POSTER.....Poster pilihanraya ini mungkin beredar ketika hari penamaan calon kerana memprotes kepimpinan Samsudin, dari Warga Penyu kepada Menteri Pelancongan!
Oleh : MUTALIB M.D
PENUBUHAN Suruhanjaya
Siasatan Di Raja (RCI) atas perkenan DYMM Yang DiPertuan Agong sewajarnya
menjadi 'TELADAN' kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang sebelum
ini dipalitkan dengan Skandal Hong Kong; turut dikait dengan kerakyatan
songsang, sebagaimana Pengakuan Bersumpah yang dibuat oleh Setiausaha Task
Force UMNO, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat dalam buku 007-Lelaki Malaysia
Terakhir?
Walaupun kenyataan Jabar
Khan boleh dicabar kerana hanya bermodalkan 'Hear Say' , 'bermodalkan dendam' dan
tidak mempunyai sekelumit bukti yang melampaui keraguan munasabah berhubung penglibatan
Musa Aman dalam Ops Gembleng 1991; (Kerakyatan Songsang) sama ada minit
mesyuarat atau arahan bertulis.
Namun dalam kes Adun Sekong,
Datuk Haji Samsudin Yahya; begitu jelas sekali Musa boleh dituduh melindungi dan
memberi suaka politik kepada Samsudin, salah seorang 'Bupeka' (Budak Pengilap
Kasut) yang terkenal; sedangkan secara sedar, Musa tahu bahawa Samsudin
memperoleh kerakyatan songsang dan menjadi umang-umang dengan menjaja nama
keluarga TYT sekarang, Tun Juhar Mahiruddin.
Jika Samsudin boleh lepas
bebas daripada siasatan RCI, sebagaimana lolosnya Mantan TYT Sabah, Tun Sakaran
Dandai yang berasal daripada 'Tanah Tidung, Bolongan' di Nunukan setelah
memalsukan keterangan diri untuk mendapatkan taraf Anak Jati Sabah, dengan berbinkan,
Dandai; maka tidak keterlaluan jika RCI akan dianggap sebagai 'Wayang Kulit'
Najib jika melepaskan Samsudin yang rekodnya sudah sah; memperolehi kerakyatan
Malaysia mengikut Seksyen 30 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Beberapa laporan polis dan
RCI yang dibuat PKR, PAS dan UMNO sendiri terhadap 'Jati Diri' dan asal usul
Samsudin sudah cukup untuk memberi amaran kepada Musa atau TYT jika berhasrat ingin
melindungi Samsudin daripada siasatan RCI; atau terus mengekalkan perlantikan
Samsudin sebagai Pengerusi Ko-Nelayan dan pemilihan beliau ADUN Sekong.
Dalam kekalutan ini,
Samsudin tambah memberatkan isu kerakyatan songsang apabila membantu
'Gundiknya', Pia Binti Dahlan, PATI yang turut menumpang nama keluarga TYT;
suatu perbuatan yang memalukan sehingga TYT bertindak memulaukan Samsudin
daripada majlis keluarga di Istana, baru-baru ini.
Jika Musa sukar mencari
calon pengganti Samsudin sebagai ADUN Sekong; matanya hendaklah diarahkan
kepada deretan pemimpin UMNO di Batu Sapi; bukan sahaja yang muda belia; malah
boleh mencalonkan Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Armani Mahirudin.
Ketokohan dan rekod bersih Armani
akan mampu membantu Datin Linda Tsen jika dicalonkan semula sebagai Ahli
Parlimen Batu Sapi setelah berkhidmat cemerlang sejak dua tahun lalu.
Segala 'kudis buta dan sopak
politik' yang merayap di batang tubuh Samsudin akan 'menjangkiti' Musa jika terus
menerus memikul 'Kuda Belang' yang hanya layak dibuat haiwan mainan kerana
tidak boleh ditunggang; malah Musa terpaksa memikul Samsudin sepanjang hayatnya
dalam politik.
Menjelang PRU, Musa bukan
sahaja perlu mencantas Samsudin, malah ADUN Sebatik, Haji Abdul Muis Picho yang
sama taraf dan seangkatan dengan Samsudin jika tidak ingin rakyat bangkit marah
di era RCI sebagai 'Judgement Day' bagi 'Warga Penyu'; bukannya meneruskan 'Gangnam
Style' yang tidak memberi sebarang makna dalam politik Sabah.
Adalah amat malang jika
Panel RCI yang dianggotai oleh 'Tokoh Hebat' yang mendapat perkenan DYMM Yang
DiPertuan Agung akan mula memanggil 48 saksi (mungkin bertambah) memberi
keterangan pada 14 Januari 2013; melalui prosiding 'Ala-Mahkamah' hanya berada
di bawah telunjuk Samsudin dan Muis?
MyKAD.....Jika Samsudin boleh dipilih sebagai Wakil Rakyat semata-mata kerana memiliki IC Projek, maka gundiknya juga, Pia Binti Dahlan boleh menjadi Wakil Rakyat kerana tidak ada bezanya Pemandu Teksi dan Pemandu Kepala (Tukang Gunting Rambut).
Panel RCI yang diketuai
Mantan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong sudah
pastinya bersetuju bahawa Kerajaan harus memulakan siasatan dari dalam; iaitu
menunjukkan keikhlasan dengan menggugurkan sesiapa sahaja yang disyaki atau
dipercayai PATI yang mendapat kerakyatan songsang.
RCI tidak perlu bertanya
saya atau mencari bukti dalam 'tong sampah'; sebaliknya mendapatkan rekod 'X-Files'
daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen yang mempunyai 'locus
standi'; kerana dua Jabatan yang dianggap 'Syaitan dan Iblis' oleh rakyat Sabah
ini memiliki rekod yang tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah di dunia.
