Saudara Pengarang,
JAWAPAN Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui surat bertajuk 'KKLW Tidak Pernah Gagalkan Projek BALB' yang disiarkan di Sabahkini.net menimbulkan kemarahan penduduk
Tenom kerana tindakan KKLW tidak ubah seperti memaksa nyamuk menyerahkan hati kepada
gajah.
Saya ingin mempersoalkan
jawapan Ketua Komunikasi Korporat, KKLW, Meor Hafizan Bin Abdul Ghani berhubung
isu yang dibangkitkan melalui artikel 'KKLW Gagal Laksanakan NKRA Di Sabah'
yang menampakkan ketidak sungguhan KKLW mempertahankan sistem penyampaian
maklumat; sebaliknya mendedahkan kepincangan KKLW menangani isu prasarana luar
bandar.
Sewajarnya KKLW turun padang
memantau projek yang mereka laksanakan dan bukannya meninjau daripada jauh
sehingga projek BALB di luar bandar hanyalah 'Projek Syok Sendiri' (PSS) dan tidak
mencapai sasaran kerja yang diharapkan Perdana Menteri.
Saya amat terkilan dengan
jawapan KKLW berhubung pelaksanaan projek BALB di kawasan Tenom, Projek BALB
Sistem Retikulasi dan Projek Sistem Bekalan Air Tenom (Fasa 2) yang kononnya bertujuan
untuk meningkatkan kawasan Iiputan bekalan air bersih di kawasan Tenom
merangkumi keperluan bekalan air sehingga tahun 2030 agar masalah gangguan
bekalan air tidak berlaku di kawasan Tenom.
Persoalan di sini, dua
projek BALB berkenaan gagal memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih
kerana 30 peratus daripada kampung berkenaan hanya mendapat angin dan bukannya
air; sedangkan loji air bersih mempunyai bekalan yang melebihi keperluan.
Belum ada dalam sejarah
tamaddun manusia, 'Paip Air Boleh Menari' seperti di Tenom kerana jurutera dan
juruperunding menggunakan silibus yang hampir sama; tetapi keganjilan ini hanya
berlaku di Sabah.
Meletakkan kesalahan kepada
Jabatan Air Negeri Sabah seperti menyerahkan kanak-kanak nakal ke Sekolah Tunas
Bakti untuk dipulih semula sedangkan tugas untuk memastikan kecapaian NKRA
adalah tugas KKLW.
Alasan KKLW melaksanakan
tender secara terbuka untuk mendapatkan 'vaIue for money' bukanlah alasan yang
boleh diterima akal kerana majoriti kontraktor yang 'disedekahkan' projek
berkenaan tidak berkelayakan, kekurangan kompeten, menyerahkan kerja kepada
subkontraktor dan gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.
Mungkin agak keterlaluan
jika saya katakan bahawa Wakil Rakyat telah dijadikan 'Tunggul Kayu' oleh KKLW dan
kontraktor kerana tidak dilibatkan langsung dalam proses pembangunan dan
pemantauan projek yang akan, sedang dan telah dilaksanakan; sebaliknya terpaksa
menghadapi keluhan dan kritikan pengundi setiap hari.
Perbuatan Lembaga Tender KKLW
memilih kontraktor yang menjadi liabiliti kepada rakyat kerana KKLW terpaksa
berbelanja lebih melalui projek Top-Up yang bukan menjadi rahsia lagi kini
menjadi 'batu asah' kepada rakyat untuk membalas dendam kepada kerajaan dan
yang menjadi mangsa ialah Ahli Parlimen seperti saya.
Dalam hal ini, adalah tidak wajar KKLW memangsakan rakyat dan membazirkan wang pembayar cukai melaksanakan projek yang tidak mencapai aspirasi mereka kerana pengguna membayar bil untuk mendapatkan air bersih; bukannya paip kosong atau angin.
Jika pemimpin dan kontraktor ingin menjadi kaya, haruslah berusaha keras dan bukannya memerah keringat pembayar cukai yang terpaksa menanti setiap tahun mendapatkan air bersih sedangkan kerajaan mengumumkan peruntukan yang besar melalui KKLW.
Dalam hal ini, adalah tidak wajar KKLW memangsakan rakyat dan membazirkan wang pembayar cukai melaksanakan projek yang tidak mencapai aspirasi mereka kerana pengguna membayar bil untuk mendapatkan air bersih; bukannya paip kosong atau angin.
Jika pemimpin dan kontraktor ingin menjadi kaya, haruslah berusaha keras dan bukannya memerah keringat pembayar cukai yang terpaksa menanti setiap tahun mendapatkan air bersih sedangkan kerajaan mengumumkan peruntukan yang besar melalui KKLW.
