WAWANCARA….Hj
Ahdah sedang diwawancara Sabahkini.Net mengenai isu Lajim dan Pengundi
Kinabatangan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
KITA bukan mahu
mempertikaikan kedudukan Datuk Hj Lajim Hj Okin dalam UMNO atau di mana-mana sahaja
beliau berada, tetapi kenapa tidak mahu mengisytiharkan keluar daripada UMNO
sehingga menjadi satu teka-teki kepada rakyat di Sabah, khususnya kepada
ahli-ahi UMNO itu sendiri.
Mantan Ketua Daerah
Kinabatangan, Hj Ahdah Hj Sulaimen berkata demikian kepada Sabahkini.Net
kelmarin ketika mengulas satu kenyataan yang disiarkan Sabahkini.Net bertajuk 'Benarkah
Lajim Under Cover Agen UMNO?' pada 7 November 2012.
http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=15987:benarkah-lajim-under-cover-agen-umno&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72
“Saya amat bersetuju dengan apa
yang ditulis oleh Sabahkini.Net mengenai senario ini dan saya fikir penulis
tidak berniat memburukkan mana-mana pihak tetapi satu persoalan kenapa Lajim
yang menderhaka kepada UMNO dibiarkan begitu sahaja tanpa diambil sebarang
tindakan, termasuk untuk memecat secara rasmi daripada UMNO.
"Bukankah UMNO baru
saja menubuhkan Jawatankuasa Khas Elak Mensabotaj Parti bagi mengambil sebarang
tindakan terhadap ahli-ahlinya yang mensabotaj parti kenapa Najib takut memecat
Lajim? Mungkin juga ada kebenarannya dakwaan yang menyebut Lajim 'Under Cover
Agen' UMNO,” tegas Hj Ahdah.
Dalam Jawatankuasa yang
telah dibentuk itu sudah memperuntukkan undang-undang kecil sebagai garis
panduan yang termaktub bagi membolehkan tindakan diambil bagi memecat mana-mana
ahli UMNO yang terbabit dalam mensabotaj parti, tetapi Haji Ahdah mempersoalkan
sekali lagi, kenapa Najib sebagai Presiden UMNO tidak berani memecat Lajim?
Dalam kesempatan ini juga
Haji Ahdah ingin menyelongkar sebanyak sedikit mengenai kedudukan pengundi di
Kampung Batu Putih dan Kampung Paris 1-2 dan 3 demi untuk pengetahuan umum.
Menurut Hj Ahdah, dalam
mesyuarat Penubuhan Pembentukan Jawatankuasa Daerah Pengundi Kg Batu Putih dan
Kampung Paris di bawah DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan yang diadakan
kelmarin, terdapat nama-nama yang terdaftar sebagai pemilih dalam buku semakan SPR
mendapati pengundi sekarang seramai 1,500 orang; sementara jumlah pengundi di
kampung Paris 1-2 dan 3 berjumlah 1,580 undi dan jumlah undi keseluruhannya
yang membabitkan dua kampung itu telah mencecah 3,080 undi.
Yang menghairankan kata Hj
Ahdah, kampung Batu Puith tidak sampaipun seribu orang penduduk asal dan beliau
mempersoalkan dari mana datangnya undi-undi
sebanyak itu.
"Begitu juga dengan
penduduk kampung Paris. Kita difahamkan kebanyakannya pengundi bertaburan tersebut
datangnya daripada luar Kinabatangan seperti dari FELDA Lahad Datu, Tawau,
Kudat dan tempat lain yang disebut sebagai 'Undi Hantu'.
Kata Hj Ahdah,
pengundi-pengundi tersebut yang datangnya dari luar Kinabatangan tetapi
berdaftar di Kinabatangan, nama-nana mereka juga berdaftar di tempat
masing-masing, mungkin menggunakan MyKad yang berbeza kerana ada kita jumpa
sehingga lima kali mengundi pada 2008.
“Saya amat bimbang fenomena
seumpama ini pastinya akan berulang kembali yang dilakukan oleh pihak yang
tertentu untuk memboleh parti pemerintah khususnya BN/UMNO memperoleh kejayaan
semula; demi untuk membolot semua kerusi parlimen dan DUN pada PRU 13 nanti,”
tegasnya.
Tegasnya, beliau secara
jujur menjelaskan tidak menentang sebarang dasar parti kerajaan yang ada
sekarang, tetapi ada dua tiga dasar yang dianggap songsang termasuk memberi
MyKad kepada PATI untuk mengundi dan amalan ini bukan rahsia lagi di
Kinabatangan.
“Sebagai penduduk asal Sukau
dan Mantan Ketua Daerah Kinabatangan, saya meminta Panel Suruhanjaya Siasatan
Di Raja (RCI) agar tidak menjadikan RCI sebagai gimik politik atau semata-mata untuk
menyedapkan hati rakyat di Sabah," katanya yang mendesak agar mereka yang
diamanahkan menjalankan siasatan rapi
tanpa tunduk kepada tekanan; terutama memastikan semua kerakyatan songsang
melalui IC Projek dibenteras segera.
No comments:
Post a Comment