulu Segama telah menubuhkan satu Ahli Jawatankuasa (AJK) Bertindak Kawasan Ulu Segama serta membuat satu laporan polis keesokan hari.

Mereka berharap dapat menyelamatkan tapak suci mereka sebelum terlambat.

Laporan polis dibuat oleh Ketua AJK Bertindak selaku Pemaju Mukim Ulu Segama, Maipe B. Muradi @ Maibe bersama dengan Ketua Kampung Bukit Belacon, Ukik @ David B Totop; Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg. Upak, Lanjut @ Lanyut B Padun; Pengerusi JKKK Bukit Belacon, Ancari Tubayl; Timbalan Ketua Bahagian Tungku Parti Bersatu Sabah, Tungging B Durani;  Timbalan Cawangan Umno Tilawas Segama, Douglas B Akong dan Mohamat Tedius B Muradi, Bendahari AJK Bertindak.

Menurut mereka, laporan polis ini dibuat supaya Polis, Pejabat Tanah, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran bahagian Tawau, Jabatan Perhutanan Lahad Datu, Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar  membuat penyiasatan dan tindakan yang sewajarnya.

Mereka juga memohon agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan dan menggambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang telah menyalah guna kuasa bagi meluluskan aktiviti penggambilan pasir di kawasan tapak warisan penduduk kampung tersebut.

Maipe berkata, penduduk kampung merasa amat bimbang dengan aktiviti pengambilan pasir ini yang boleh mengancam tapak warisan dan aktiviti tradisi penduduk di kawasan tersebut.

Menurutnya, bertindak atas aduan penduduk di kawasan Ulu Segama, pemimpin masyarakat dari kawasan itu telah membuat pemantauan dan mendapati bahawa kerja-kerja penggambilan pasir sudah berlaku di sungai dekat lembah tersebut.

“Aktiviti ini telah berjalan dengan senyap tanpa pengetahuan penduduk kampung  hampir sebulan danjika activiti ini diteruskan, ia akan mengancam lokasi activiti tradisi penduduk, mahupun tapak warisan Kampung Ulu Segama,”

Sementara itu Ukik berkata, tapak warisan Lembah Mansuli yang terletak di hujung kawasan Ulu Segama adalah tapak warisan nenek moyang penduduk kampung dari seluruh kawasan Ulu Segama dan Segama Lama.

Manakala Lubuk Tapadung dan Tambiruga di sekitar lembah tersebut adalah tempat bagi penduduk kampong menjalankan aktiviti tradisi seperti memancing, memukat dan menjala ikan.

Hilang tapak warisan

“Malah tempat pasir di tepi sungai di kawasan ini adalah tempat bagi kami berkhemah di hujung minggu dengan seisi keluarga sementara menjaga pukat-pukat kami, ” katanya.

“Jika kawasan ini dijadikan tempat penggambilan pasir sungai mana kah lagi tempat bagi penduduk kampung hendak menjalankan aktiviti tradisi ini? Generasi muda penduduk kampung bukan saja akan hilang  aktiviti tradisi ini selama-lamanya.

“Kehilangan dua kawasan Lubuk tersebut  akan hilang juga tapak warisan Lembah Mansuli yang telah wujud sekian lama,” tambahnya.

Menurutnya lagi, tapak warisan Lembah Mansuli telah dikunjunggi oleh pegawai Arkib Negeri dan profesor Universiti Sains Malaysia  Pulau Pinang pada tahun 2008-2009 dan kajian purba di kawasan perkuburan warisan tersebut mendapati banyak artifek.

Oleh demikian, menurut pegawai Arkib Negeri itu kawasan ini berpotensi digazetkan sebagai kawasan Arkib.

Dengan itu, Maipe dan ahli AJK Bertindaknya yang terdiri daripada Ulu Segama dan  kawasan Segama Lama yang dipimpin oleh Tungging B Durani mewakili penduduk kampung dari dua kawasan itu yang majoriti kaum Dusun, membantah sekeras-kerasnya aktiviti penggambilan pasir ini bagi mempertahankan Tapak Warisan Lembah Mansuli dan aktiviti tradisi mereka.

Jika benar penggusaha penggambilan pasir ini mempunyai kelulusan dari mana-mana pihak, AJK Bertindak merasa amat kesal  keputusan tersebut kerana ia bukan sahaja di kawasan tapak warisan Lembah Mansuli yang berpotensi  digazetkan sebagai kawasan Arkib, malah juga tanpa memikirkan kepentingan penduduk kampung.

“Sepatutnya pihak tersebut merujuk kepada pemimpin-pemimpin yang ada di mukim Ulu Segama dan Segama Lama dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan selanjutnya, kerana hal ini melibatkan tapak warisan kesemua penduduk kampung di dua kawasan tersebut,”

Selain daripada kegiatan mengambil pasir, penduduk kampung juga mendapati ada kegiatan merosakkan alam semulajadi di kawasan Tapak Warisan Lembah Mansuli, seperti menebang kayu dan memproses kayu terubah. (FMT)

No comments:

Post a Comment