KUALA LUMPUR : Berikutan
keputusan Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia
berkuatkuasa 1 Dis 2011, kumpulan pertama 29 amah Indonesia mula bertugas
semula dengan majikan tempatan hari ini.
Wanita dari Jawa Timur yang
tiba di Malaysia tiga hari lalu itu diserahkan kepada majikan masing-masing
pada satu majlis khas di sini.
Presiden Persatuan Agensi
Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) Jeffrey Foo berkata kemasukan semula
pembantu rumah Indonesia itu menjadi realiti melalui memorandum persefahaman
(MoU) antara Malaysia dan Indonesia yang dimuktamadkan November lepas.
Beliau berkata MoU berkenaan
lebih menjamin kebajikan amah dari negara jiran itu terutama dalam soal
pembayaran gaji dan tugas mereka.
“Sekarang, majikan wajib
membuka akaun khas untuk pembantu rumah Indonesia, dan kemasukan gaji akan
dipantau bagi memastikan tidak ada unsur manipulasi,” Foo memberitahu pemberita
pada majlis itu.
Foo berkata tugas pembantu
rumah dihadkan kepada melakukan kerja-kerja rumah sahaja manakala tugas seperti
menjaga anak atau warga tua adalah terpulang kepada budi bicara pembantu rumah
berkenaan.
“Majikan juga tidak boleh
memaksa dan membuat aduan sekiranya amah mereka tidak mahir menjaga anak kecil
kerana ia bukan kepakaran mereka,” katanya.
Indonesia melaksanakan
pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada Jun 2009
berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh
majikan Malaysia.
Ditanya tentang cuti, Foo
berkata setiap pembantu rumah berkenaan diberi cuti sehari seminggu, dan ia
tidak semestinya jatuh pada hujung minggu sahaja.
“Jika mereka ingin bercuti
pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), ia perlu mendapat persetujuan majikan
terlebih dahulu,” kata presiden PAPA itu.
Bagaimanapun, jika pembantu
rumah itu diminta bekerja pada hari mereka bercuti, majikan perlu membayar RM27
sehari dan bayaran tersebut tidak termasuk gaji RM700 sebulan, jelas Foo.
Beliau menarik perhatian
bahawa kedatangan kumpulan pertama itu, walaupun bilangannya sedikit, merupakan
hasil perbincangan kerajaan dengan pihak berkuasa Indonesia dalam usaha mengisi
permintaan bagi mendapatkan pembantu rumah di Malaysia.
“PAPA sendiri menerima
kira-kira 3,000 permintaan untuk pekerja domestik dan kedatangan 29 pembantu
rumah dari Jawa Timur itu ialah hasil persetujuan bersama kedua-dua negara,”
katanya.
Penarikan balik pembekuan
penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia diumumkan selepas mesyuarat
dua hala melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden
Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di luar Sidang Kemuncak Asean di Bali pada
November 2011. (Bernama)
Glad that Indonesia can continue to work with out country in supplying domestic maids.
ReplyDeleteHope that the memorandum will help protect the domestic maid's welfare while working for Malaysian employers.
ReplyDeletehrap selepas ini tak ada timbul lagi masalah berkenaan amah.
ReplyDeleteLepas ni apa yang akan dikatakan oleh Irene pula ya.
ReplyDeleteIrene tu lebih baik dia tolong rakyat M'sia daripada pendatang asing
DeletePekerja dengan majikan perlu ada hubungan baik supaya tidak berlaku perkara2 seperti yang pernah terjadi sebelum ni.
ReplyDeleteTahu juga Indonesia takut tidak ada peluang pekerjaan kepada amah mereka nanti. Cuba bayangkan cuma Malaysia, Brunei saja yang faham akan bahasa mereka sedangkan amah mereka tidak ramai yang mahir berbahasa English.
ReplyDeleteKalau Indonesia tidak benarkan amah mereka kerja di M'sia pun ramai juga rakyatnya ke M'sia cari kerja, mungkin ada juga kerja amah. sama juga cerita.
Deletesi Irene yang cakap Malaysia tidak selamat tu sekadar mahu cover up saja ba tu.. kunun Malaysia ni bergantung dengan tenaga kerja Indonesia, sedangkan mereka la yang bergantung dengan Malaysia untuk memberikan peluang pekerjaan kepada warga mereka yang mana jumlah penduduknya tidak seimbang dengan pembangunan..
Deletebilang Malaysia tidak selamat.. tapi masih juga mahu hantar amah ke Malaysia.. Indonesia tidak ada peluang pekerjaan sudah ka??
ReplyDelete