Oleh
: ALIFF FIKRI
KOTA
BELUD : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) gesa rakyat Sabah melakukan perubahan
supaya tidak terus ditindas Umno BN dan dapat menikmati kemudahan yang dinafi
kerajaan.
Ketuanya,
Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, statistik menunjukkan Sabah memperoleh
sumber pendapatan berbilion ringgit namun rakyat terus derita.
“Selagi
tak berlakunya perubahan, selama itulah nasib rakyat Sabah tidak akan terbela.
“Kalau
di Selangor, kita berjaya berikan pelbagai kemudahan contohnya seperti air percuma,
tapi di Sabah usahkan air percuma, paip air pun tak ada, yang ada hanya tong
air pemberian Umno, tapi tak guna sebab tak ada paip,” katanya depan penduduk
Kampung Payas Payas, Kota Belut sempena Jelajah Kempen Sumpah Rakyat Tuntut
Hak, semalam.
Shamsul
berkata, kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor perlu dijadikan
inspirasi rakyat Sabah untuk keluar dari kepompong Umno BN dan turut serta
melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Selangor
diangkat sebagai negeri contoh bila kita (Pakatan) ambil alih, ini kerana jiwa
kepimpinan kita yang mengutamakan soal kepentingan dan kebajikan rakyat.
“Ia
terbukti sepanjang empat tahun ini, tidak pernah ada mana-mana pemimpin Pakatan
yang terlibat dengan kes rasuah atau skandal penyelewengan.
“Ini
beza kita dengan mereka (BN) yang lebih mengutamakan keuntungan peribadi
berbanding hak rakyat,” katanya disambut tepukan gemuruh hampir 100 hadirin.
Turut
hadir Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Zainuddin; Naib Ketua AMK, Nazree
Yunus; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip; Exco AMK Pusat,
Ginie Lim; Ketua AMK Sabah, Mohd Serman Hassnar dan beberapa pimpinan lain.
Kempen
tersebut dirasmikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Rabu
lalu dan Sabah merupakan negeri pertama jelajah itu.
Tuntutan
RM40 juta hak rakyat Sabah anjuran AMK ini akan menjelajah ke seluruh pelusuk
Sabah bermula dari Tuaran dan berakhir di Labuan Isnin ini.
Ia
merupakan skandal penyelewengan wang terbesar di negeri itu membabitkan Ketua
Menteri, Datuk Seri Musa Aman. (Keadilandaily)
pembangkang ni pandai2 saja nak burukkan kerajaan.
ReplyDeletekebaikan kerajaan mereka buat2 tidak nampak pla.
ReplyDeletepembangkang suka tabur janji bulan bintang. jgnlah muda percaya pada pembangkang.
ReplyDeleteApa lagi pembangkang tau buat selain daripada memburukkan kerajaan.
ReplyDeleteMenariknya masyarakat miskin di Kota Kinabalu yang seringkali digambarkan adalah masyarakat yang tinggal di setinggan-setinggan dalam radius lebih 15 kilometer dari Pusat Bandaraya. Kononnya kemiskinan masyarakat tersebut adalah disebabkan oleh kepincangan Kerajaan Negeri yang sekarang ini diterajui oleh UMNO-BN.
DeletePadahal, hampir 100% masyarakat yang tinggal di setinggan-setinggan tersebut adalah Pendatang Tanpa Izin, sama ada dari Indonesia mahupun dari Filipina. Kebanyakan warga tempatan pula tinggal di kawasan-kawasan perkampungan sah, di tanah sendiri mahupun di kawasan perumahan yang sedang rancak dibangunkan di sekitar Kota Kinabalu.
Pakatan Rakyat mahu membawa kemajuan kepada Sabah?
ReplyDeleteRentikanlah pembohongan itu? Kalau Kelantan yang lebih 20 tahun pun, masih lagi mengharapkan geran dan dana Kerajaan Pusat sepenuhnya untuk kos pentadbiran dan pengurusan negeri, nak sembang apa kononnya mahu memajukan Sabah.
Kalau dah hebat sangat pentadbiran Pakatan Rakyat, terutama apabila mereka menguasai Selangor dan Pulau Pinang yang disifatkan sebagai Mangkuk Emas Malaysia, mengapa mereka tidak mampu menyaingi simpanan tunai Sabah sebanyak RM3 bilion pada tahun lepas? Kalau dah hebat sangat, mengapa bajet mereka tidak pernah berjaya mengatasi Sabah yang melebihi RM4 bilion pada tahun ini?
ReplyDeletepaling penting kepada para penyokong Pakatan Rakyat yang mengatakan Sabah negeri termiskin berbanding Kelantan, mengapa pula agaknya Kelantan dan Kedah tidak mampu menarik pelaburan swasta sebanyak RM10 bilion untuk suku pertama 2012 seperti Sabah?
