AIRASIA berkata ia tidak
terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran sebarang
program loteri atau baucer.
"Kami mendapat tahu
bahawa orang ramai dan penumpang kami telah menerima emel yang menjemput mereka
mengambil bahagian dalam program loteri atau program Baucar Membeli-belah
1Malaysia yang didakwa dianjurkan oleh AirAsia," kata syarikat penerbangan
tambang murah itu dalam satu kenyataan.
Program loteri itu datang
daripada satu entiti yang memanggil dirinya "AirAsia (Ibu pejabat serantau
Asia-Pasifik) dengan alamat Tingkat bawah, Terminal 2, Lapangan Terbang Kota
Kinabalu, Jalan Lapangan Terbang Lama, Tanjung Aru Sabah, katanya.
Entiti itu membuat dakwaan
palsu bahawa ia menganjurkan "Program Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia
2012" dengan hadiah tunai US$130,000 bagi pihak AirAsia.
Program Baucar Membeli-belah
1Malaysia itu pula menawarkan baucar AirAsia bernilai RM5,000 dan memujuk
penumpang untuk memberikan butiran peribadi mereka.
AirAsia menafikan
penganjuran apa-apa program dan ia tidak memberi tanggungjawab kepada mana-mana
syarikat, organisasi dan syarikat perjudian untuk menganjurkan apa-apa program
loteri atau baucar bagi pihaknya.
Syarikat penerbangan tambang
murah itu berkata ia telah membuat laporan polis dan akan membuat laporan
kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tidak lama lagi tentang perkara
itu. (Bernama)
pasti ada pihak sengaja gunakan nama Airasia untuk mengaut keuntungan, kita sebaiknya merujuk kepada pihak terbabit sebelum mendedahkan maklumat peribadi kita.
ReplyDeleteIrresponsible act done by the intelligent people (hackers etc).
ReplyDeleteMemang banyak yang menumpang nama untuk dapat keuntungan. semoga siasatan dapat menjelaskan perkara ni.
ReplyDeleteJadi jangan terpedaya dengan mana-mana pihak yang cuba membuat kegiatan tersebut.
ReplyDeletePersaingan sangat sengit sehinggakan ada yang cuma menjatuhkan Airasia.
DeleteBaguslah kalau Airasia telah menjelaskan mengenai perkara ini.
ReplyDeleteApa tujuan orang yang menyebarkan perkara tu
ReplyDeletepihak Airasia perlu buat laporan polis.. penipuan seperti ini sudah banyak kali berlaku.. ada pihak yang menggunakan nama Petronal, supermarket dan sebagainya.. so kepada orang awam, berhati2 la dan jangan mudah memberikan maklumat peribadi anda..
ReplyDelete