Thursday, 7 June 2012

BERI PENJELASAN ISU 20 PERKARA




Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

TENOM: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom menyarankan agar kerajaan negeri memberikan penjelasan yang terperinci terhadap isu perjanjian/dokumen 20 perkara yang akhir-akhir ini menjadi bahan perdebatan di media cetak dan menjadi isu yang cuba 'disensasikan' oleh pembangkang untuk meraih sokongan dari rakyat.

Ketuanya, Jamawi Jaafar berkata, penjelasan dalam pelbagai bentuk flatfrom termasuk seminar, bahan bercetak dan sebagainya perlu dilakukan agar rakyat di semua peringkat khususnya di peringkat akar umbi memahami apakah sebenarnya isi perjanjian atau dokumen 20 perkara baik yang telah diselesaikan; mahupun yang dikehendaki oleh rakyat Sabah yang belum dilaksanakan agar mereka tidak mudah dikelirukan dengan fakta yang tidak betul,

Katanya, secara umum tidak semua rakyat mengetahui isi  kandongan dan isu yang dibangkitkan dalam 20 perkara, kerana dokumen ini telah dipersetujuai sejak pembentukan Malaysia tahun 1963 lagi terutamanya generasi muda yang lahir selepas tahun tersebut

"Rakyat perlu tahu apakah isu 20 perkara ini masih relevan lagi serta keperluan keperluan yang perlu dipenuhi atau tertangguh dan mana sebahagian dari 20 perkara ini telah pun dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia," jelasnya.

Tambahnya jika pihak pembangkang boleh mengeluarkan Buku Jingga memberi autonomi kepada Sabah berkaitan dengan 20 perkara apabila diberikan mandat memerintah pada PRU 13 termasuk mahu menaikkan royalti minyak sehingga 20% kepada Sabah dan Kelantan; adalah tidak mustahil kerajaan negeri boleh mencetak buku yang memberikan penjelasan terperinci berhubung dengan perjanjian 20 perkara ini kepada rakyat.

"Pemimpin masyrakat di peringkat akar umbi perlu diberikan penjelasan tentang isu ini dan mereka pula akan memainkan peranan menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat di kawasan mereka," tambah Jamawi.

Dalam hubungan ini, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berkata Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) yang diberikan tanggungjawab oleh kerajaan melaksanakan kajian pembangunan boleh memainkan peranan mereka membuat kajian dan memperjelaskan isu ini untuk kepentingan rakyat di negeri ini.

"Kita jangan terikut ikut budaya pembangkang yang mensensasikan isu ini, namun kita (kerajaan) perlu mengambil pendekatan yang bijak dan berhemah bagi menangani isu ini dari dipolitikkan oleh pihak pihak tertentu," katanya.

Jamawi berkata demikian ketika diminta mengulas isu 20 perkara yang menjadi berdebatan hangat oleh para pemimpin termasuklah pihak pembangkang yang hanya ingin meraih keuntungan sokongan dari rakyat

"Sewajarnya kita meminta pandangan ahli akademik dan sejarahwan tanahair sebelum membuat kenyataan kerana kenyataan sejarah dan kenyataan politik adalah dua perkara yang berbeza. Justeru itu, IDS boleh memainkan peranannya," tambah Jamawi.

Menurut Jamawi lagi, jika kajian serta perbincangan dilakukan dalam keadaan yang berhemah dan sistematik mengikut saluran yang betul bagi menangani isu ini;  khususnya dalam menyampaikan kehendak rakyat di negeri ini, maka tidak ada sebab bagi kerajaan Pusat mendengar rintihan rakyat Sabah atau menolak beberapa cadangan positif yang melibatkan kepentingan rakyat di negeri dalam menyelesaikan isu 20 perkara ini.

"Jika sebelum ini masalah PATI di Sabah, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil keputusan untuk menubuhkan RCI untuk menanganinya; tidak mustahil isu 20 perkara juga diberikan akan perhatian. Walaupun ia mengambil masa, namun ia lebih baik dari berterusan dipolitikkan," jelas Jamawi.

28 comments:

  1. Ada baiknya juga kalau kerajaan boleh beri penjelasan dalam apa saja bentuk yang memudahkan semua rakyat Sabah tahu tentang kandungan 20 Perkara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...jangan biarkan isu ini terus dipolitikkan.

