Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
PRESIDEN Persatuan Veteran
Tentera Malaysia (PVTM) Mohd Ali Tinju berkata, isteri perdana menteri Rosmah
Mansor membawa pelbagai kemajuan dalam negara dan acuan baru pemikiran anak-anak
Malaysia.
"Kita lihat ada pihak
kata Datin Seri Rosmah, (dakwaan beli) cincin RM24 juta... Datin Seri Rosmah
telah membawa pelbagai kemajuan dalam negara ini.
"Beliau balik ke dalam
negara bawa acuan baru untuk pemikiran mengubah anak-anak Melayu, Malaysia maju
ke hadapan," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.
Mohd Ali yang popular dengan
aksi 'senaman punggung' depan rumah Datuk S Ambiga menyeru agar berterima kasih
kepada Datuk Seri Najib Razak dan isteri kerana sanggup berjumpa dengan rakyat.
Ditanya mengenai sesetengah
pihak yang masih mengecam Rosmah, Mohd Ali tetap memuji bahawa, isteri perdana
menteri itu terus maju ke hadapan.
"Datuk Seri, berdua
orangnya mempunyai pemikiran yang tajam dan walau diuji pahit dan manis.
"Bagi saya, Datin Seri
tak ambil berat hal itu dan terus ke hadapan. Buatlah kerja masing-masing.
Jangan sakiti hati orang lain," katanya lagi.
Selar 'rasuah' anak menteri
Sementara itu, Mohd Ali
turut mencabar mana-mana menteri yang terlibat dengan dakwaan rasuah tampil
menjelaskannya secara terbuka dan jika terbukti hendaklah meletakkan jawatan.
Tanpa menyebut nama, Mohd
Ali mendakwa, terdapat seorang menteri baru terpalit dengan dakwaan anaknya
mendapat kontrak kerajaan sebanyak RM30 juta.
"Mereka harus kotakan
janji hapuskan rasuah. Baru rakyat akan sayangi kerajaan Najib.
"Saya minta pada
menteri yang rasuah, segera buat kenyataan. Buat macam apa yang saya buat.
Contohnya, RM30 juta bagi pada anak menteri atau menteri. Buat kenyataan, ‘saya
berhenti politik kerana anak-anak saya dan saya rasuah'.
"Saya harap pada
menteri-menteri ni kena bertanggungjawablah. Jangan asyik perdana menteri
dengan timbalan buat kerja. Kami boleh jadi mata dan telinga kerajaan untuk
menegur," katanya.
Beliau turut meminta agar
Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berani membuat rombakan barisan
kepimpinan bagi menghalang 'virus' itu merebak.
The government should always help bring development to the state, as the Prime Ministers wife, Rosmah does have a part to play as well.
ReplyDeleteHope that the government will walk the talk and put a stop to corruption.
ReplyDeleteRosmah adalah isteri PM yang amat aktif dgn aktivti2 sosial dan kebajikan.
ReplyDeleteLakukan yang terbaik sebaik isteri PM
DeleteMenteri yang tidak bertanggungjawab dan mengamalkan rasuah sepatutnya dipecat dan dibawa ke muka pengadilan.
ReplyDeleteBetul, jangan lepaskan mereka yang melakukan rasuah. Tindakan undang2 perlu.
DeleteTidak dinafikan. Namanya juga isteri PM.
ReplyDeleteIsteri kepada PM kita ini antara Isteri pemimpin yang paling aktif membantu negara dan rakyat.
ReplyDeleteyup.. manakala isteri PM(Pembangkang Malaysia), hanya aktif dalam kempen2 politik.. membantu rakyat? tidak ada langsung..
Deleterealitinya, banding dengan Rosmah dengan Wan Azizah, Rosmah lebih banyak menyumbang kepada negara..
ReplyDelete