Oleh : AZIZ JAMALUDIN MHD
TAHIR
22 JUN : Akhir-akhir ini
begitu banyak penafian dilakukan apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang didedahkan
dengan pelbagai isu peribadi yang boleh menggoncangkan kedudukan sebagai orang
penting dalam parti.
Terbaru, 'Skandal Dinar Emas'
yang melibatkan kerugian berjuta ringgit tetapi dalam masa sama menjelaskan
“tidak kenal orang yang disyaki terbabit”.
Sindrom penafian bukanlah
satu perkara baru. Ia sudah berakar umbi sejak lama apabila ada pemimpin
sanggup mencipta pelbagai teori songsang demi mendapat kuasa walaupun pada
hakikatnya 'untung seguni' dalam jangka pendek tetapi 'rugi sekampung' dalam
jangka panjang.
Sewaktu pembangkang
memerintah Terengganu dahulu dengan angkuhnya menolak pembesaran lapangan
terbang yang diusahakan oleh kerajaan terdahulu kerana tidak mahu melihat
negeri itu menjadi hab penerbangan utama di Pantai Timur.
Bagaimanapun setelah Barisan
Nasional (BN) kembali memerintah pada 2004, projek itu dilakukan sehingga
Terengganu menjadi hab penerbangan jemaah haji bagi Pantai Timur dan mampu
menampung keperluan pendaratan bagi pesawat sebesar Airbus.
Ketika Jambatan Pulau Pinang
dalam peringkat kelulusan pembinaannya pada awal tahun 1980-an, pembangkang
dengan lantangnya mengkritik projek itu membazir dan tidak perlu kerana lebih
ramai rakyat memerlukan pelbagai kemudahan.
Tetapi apabila mengambil
alih Pulau Pinang pada 2008, mereka terus menggesa agar Kerajaan Pusat tidak
memberhentikan cadangan untuk membina Jambatan Pulau Pinang kedua yang
menghubungkan Batu Kawan di bahagian tanah besar dengan Batu Maung di pulau.
Apabila meneliti cerita yang
lebih lama kita juga akan menemui bagaimana golongan ini pernah berjanji akan
melelong Putrajaya jika mereka menang dalam pilihan raya, tetapi kini mereka
begitu yakin akan menang dan merampas Putrajaya.
Tiada lagi kedengaran akan
dilelong semua projek yang pernah dianggap membazir dan mega pada suatu ketika
dahulu, sebaliknya sedang mencongakkan keuntungan, bila menang aset manakah
yang bakal meraih keuntungan dan siapakah pula yang akan memilikinya.
Pemimpin pakatan pembangkang
sentiasa menaburkan janji, jika menang akan diberikan pelbagai kemudahan,
tetapi sampai sekarang belum pun ada projek yang mereka laksanakan memberikan
faedah kepada rakyat setelah hampir sepenggal memerintah Pulau Pinang, Kedah
dan Selangor serta lebih 22 tahun di Kelantan.
Apabila rakyat mempersoalkan
janji yang dibentuk ketika kempen pilihan raya, mereka memberikan alasan bahawa
tetap akan dilaksanakan jika merampas Putrajaya.
Selain hanya tahu berjanji
dan menafikan kesalahan sebagai helah menutup kelemahan, parti pembangkang
jugalah merupakan pengguna atau penerima faedah daripada penolakan yang pernah
dilakukan di peringkat permulaan.
Ketika kerajaan Pusat
bercadang untuk memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebanyak RM500 setiap
keluarga yang miskin, parti pembangkang membuat tafsiran ia adalah sogokan
politik kerana terdesak untuk menang pilihan raya.
Disebabkan ramai rakyat mula
merasakan faedahnya pemberian tersebut, parti pembangkang mula mengaitkan
pemberian itu sebenarnya cadangan mereka sebagaimana dijanjikan dalam Buku
Jingga. Dalam masa sama, apabila merasakan ada peluang untuk meraih sokongan
golongan muda, pakatan pembangkang turut mengeluarkan hasrat akan menghapuskan
dana pinjaman pelajar kerana kaedah itu tidak boleh dipertahankan dan
membebankan pelajar.