      Delete
  2. suara pemimpin2 kerajaan perlu sama tinggi atau lebih dari suara pemimpin2 pembangkang.. jangan biarkan rakyat terus menerima penjelasan dari mulut para pemimpin2 pembangkang..

    ReplyDelete
  3. kadang2 penjelasan yang dibuat oleh pemimpin2 kerajaan akan ditentang habis2an oleh pemimpin2 pembangkang melalui media mereka.. so bagaimana jika anjurkan saja debat??

    ReplyDelete
  4. bagus beri penjelasan kepada rakyat kerana salleh telah mengeluarkan kenyataan bahawa 20 perkara sudah tidak relevan..dan ini menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi Ongkili mengatakan ia masih lagi sah, ini yng menimbulkan kekeliruan. oleh itu penjelasan amat perlu.

      Delete
  5. Datuk Salleh Tun Said mentioned that explanation regarding the 20 points agreement will be given so that the Sabahans will understand the status of the agreement.

    ReplyDelete
  6. Hopefully this 20 points agreement will be fulfilled as this memorandum serves to protect the Sabahan interest during the formation of Malaysia.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. perkara 20 haruslah difahami sepenuhnya. jgn hingga ada terkeliru mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan harus memberi informasi yang mencukupi dan tepat agar tiada manipulasi berkenaan 20 perkara.

    ReplyDelete
  9. Perjanjian 20 perkara harus ditunaikan agar rakyat berasa kerajaan ikhlas untuk menunaikan janji 20 perkara.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan Negeri akan cuba yang terbaik bagi menjelaskan mengenai 20 perkara yang dipermainkan oleh pihak pembangkang sekarang ini dan cuba memutar belitkan cerita 20 perkara ini.

    ReplyDelete
  11. Selagi Sabah bersama dengan Malaysia maka selagi itulah juga Sabah akan terus berpegang dengan 20 perkara itu.

    ReplyDelete
  12. Some people need to stop from misleading the 20 Points.

    ReplyDelete
  13. Pasti ada pihak yang menggunakn 20 perkara sebagai isu politik

    ReplyDelete
  14. The content and spirit of the 20 points document on Sabah’s safeguards for the formation of Malaysia is forever valid and relevant by virtue of them being incorporated in the Inter-Governmental Committee (IGC) report and Federal Constitution, opines Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete
  15. The Kota Marudu MP said the 20 points made in a memorandum by seven political parties in 1962 and submitted to the IGC was not an official government document but purely a political memorandum.

    ReplyDelete
  16. However, what became official were the deliberations and adoption of the points by the IGC and their eventual incorporation into the Malaysia Agreement and Federal Constitution," he said at Pesta Kaamatan celebration in Kpg Timbang Batu.

    ReplyDelete
  17. However, Ongkili also pointed out that there were now less than 10 matters in the original 20 points that remained relevant.

    ReplyDelete
  18. The rest especially those provisions pertaining to finance, language, religion and education have been willingly surrendered by previous government leaders of Sabah to the federal government, or they (the points) had lapsed due to time relevance.

    ReplyDelete
  19. Therefore, when we talk about the 20 points today we need to be specific about which particular points we are referring to.

    ReplyDelete
  20. Keep in mind Point number 4 of the 20 Points which stated that there will be no secession from the Federation. This makes Malaysia a permanent marriage.

    ReplyDelete
  21. So we should be talking about strengthening the Federation and enhancing territorial integration because these were the political commitment of the Sabah founding leaders of the Federation.

    ReplyDelete
  22. He said: “Today Sabah politicians, mainly the opposition, talk only of damning and criticising the federation and federal leaders but say little about building the nation and making Malaysia an even better place for our children"

    ReplyDelete
  23. Ongkili, who is Parti Bersatu Sabah deputy president, added that PBS would continue to fight for whatever remaining points to preserve them as well as towards enhancing their validity.

    ReplyDelete
  24. PBS stand by the people of Sabah to ensure the Federal government respects the points. The champions of the 20 points are the political parties in Barisan Nasional especially PBS. The opposition parties only know how to talk and play on sentiments yet have no teeth to defend the rights of the people of Sabah.

    ReplyDelete
  25. “So, the best way to defend the points is to ensure Barisan Nasional continues to rule Sabah,” said Ongkili who also attended the Mukim Ranau level and Kg Manggaris Pesta Kaamatan celebrations.

    ReplyDelete