Jika telah jelas bahawa di
dalam rekod JPN bahawa Samsudin dan Muis Picho memperolehi Kewarganegaraan
mengikut Fasal 30 (3), maka mereka secara automatik tidak lagi layak menjadi
Penggubal Undang-Undang di Sabah.
Fasal 30 (3) sudah lama
wujud dalam Perlembagaan Persekutuan dan bukan saya cipta sendiri; maka
seharusnya tidak mengikut jejak langkah Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai
Integriti sebelum ini yang boleh diibaratkan mencari jarum di dalam rumput.
Menurut peruntukan Fasal 30
(3), MyKad berkenaan diakui diperolehi secara songsang atas arahan 'Tangan
Ghaib' yang saya terjemahkan dalam buku saya, 'IC PROJEK Agenda Tersembunyi
Mahathir?
Perlu diingat, Fasal 30 (3) menjelaskan
bahawa; "Bagi maksud menentukan sama ada seseorang dilahirkan sebagai
warganegara Persekutuan, apa-apa soal sama ada dia dilahirkan sebagai
warganegara suatu negara lain hendaklah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan
dan perakuan Kerajaan Persekutuan mengenai soal itu adalah konklusif (melainkan
jika dibuktikan bahawa perakuan itu telah didapati dengan cara fraud, nyataan
palsu atau penyembunyian sesuatu fakta material).
Walaupun Perdana Menteri
dengan restu Ketua Menteri Sabah melantik Anak Jati Sabah sebagai Pengarah JPN Sabah,
namun tidak mempunyai kuasa autonomi dan eksekutif untuk melucutkan kerakyatan IC
Projek kerana 'Hak Kerakyatan' berada di bawah jurisdiksi Menteri Dalam Negeri
dan Ketua Pengarah JPN Malaysia.
Dalam hal ini, saya fikir
Panel RCI tidak perlu banyak membuang masa untuk menulis lakon layar 'Kerakyatan
Songsang Warga Penyu di Sabah' kerana boleh memanggil 'Dua Tokoh' bernyawa
siluman Penyu iaitu Samsudin dan Muis Picho dan seorang lagi tokoh KDM yang
mendapat kerakyatan songsang! (Maaf masih dirahsiakan); malah 15 Pegawai JPN
yang pernah merengkok dalam tahanan ISA.
Merujuk kepada isu
kepimpinan Samsudin, hanya PATI yang mendapat kerakyatan songsang yang masih
menyokong beliau, manakala Anak Jati Sabah sudah meninggalkan UMNO untuk
menyertai Pakatan Rakyat. Jika dibiarkan lebih lama lagi, UMNO Batu Sapi hanya
akan tinggal 'Ketua Cawangan' dan Samsudin seorang; apatah lagi jika RCI mula
menjalankan siasatan.
Walaupun terdapat peruntukan
di bawah Ordinan Tafsiran Anak Negeri Sabah, untuk mereka memohon taraf Anak
Negeri Sabah, namun mereka yang memalsukan keterangan diri seperti Samsudin dan
Muis adalah pengkhianat kepada negara asal dan penderhaka kepada Malaysia yang
memberikan suaka politik kepadanya.
Menurut peruntukan (Sabah
Cap. 64) Interpretation (Definition Of Native) Ordinance;
2 (c) Mana-mana orang yang
biasanya bermastautin di Sabah, adalah ahli Suluk, Kagayan, Sibutu atau 0rang
Ubian atau pribumi kepada Negeri Sarawak atau Negeri Brunei, telah tinggal sebagai
dan menjadi ahli asli masyarakat untuk tempoh berterusan selama tiga tahun
sebelum tarikh tuntutan untuk menjadi asli, telah mempunyai akhlak yang baik
sepanjang tempoh itu dan penginapan yang di Sabah tidak terhad di bawah mana-mana
peruntukan Akta Imigresen 1959/63 [Akta155]:
2 (d) Mana-mana Orang yang biasanya
bermastautin di Sabah, adalah ahli pribumi ke Republik Indonesia atau kumpulan kepulauan
Sulu di Kepulauan Filipina atau Negeri-Negeri Malaya atau Republik Singapura,
telah tinggal sebagai dan menjadi ahli komuniti asli untuk tempoh berterusan
selama lima tahun sebaik sebelum tarikh tuntutan untuk menjadi asli, telah
berkelakuan baik sepanjang tempoh itu dan penginapan yang di Sabah tidak terhad
di bawah mana-mana peruntukan Akta Imigresen, 1959 /63 [Akta 155]. Sila rujuk
Ordinan Lengkap DI SINI.
Bagaimanapun oleh kerana
status mereka adalah PATI yang mendapat kerakyatan haram, maka mereka tidak
layak memohon status Anak Negeri Sabah; apatah lagi pengeluaran Sijil Anak
Negeri Sabah telah dihentikan sejak 1984.
Selain daripada Samsudin dan
Muis, Pembantu Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur perlu peka dengan
Siasatan RCI kerana lebih 10 laporan rasmi telah dijuruskan kepadanya berhubung
memberi suaka politik dan melindungi kerakyatan songsang kepada pegawai
lantikan politik dan jawatankuasa UMNO Bahagian.
Apalah ertinya bersusah
payah menjaga UMNO Silam jika 80 peratus ahlinya adalah PATI yang mendapat
kerakyatan songsang dan dirinya dipanggil memberi keterangan sebagai saksi
kerana menyaksikan akuan palsu beribu ahli UMNO; ramai di antaranya Ketua
Cawangan; sehingga terlepas menjadi calon PRU-13?
No comments:
Post a Comment