Sehubungan itu, sebagai
Penggubal Undang-Undang, saya mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi berhubung isu ini kerana banyak
laporan telah dibuat; apatah lagi pembangkang telah menggunakan isu ini sebagai
modal politik untuk menyerang BN pada pilihanraya umum akan datang.
Sekian, Salam Hormat,
DATUK RAIMI UNGGI
Ahli Parlimen Malaysia
(Tenom)
Hope that the KKLW will always give attention to the projects so that it will go smoothly as possible.
ReplyDeleteAduan pembangkang adalah baik juga sebagai pemantau projek.
DeleteConstant monitoring while the projects are in progress should be done.
ReplyDeleteBetul juga, projek tersebut harus dipantau.
Deleteapa yang pasti KKLW kena laksanakan dan siapakan projek2 mereka dgn baik.
ReplyDeleteBetul tu, pasti kan semua projek harus dilaksanakan dengan betul dan siap mengikut masa yang di tetapkan.
DeleteProjek tersebut harus dipantau perkembangannya.
Deletemasalah bekalan yang berlaku haruslah diselesaikan. jgn biarkan masalah ini berpanjangan.
ReplyDeletediharap pihak kementerian akan melakukan apa yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut..tidaklah nanti rakyat akan mempersoalkan kredibiliti kementerian terhadap permasalahan mereka.
DeleteMP tenom bersuara sudah...
ReplyDeleteBagus lah MP tenom bersuara untuk penduduk Tenom, harap masalah ini akan dapt perhatian yang sewajarnya.
Deletesewajarnya pihak KKLW turun padang dan melihat sendiri permasalahan yang dikeutarakan oleh datuk raimi..
ReplyDeletesepatutnya setiap projek perlu dipantau untuk pastikan ia siap dengan sempurna dan tepat pada masanya.
DeleteJika pemimpin dan kontraktor ingin menjadi kaya, haruslah berusaha keras dan bukannya memerah keringat pembayar cukai yang terpaksa menanti setiap tahun mendapatkan air bersih sedangkan kerajaan mengumumkan peruntukan yang besar melalui KKLW.
ReplyDeletesetuju!
pemimpin dan kontraktor yangmacam ni lah yang patut disenarai hitam. rakyat akan tentukan nasib mereka.
Deletebetul, jangan biar pihak pembangkang gunakan alasan ini sebagai modal politik
ReplyDeleteSPRM harus menjalankan siasatan rapi berhubung isu ini
ReplyDeletejika tidak, sudah tentu rakyat akan memihak kepada pembangkang jika penguatkuasa tidak mengambil tindakan yang sepatutnya
ReplyDeletenasib BN adalah di tangan rakyat pada pilihanraya umum akan datang
ReplyDeleteApa pula respon mentri KKLW tentang hal ni?
ReplyDeleteRasanya KKLW dah bagi respon pun. Dorang ambil tindakan juga tu:)
ReplyDeleteSekarang ni pastikan saja hal ini diselesaikan dengan baik.
ReplyDeleteMereka yang gagal melaksanakan projek harus disenarai hitamkan.
ReplyDeletePenyerahan kepada kontrator yang betul adalah amat penting.
ReplyDeleteKontraktor harus beretanggung jawab setelah projek telah diberi kepadanya.
DeletePerkembangan projek harus dipantau untuk memastikan dalam perancangan.
ReplyDeleteMP sendiri keluar kenyataan. KKLW mahu cakap apa lagi?
ReplyDeletekerja jika tidak dibuat dengan jujur, beginilah kejadiannya.
ReplyDeleteSatu permintaan yang baik diberikan kepada KKLW. Jika benar apa yang KKLW katakan rasanya KKLW perlu turun padang dan melihat sendiri mengenai perkara ini.
ReplyDeleteSaya sangat menyokong jika pihak KKLW datang dan melihat sendiri penafian yang dibuat. Kita harap isu sebegini akan dapat diselesaikan sepenuhnya.
ReplyDeleteSyabas wakil rakyat bersuara demi rakyat.
ReplyDeleteWakil rakyat memang sepatutnya membela nasib rakyat kawasannya.
DeleteMasalah dan aduan harus juga diambil langkah yang wajar.
ReplyDeleteBlack list the contractor.
ReplyDeleteKKLW perlu turun padang untuk melihat segala yang memerlukan perhatian dan segerakan tindakan.
ReplyDeletePM tidak patut teragak2 menukar menteri KKLW memandangkan kementerian itu lebih banyak menerima rungutan berbanding dengan pujian..
ReplyDelete