ReplyDeletesetiap kali Kelantan didedahkan sebagai negeri termiskin di Malaysia, para penyokong, pemimpin dan pecacai PAS akan serta merta menuding ke arah Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia. Bukan itu sahaja para pemimpin PKR terutamanya akan berkempen di seluruh Sabah untuk menyatakan perkara yang sama agar perasaan tidak puas hati dan kemarahan rakyat Sabah dapat ditimbulkan.
ReplyDeletebenarkah Sabah lebih miskin dari Kelantan seperti mana keyakinan yang cuba ditanam oleh para pemimpin Pakatan ke jiwa dan pemikiran pendengar kempen dan ceramah serta tohmahan mereka?
DeleteBagi mereka yang tidak pernah datang ke Sabah, gambaran kemiskinan seringkali diperoleh daripada sumber-sumber yang dipenuhi dengan elemen politik yang ada kalanya sangat keterlaluan dan bertentangan dari realiti sebenar.
ReplyDeleteMembandingkan Bandaraya Kota Kinabalu dengan Bandaraya Islam Kota Bharu, bagaikan membanding warna hitam dengan warna putih.
ReplyDeleteKota Kinabalu semenjak pentadbiran Musa Aman membangun dengan pantas dan hebat dari segenap segi.
ReplyDeleteMudah-mudahan kawasan luar bandar pun akan capai kemajuan/pembangunan dalam pelbagai segi.
DeleteKota Bharu pula sekadar sebuah pekan mati yang hanya dinaiktarafkan sebagai Bandaraya Islam semata-mata untuk menunjukkan PAS berjaya mentadbir Kelantan, walhal pembangunannya terlalu perlahan dan terlalu bergantung kepada Kerajaan Pusat berbanding usaha Kerajaan Negeri.
ReplyDeleteBukan satu kebetulan apabila kesemua negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat berhadapan dengan masalah bekalan air: Selangor dengan masalah air tidak cukup kerana kerajaan negeri berdegil enggan menerima penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat iaitu melalui projek Langat 2.
ReplyDeleteKedah dengan kenaikan tariff air secara mendadak dan melambung sejak diambil-alih PAS walaupun antara janji PR sebelum menang pilihanraya adalah menurunkan tariff air. Dan mungkin kerana mendapati pendapatan dari kenaikan tariff tersebut masih belum cukup, kerajaan PAS Kedah kini memutuskan untuk mengenakan bayaran ke atas Pulau Pinang atas bekalan air yang disalurkan oleh Kedah ke negeri tersebut.
ReplyDeleteMaka, melentinglah kerajaan Pulau Pinang apabila kerajaan PAS Kedah memasukkan jangkaan pendapatan dari penjualan air itu iaitu RM20 juta, ke dalam pembentangan bajet negeri itu baru-baru ini.
ReplyDeleteMenurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kerajaan PAS Kedah langsung tidak berbincang dengan pihaknya mengenai perkara itu sekali gus menunjukkan yang tindakan kerajaan Kedah memasukkan angka tersebut ke dalam bajet bolehlah dianggap penipuan dalam pembentangan, kalau pun tidak percubaan memperdaya kerajaan Pulau Pinang.
ReplyDeleteSemua masalah ini tidak pernah timbul ketika atau jika Barisan Nasional masih memerintah negeri-negeri itu. Hanya apabila PR mengambil-alih maka semuanya menjadi kelam kabut, keliru dan buntu.
ReplyDeleteBegitulah halnya dengan Kelantan yang telah 22 tahun diperintah oleh PAS. Selama 22 tahun, kerajaan ‘Islam’ PAS terus-terusan gagal menguruskan keperluan paling asas ini sehingga menyebabkan rakyatnya menderita dan terpaksa mencari berbagai-bagai alternatif untuk mendapatkan jangankan air bersih, tetapi juga air itu sendiri.
ReplyDeleteJika sepenggal, mungkin kita boleh menerima alasan dari kerajaan negeri, tak kira apa jua alasannya. Tetapi jika sudah 22 tahun, iaitu lebih 4 penggal masih tiada perubahan, maka sahlah bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak tahu atau tidak mahu menyelesaikan masalah tersebut.
ReplyDeleteMenafikan, menepis atau menuding jari ke serata arah atas kegagalan selama 22 tahun hanya menguatkan lagi pengesahan tersebut.
ReplyDeleteMungkin bukan satu kebetulan apabila semua negeri Pakatan Rakyat mengalami masalah dalam isu air. Mungkin ia satu petunjuk kepada rakyat Malaysia tentang betapa kotornya pakatan mereka. Nampaknya, tidak mustahil PR akan tenggelam dalam isu air agar kita dapat membersihkan kembali negeri-negeri yang diperintah mereka.
ReplyDeleteDalam negara berada di ambang pilihan raya umum, kita telah menyaksikan pelbagai usaha daripada pihak pembangkang memperkenalkan beberapa cadangan dasar bagi memenangi segmen pengundi utama.
ReplyDeleteSecara khususnya, mereka telah menyasarkan pengundi muda yang mewakili sebahagian besar daripada lebih dua juta rakyat Malaysia yang baru berdaftar sebagai pemilih, dan juga kelas menengah secara amnya.