Atas rasa ingin menguji
sejauhmanakah mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma, sebuah institut
pengajian tinggi swasta yang dikawal oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran
parti tersebut ditangguhkan sementara waktu untuk pembiayaan pelajar baru.
Akibat penangguhan itu,
kerajaan Selangor bercadang mencairkan aset, yakni menjual tanah dan hasil
jualannya sebanyak RM30 juta akan dijadikan asas dana pendidikan percuma.
Sebahagian rakyat Malaysia
mula memikirkan apakah jumlah tersebut mencukupi dan mampu menampung pembiayaan
dalam tempoh lama?
Jika sudah kehabisan, berapa
banyak lagikah tanah kerajaan akan dijual? Dalam masa sama, mereka pantang
melihat adanya tanah kerajaan yang kosong, akan dicadangkan pelbagai projek
komersial termasuk mengambil semula tanah yang diperuntukkan untuk kemudahan
rekreasi dan digazetkan sebagai kawasan hijau.
Demikian juga dengan parti
sinonim dengan berasaskan Islam turut tidak mementingkan kesejahteraan rakyat
untuk memperoleh pendidikan agama dengan lebih baik. Ketika berkuasa di
Terengganu, tiada sebuah sekolah agama pun dibina dalam tempoh empat tahun
manakala setelah merasakan kedudukan politiknya terancam turut sama dengan
sekutunya untuk menentang pula pembinaan sekolah agama rakyat di Perak atas
alasan mengurangkan tanah yang diperuntukkan untuk rekreasi.
Mengenai projek pemprosesan
bahan nadir di Gebeng, Kuantan mereka sanggup berbohong kepada rakyat kononnya
projek itu akan membahayakan penduduk sekitar dengan kemungkinan kebocoran
radioaktif.
Projek itu bukanlah projek
yang boleh disamakan dengan radiasi yang berlaku di Fukushima, Jepun dan projek
Lynas telah diakui mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Mereka tidak
mempedulikan pandangan pakar, mereka mencari sudut tertentu yang boleh
dieksploitasi sehingga membentuk teori songsang yang boleh mengelirukan
masyarakat.
Allah SWT mengingatkan umat
Islam untuk berwaspada dan berhati-hati menanggapi sesebuah isu yang
dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi.
Allah berfirman yang
maksudnya “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
-dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) — sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang kamu telah lakukan.” (al Hujurat: 6).
Ayat di atas dengan tegas
memperingatkan umat Islam agar tidak mudah termakan oleh sesuatu isu atau berita
yang tidak tentu kebenarannya. Umat Islam digesa untuk menyelidik dan
memastikan isu-isu dan berita yang disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab. Apatah lagi isu dan berita itu disebarkan pembangkang yang
mempunyai agenda politik tertentu bagi menjatuhkan maruah dan kewibawaan
kerajaan.
Suatu ketika dahulu mereka
menentang Kerajaan Pusat “menjual negara dan kelebihan alam semula jadi dengan
flora dan fauna” kepada negara luar bagi menjana pendapatan menerusi
pelancongan, kini merekalah sebenarnya menerima faedah besar daripada kempen
itu.
Kelantan misalnya, pada masa
kini amat mengharapkan kehadiran pelancong, kerana ia akan membolehkan sektor
perniagaan, peruncitan, perhotelan dan pengangkutan berkembang sehingga
menyebabkan Kota Baru begitu sendat dengan kenderaan pada musim cuti sekolah.
Bagaimanapun dalam menikmati
faedah daripada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat, parti pembangkang
tidak pernah membuat penilaian objektif, kesenangan dan kesejahteraan hidup
pemimpin-pemimpin mereka adalah kerana dasar pragmatik, dan bukannya sekadar
tahu berjanji. Baru-baru ini, terasa ada sedikit kejanggalan pendapat salah
seorang pemimpin pembangkang dengan angkuhnya mendabik dada dengan menulis
pembangkang yang menyumbang kepada perubahan dan pembaharuan.
