TERIMA
KASIH…Jurufoto Sabahkini.Net Saffies S Jumadi menerima Sijil Penghargaan
daripada Biro Wanita PEMADAM.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
TIMBALAN Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong memuji langkah dan inisiatif yang
dijalankan oleh pihak Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah
Sandakan yang berjaya menganjurkan Seminar Dadah Musnahkan Akal dan Iman yang
memberikan pendedahan tentang penyalahgunaan najis dadah di kalangan remaja dan
belia yang semakin menular.
Kerajaan melalui agensinya
iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) kata V.K.Liew telah memainkan
peranannya untuk membendung dan membanteras di samping mencegah golongan belia
dari terjebak daripada mengambil dadah yang amat berbahaya ini, kerana dadah
adalah musuh utama Negara.
Beliau berkata demikian di
majlis Perasmian Program Seminar Dadah Musnahkan Akal dan Iman 2012 anjuran
Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan yang dilangsungkan di Grandstand
Padang Sandakan kelmarin. Teks ucapannya disampaikan oleh Ketua Pegawai
Perhubungan Parlimen Sandakan, Charlie Pang yang mewakili Liew.
Kerajaan kata Liew berusaha
keras untuk memulihkan masyarakat yang sudah terjebak dengan najis dadah sehingga
banyak perbelanjaan telah digunakan melalui pembinaan beberapa pusat pemulihan
akhlak, khususnya Pusat Serenti dengan tujuan untuk memulihkan mereka agar
sihat semula seperti sedia kala.
V.K.Liew menambah, terdapat
beberapa faktor yang menjadi punca terjebaknya mereka dengan aktiviti-aktiviti
songsang ini; terutama pengaruh rakan sebaya, kecewa dan semangat putus asa sehingga
memilih jalan singkat dengan mengambil dadah di samping kurangnya didikan
agama.
KENANGAN….Barisan
AJK Biro Wanita PEMADAM bergambar dengan Charlie Pang Ket dan Dri Zaiton Yahya
"Saya ingin menyentuh
sedikit di sini, ada kalanya mereka yang sudah keluar daripada pusat-pusat
pemulihan kembali semula mengambil dadah kerana kecewa disebabkan masyarakat tidak
menerima mereka,” tegas Liew.
Walaupun pada hakikatnya
jelas Liew, mereka sudah bertaubat tetapi masyarakat masih menganggap mereka
itu adalah sampah masyarakat dan jijik kepada mereka sehingga menjadi faktor
utama kenapa mereka kembali semula menagih dadah.
"Sebagai manusia, kita
serupa saja dengan mereka. Cuma perbezaannya dari segi akhlak. Lagipun mereka
sudah menjalani hukuman yang setimpal semasa mereka tinggal di pusat-pusat
pemulihan akhlak dalam tiga dan empat tahun lalu. Mereka sudah diberikan
bimbingan dan didikan agama yang secukupnya supaya mereka dapat memulakan penghidupan
baru seperti biasa," ujar V.K.Liew yang merayu agar masyarakat tidak terus
menerus menghukum mereka.
Dalam pada itu ibubapa juga
dinasihatkan agar sentiasa menjaga dan mengawasi pergerakan anak-anak mereka
dan pastikan hala tuju; di samping mengawal kebebasan pergaulan agar tidak
terjerumus dengan aktiviti songsang.
Seminar yang diadakan sehari
itu telah dihadiri lebih 100 orang yang terdiri daripada golongan belia yang
datangnnya dari pelbagai kampung.
Dalam pada itu, Noraini
Sulong yang mewakili Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan telah menyampaikan
Sijil penghargaan kepada wartawan daripada pelbagai media termasuk
Sabahkini.Net kerana banyak membantu PEMADAM membuat publisiti mengenai apa jua
aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan.
jauhilah dadah, ia membawa padah.
ReplyDeleteDadah bukannya penyelesai segalanya. Dadah cuma memberikan kesan yang buruk pada mereka yang mengambilnya.
ReplyDeleteDadah bikin rosak masyarakat kita saja!
ReplyDeleteJangan merosakan diri sendiri hanya kerana keseronokan
DeleteJadi pihak tertentu perlu memberikan kesedaran kepada masyarakat akan keburukkan yang dihadapi bila mengambil dadah.
ReplyDeleteDadah hanya merosakan.
ReplyDeletebanyakkan seminar atau kempen2 kesedaran di sekolah2 atau IPT..
ReplyDelete