ReplyDeleteDua daripada cadangan dasar pembangkang yang telah diumumkan tahun ini khusus untuk menawan kedua-dua kumpulan pengundi tersebut secara langsung adalah menghapuskan semua pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menyediakan pendidikan universiti percuma dan, yang terbaru, dasar untuk mengurangkan harga kereta penumpang. Kedua-dua dasar ini dirangka dengan matlamat politik yang jelas.
ReplyDeletePelupusan pinjaman pelajar adalah tawaran menarik untuk pengundi muda yang masih dibebani dengan pembayaran balik hutang PTPTN, kos sara hidup yang meningkat dan bagi sesetengahnya pula, komitmen kewangan meniti gerbang perkahwinan serta memulakan sebuah keluarga.
ReplyDeleteManakala janji harga kereta yang lebih rendah mempunyai daya tarikan yang lebih luas kerana rakyat Malaysia perlu membayar lebih untuk kereta yang sama daripada pembeli di negara-negara lain, yang menyebabkan sebahagian besar daripada gaji bulanan kita digunakan untuk melunaskan bayaran pinjaman kereta.
ReplyDeleteDengan menjaja janji-janji ini, pembangkang mengatakan bahawa ia boleh membantu meningkatkan disposable income (pendapatan boleh guna) rakyat kerana kita akan mempunyai lebihan wang untuk kegunaan lain dan juga untuk simpanan kerana kedua-dua tanggungan ini akan lenyap (pinjaman PTPTN dihapus) atau dikurangkan (harga kereta yang lebih murah).
ReplyDeleteBagaimanakah pembangkang akan dapat menampung kos bagi segala janji-janji mereka?
ReplyDeleteJika soalan ini tidak perlu langsung untuk dijawab, maka politik akan menjadi satu permainan yang mudah. Mana-mana pihak boleh menjanjikan apa sahaja hatta bulan, bintang dan matahari dan kemudiannya duduk bersenggang menantikan peralihan sokongan pengundi kepada mereka umpama pengail yang menunggu untuk merentap ikan yang meragut umpannya. Namun, hakikatnya kita tidak hidup dalam dunia yang mana pengundi percaya mereka boleh mendapatkan segala-galanya secara percuma.
ReplyDeleteWe have clearly not heard the last of the Talam controversy, as it now turns out that the Selangor government owes Talam Corporation RM30 million, despite spending millions in bailing it out in 2009.
ReplyDeleteBoth the PKR-led Selangor government and Pakatan Rakyat elected representatives have twisted the facts to confuse the public, according to MCA. It labelled the white paper tabled by the state government as a "grey paper" as it left out many key issues.
ReplyDeleteMCA's Young Professional Bureau chief Datuk Chua Tee Yong said the state government had not explained why it engaged a private valuer to assess Talam's assets instead of using the Valuation and Property Services Department (JPPH).
ReplyDeletePKR-led state government tabled a white paper on how it had restructured Talam's multi-million ringgit debt, with Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hoping to give himself a clean chit and make the controversy go away so he can concentrate on more pressing matters, such as his ongoing power struggle with PKR strongman Azmin Ali
ReplyDeleteHowever, one of the unanswered issues remains the state's decision to go ahead with the valuation made by Suleiman & Co of RM375 million for land belonging to Talam instead of JPPH's lower valuation of RM113 million.
ReplyDeleteChua said that the state government went against its own regulations by referring the matter to a private valuer instead of JPPH.
ReplyDeleteChua also pointed out that another valuer engaged by the state government gave two differing numbers in the span of one year, but the authorities still went ahead with the transaction.
ReplyDeleteDubious land deals have been the state administration's Achilles heel in this whole sordid affair, a fact admitted by auditing firm KPMG in September.
ReplyDeleteThe main premise of MCA's allegations against the deal are still true – that the Selangor state government paid much more than the prevailing market price when it bought land from Talam as part of its "bailout".
ReplyDeleteCalling the Selangor Menteri a "flip-flop" leader, Chua said it was clear that the PKR-led government was not transparent as it claimed to be.
ReplyDeleteChua also pointed out that there was no explanation on how RM266 million was raised to pay off Talam bankers. He had first raised the Talam scandal in July, accusing the Selangor government of wasting RM1 billion in public funds to bail out Talam.
ReplyDeleteSince then, the PKR-led government has tried everything to shake off this controversy, using legal threats, an audit, and now a white paper, but these efforts have not made the allegations of impropriety go away.
ReplyDeleteOn the contrary, it is clear that the PKR-led administration has a lot to answer for in wasting so much money in helping out a company and then owing the same company RM30 million by the end of this controversial exercise.
ReplyDeleteIf the PKR-led administration was a company, Khalid would have been sacked as CEO immediately. But no, he is clinging on to power, while PKR seems strangely uninterested in applying the same high moral standards to its own Menteri Besar that it demands from everyone else.
ReplyDelete