Dari segi teorinya,
sumbangan pembangkang perlu dalam sistem politik demokrasi sebagai check and
balance. Pembangkang boleh menjadi penegur atau ombudsmen sebagaimana pernah
dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri,
dan dalam masa sama, siapakah pula yang akan menjadi “pengawas” bagi menegur
pembangkang.
Walau apa pun istilahnya,
peranan pembangkang di Malaysia tidak lebih daripada tukang tolak dan tukang
pukul yang tidak pernah menunjukkan sikap kerjasama untuk kepentingan rakyat.
Apabila terdesak, pakatan pembangkang memasang lukah dan kemudiannya, lukah itu
juga yang mereka gunakan untuk menafikan musuh politiknya sebagai tidak ikhlas.
Masyarakat mungkin tidak
boleh melupakan bagaimana apabila Umno sedia melaksanakan perintah Allah dengan
siapsiaga bermuzakarah atas prinsip memperkukuhkan kedudukan Melayu-Islam,
salah seorang pemimpin pembangkang menunjukkan sikap berdolak-dalik.
Akhirnya niat yang baik itu
hanya tinggal sekadar niat yang tidak ikhlas, manakala bila ada orang lain
memberikan pendapat atas keputusan tersebut, pemberi pendapat itu kemudiannya
disalahkan sebagai 'orang tua gatal mulut'.
Semakin ghairah membina
teori politik songsang, maka selagi itulah pakatan pembangkang akan terus
bermain dengan kata-kata kesat sebagai kaedah penafian atau sindrom paku
berkarat.
Paku berkarat kalau masih
boleh digunakan untuk mengikat kayu, ikatan itu tidak akan kukuh, ia akan
tercabut dan menimpa orang lain. Rakyat akan terus menjadi mangsa, jika
terpijak parutnya sukar untuk disembuhkan manakala sakitnya mengambil masa lama
untuk pulih.
Kita mungkin boleh belajar,
bagaimana Arab Spring yang lahir dalam semangat menentang pemerintah akhirnya
terjerat dengan kepentingan pengaruh asing, terutamanya dalam menjayakan hasrat
Israel dan Amerika Syarikat untuk memperkuatkan dasar imperialismenya ke atas
negara Islam yang mempunyai sumber minyak yang besar. Biarpun sudah berlalu
lebih setahun, Mesir belum pulih; saban minggu dan bulan kedengaran ada rusuhan
serta kematian.
Bukankah ini bermakna,
meruntuhkan apa yang sudah kita bina berdekad lamanya adalah lebih mudah
berbanding membina semula keamanan dan kestabilan politik yang telah runtuh
itu?
(NOTA: Datuk Dr Aziz
Jamaludin Mhd Tahir adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(Yadim).)
No matter what scandal was raised, they should be investigated. I saw many people closed one eye when these scandals involved Pakatan Members.
ReplyDeleteThe people should view the political scene with their own discretion.
ReplyDeletepembangkang harus menjadi cerminan kepada kerajaan, menegur kerajaan, bukan hnya tau menghentam kerajaan walaupun kerajaan lakukan perkara baik. jika kerajaan buat perkara baik, sokong dan berilah kerjasama. bukan memanipulasikan fakta.
ReplyDeletePeranan sebenar pembangkang kini memang sudah semakin jauh dari peranan asalnya. bukan lagi menjadi pelengkap kepada kerajaan tapi untuk memusnahkan kerajaan.
Deletekita sebagai rakyat yang bijak, kena bijak menilai apa2 yang dimainkan pembangkang, jgn mudah terpedaya dgn janji2 dan propaganda pembangkang.
ReplyDeleteMemang sindrom penafian semakin menular di kalangan pemimpin sekarang terutamanya bila timbul isu berhubung dengan diri mereka, tidak kiralah pemimpin dari pembangkang mahupun dalam BN.
