SERAH
….Ariffin menyerahkan borang keahlian mengenai kemasukan 400 ahi UMNO Batu
Putih ke PKR kepada Azmin Ali.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto
: ZAMAN AMB FAJEER
KEMASUKAN 400 ahli UMNO Cawangan Batu Putih
Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara
ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum ke 13 (PRU
13) nanti.
Ada beberapa sebab kenapa
mereka meninggalkan UMNO, kemudian menyertai PKR kerana mereka sudah jelak dan
bosan dengan pembohongan para pemimpin UMNO yang cakap tidak serupa bikin.
Banyak janji-janji yang
tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas
disalurkan hanya untuk kaum kerabat dan
kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.
Timbalan Presiden Parti
KeAdilan Rakyat (PKR), Mohd Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara
oleh Sabahkini. Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi
Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran PKR Zon Sukau, kelmarin.
Katanya, rakyat Kinabatangan
mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas
di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.
Sebagai bukti kata Azmin,
kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan
III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik
telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka
kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para
pemimpin UMNO.
Katanya lagi, kegagalan ADUN
dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)
Kinabatangan membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah
mencetuskan kemarahan dan kebencian di
kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut
terhadap kerajaan BN/UMNO; sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan
penyokong kuat UMNO/BN.
WAWANCARA….Kelihatan
Azmin sedang diwawancara Sabahkini.Net mengenai kemasukan 400 ahli UMNO
Cawangan Batu Putih ke PKR.
"Kita bersyukur kerana
kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus
pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.
Kaa Azmin lagi, mereka kini
bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang
mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.
"Ada 4 isu yang saya
akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib. Pertama Najib takut dengan
RM (Rosmah Mansur); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan
RCI dan yang keempat takut dengan pilihanraya,” ujar Azmin sambil berseloroh.
Kata Azmin lagi, 70 peratus Wakil
Rakyat UMNO walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN/ADR, tetapi memiliki harta 'karun'
berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta
mewah; rumah bungalow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk
gundik yang hidup dalam penuh kemewahan.
"Bagi menutup segala
kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan
BN/UMNO terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek
kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu,” ujarnya yang meyakini
bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih
Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.
No comments:
Post a Comment