Thursday, 7 June 2012

JADIKAN MASJID PUSAT ILMU




HULUR…. Hj Jaini menerima sumbangan Cek RM5,000 yang disampaikan sendiri Datuk Juslie.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MASJID mahupun Surau khususnya di kawasan Parlimen Libaran terus terpelihara  sebagai rumah Allah tempat beribadat dan tidak pernah terpinggir daripada  mendapatkan apa saja bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan yang ada sekarang.

Ini sejajar dengan perkembangan dakwah syiar Islamiah di mana masjid mahupun surau bukan sekadar tempat beribadat mengerjakan solat; tetapi dia juga sebagai satu  pusat institusi Islam untuk bermesyuarah dan tempat belajar mengaji Al-Quran dan sebagainya yang ada kaitan dengan aktiviti Islam.

Ahli Parlimen Kawasan Libaran, Datuk Haji Juslie Ajirul berkata demikian ketika berucap di majlis Penyampaian Sumbangan Wang Tunai sebanyak RM5,000 menerusi peruntukan Parlimen Libaran kepada Pengerusi Masjis At-Taqwah Taman Merpati Batu 7 Jalan Airport Haju Jaini Hj Jamari yang dilangsungkan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Libaran Bandar Labuk Sandakan, kelmarin.

"Masjid ataupun surau adalah tempat umat Islam bermesyuarah dan sebagai Pusat Ilmu Pengetahuan sejak berzaman," jelas Jusli yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan akan terus memberikan bantuan kepada rumah-rumah ibadat sejajar dengan Konsep 1Malaysia.

Katanya lagi, bantuan wang sebanyak RM5,000 itu adalah untuk mencantikkan bangunan Masjid At Taqwah Taman Merpati di samping untuk membeli penghawa dingin.

“Mana-mana Masjid dan Surau yang belum mendapat peruntukan tersebut haruslah bersabar dan sampai masanya kita akan tetap salurkan bantuan,” ujar Juslie lagi.

10 comments:

  1. Pastinya kerajaan juga memberi peruntukan kepada rumah2 ibadat lain seperti gereja dan kuil.

    ReplyDelete
  2. Masjid bukan sahaja tmpat solat, tapi ia jg pusat menimba ilmu.

    ReplyDelete
  3. Try to make use of the Mosque and Surau to study the Al Quaran as well as spreading the knowledge about Islam.

    ReplyDelete
  4. Hope that more Masjid will receive the RM5,000 allocation to improve the mosque soon.

    ReplyDelete
  5. Gunakan sebaiknya masjid yang ada untuk menyampaikan ilmu dan juga beribadah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh pihak tertentu kepada Masjid. Sebaiknya masjid yang ada perlulah diuruskan dengan baik dan pastikan kebersihan dan keselesaan dapat dipastikan.

    ReplyDelete
  7. It is sad when some people misuse the house of worship for their own personal interest. For instance, politics.

    ReplyDelete
  8. Gunakan masjid sebaik mungkin. Jangan salah gunakan.

    ReplyDelete
  9. semoga sumbangan dan bantuan kerajaan ini merebak ke semua kampung2 di Sabah.. rasanya masih ada beberapa masjid di negeri ini yang berada dalam keadaan daif dan ada juga kampung yang tidak memiliki masjid sendiri..

    ReplyDelete