ReplyDeleteSebab dalam politik, yang jujur berapa percent saja. Selebihnya terpaksa hipokrit.
DeletePembangkang sibuk hentam kerajaan sebab dalam masa yang sama mahu alihkan perhatian rakyat daripada menghidu kepincangan pembangkang itu sendiri.
ReplyDeleteMasalah dalaman dan kepincangan pembangkang memang banyak tapi ditutup dengan segala kata2 dan tindakan pembangkang dengan mencari kesalahan kerajaan.
DeleteHaha nampaknya pembangkang pun ikut macam BN sudah ini. Tapi macam lebih teruk lagi apa yang berlaku dengan pembangkang. Macam terlalu besar pula kes yang dilakukan.
ReplyDeleteAda bukti kukuh masih boleh nafikan lagi.
ReplyDeleteAnwar tetap raja nafi di Melaysia.. dedahkan la apa2 bukti pasal kesalahan beliau.. samada dalam bentuk video, dokumen, dna dan sebagainya, dia tetap akan nafi..
ReplyDeletepemimpin2 yang suka sangat nafi sedangkan sudah banyak bukti didedahkan, sangat bahaya untuk negara ini.. silap2 hak2 rakyat juga akan dinafikan sebaik mereka menguasai Puterajaya..
ReplyDeletePrime Minister Najib Tun Razak said opposition political parties in the country seem to be teaching people bad things, even matters contrary to religion.
ReplyDeleteEvidently, three bad things were that debts do not have to be settled, good deeds can be forgotten and promises need not be fulfilled, he said.
ReplyDeleteNajib said the Barisan Nasional (BN) government, on the other hand, not only fulfilled its promises but also provided the people with aid which it had not promised in the first place.
ReplyDeleteHe also said that Islam required all debts to be settled, and added that when people died, their outstanding debts had to be settled by their next-of-kin.
ReplyDeleteBy debts, the prime minister was apparently referring to those associated with the opposition proposal to write off the loans provided by the National Higher Education Corporation Fund (PTPTN).
ReplyDeleteNajib said the opposition was also poisoning the minds of the people by suggesting that they did not have to appreciate what the government was doing for them.
ReplyDelete"They tell people it is not necessary to remember good deeds, associated with aid for the people. I do not know of any country providing the people with mosquito nets, dentures and spectacles. When the government resurfaces a road, tarring is done up to the steps of houses," he said.
ReplyDeleteNajib said what the country has achieved so far would not have been garnered without having national leaders with integrity and vision.
ReplyDelete"Without integrity and vision, implementing any plan would result in a nightmare for the people," he said.
ReplyDeleteThe prime minister said the people should be grateful for the peace and unity they enjoyed.
ReplyDelete"Let's not make a mistake. If we do, we will lose the blessings we now enjoy. We have seen what has happened to the people in countries where political stability has been compromised," he said.
ReplyDeleteThe opposition will not succeed in penetrating Sabah, led by the Barisan Nasional (BN) under Chief Minister Musa Aman, in the next general election, said Sabah Information Executive Councillor Sapawi Ahmad.
ReplyDelete"Based on the current political scenario and the confidence shown by the people, Sabah BN will definitely win in the next general election," he said at the closing of the state- and Labuan-level 'Program Jelajah Isu'.
ReplyDeleteSapawi, who is also Sipitang MP, said that since the BN took over the state government in 1994, Sabah's financial position has strengthened, particularly with Musa's leadership.
ReplyDelete"Sabah only had a financial reserve of around RM300 million (in 1994) but it has increased substantially to RM3.3 billion as noted in the Auditor-General's Report.
ReplyDelete"This translates to good administration, especially economically, by the state government," he said.
ReplyDelete"This translates to good administration, especially economically, by the state government," he said.
ReplyDeleteHe also said that Prime Minister Najib Tun Razak was a man of his word, and called on the people not to be influenced by propaganda spread by opposition political parties.
ReplyDelete