Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLLI
BEKAS Ketua Wira kumpulan
pendesak Melayu PERKASA Arman Azha Abu Hanifah berkata, pertubuhan yang pernah
disertainya itu tidak memiliki sebarang penaja, tidak kira sama ada dari segi
kewangan mahupun logistik.
Arman yang kini merupakan
naib pengerusi unit pidato BN berkata, semasa memegang jawatan ketua wira
PERKASA, beliau sendiri perlu mencari penaja bagi setiap program yang dibuat.
"Setiap kali nak buat
program, saya akan jumpa sahabat-sahabat saya yang mana ingin bantu. Ada yang
tolong bagi dua atau tiga ratus (ringgit). Bukan dapat banyak. Ini persepsi.
"Tak ada (penaja
tetap). Bagi saya ini adalah tanggungjawab apabila pegang (bekas) ketua Wira
PERKASA Malaysia, menjadi tanggungjawab mencari penaja," katanya ketika
ditemubual Malaysiakini.
Arman yang pernah bersama
PERKASA selama dua setengah tahun berkata, selain meminta bantuan penajaan
untuk membuat program daripada kawan-kawan terdekat, beliau juga menggunakan
wang simpanan sendiri sebagai usaha sukarelanya terhadap pertubuhan tersebut.
"Bagi saya, bila kita
pegang mana-mana jawatan dan amanah, keseluruhannya tanggungjawab kita.
Maknanya, daripada segi pergerakan, logistik program, kita gunakan
kebijaksanaan kita untuk memacu NGO. Dan bukan mudah untuk kita cari penaja
untuk dapatkan bantuan," katanya.
Bukan
agen Umno
Selain itu, Arman turut
berkata, PERKASA juga bukan merupakan agen Umno seperti yang sering dikatakan.
Beliau menegaskan, PERKASA
dan Umno merupakan dua badan yang berbeza dan menyifatkan, masing-masing
membawa perjuangan mereka yang tersendiri.
armand azha attack adam adli
video"Inilah persepsi yang dilontarkan. PERKASA adalah PERKASA. Umno
adalah Umno. Itu dua perkara berbeza.
"Jadi saya ambil
inisiatif sebelum tinggalkan PERKASA, kuatkan jentera Wira PERKASA. Saya telah kuatkan
barisan exco Pusat sebelum saya letak jawatan. Saya tinggalkan PERKASA dengan
keadaan yang boleh dipacukan," katanya.
Selain itu, ketika ditanya
kenapa beliau meninggalkan PERKASA, Arman, 37, berkata, beliau meninggalkan
pertubuhan itu bukanlah disebabkan wang.
Sebaliknya, katanya, beliau
ingin memberi ruang kepada ahli baru untuk menerajui jawatan yang disandangnya
dahulu.
3
bulan pertimbang letak jawatan
Menurut Arman lagi,
sepanjang penglibatannya bersama PERKASA, beliau hanya menerima wang berjumlah
RM1,700 sahaja bagi keseluruhan dua setengah tahun tersebut.
"PERKASA memang tak ada
penaja atau orang biaya. Itu yang kita tau. Kita tak ada penaja.
"Saya hari ini boleh
katakan wallahi, wabillahi, watallahi, sepanjang saya dalam PERKASA RM1700
sahaja saya dapat. Dan saya tak pernah menyesal sebab perjuangan lebih utama.
"Saya punya prinsip.
Kita harus beri peluang pada anak muda untuk rasa macam mana jadi pemimpin.
Jadi bagi saya, ketika saya tinggalkan PERKASA itu saya yakin PERKASA boleh
berjalan terus," katanya.
Arman juga berkata menambah
beliau mengambil masa hampir tiga bulan untuk membuat keputusan sebelum
meletakkan jawatan.
NOTA : Wawancara dijalankan
oleh Aidila Razak, Zulaikha Zulkifli dan Nicholas Wong. (MKINI)
sebelum ini ada mendakwa PERKASA ditaja Tun Mahathir, namun tiada yang membuktikannnya. kita dijelaskan PERKASA adalah pertubuhan sukarela yagn tidak ditaja oleh mana2 pihak.
ReplyDeleteIs this Ibrahim Ali's Perkasa? Not so many people want to donate for its event?
ReplyDeletekalau untuk adakan perhimpunan bersifat rasis memang tak perlu derma dan tidak ramai yang akan berminat untuk menderma.
DeleteBerjuang bukan untuk kejar harta ataupun kedudukan.
ReplyDeletePERKASA dengan pendirian mereka sendiri dan tidak pernah dikuasai mana-mana pihak.
ReplyDeletekalau macam tu tidak perlu la penaja
DeleteNampaknya kehidupan PERKASA ini amat susah untuk mencari penaja NGO tersebut.
ReplyDeleteSiapa juga mahu menaja Perkasa tu, racist.
Deletekalau ikutkan pembangkang, mana2 individu atau pertubuhan yang menentang mereka akan dituduh sebagai agen umno..
ReplyDeleteapa2pun saya tetap tidak suka dan tidak setuju dengan cara Perkasa berjuang untuk rakyat.. terlalu banyak pendekatan racist digunakan..
ReplyDelete