SEGAMAT : Lelaki bernafsu
binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai
RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit
serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.
Difahamkan lelaki
berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan
pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.
Dalam kes terbaru yang
dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13
tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang
dialami mangsa sejak lahir.
Malah, dia turut memperdaya
keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan
barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.
Mangsa yang masih bersekolah
di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral
dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik
bomoh terbabit.
Menceritakan semula
peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35,
berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika
bercuti di Terengganu sekitar 2004.
Katanya, lelaki itu amat
dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu
menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.
“Saya tertarik dengan
perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan
pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.
“Kebetulan pula pada masa
itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia
sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran,” katanya ketika
ditemui di rumah mereka.
Menurut Khoo, dia bertemu
suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang
yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.
Terkejut dengan pendedahan
itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa
mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.
“Saya diarahkan lelaki
berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika
cuba untuk memulihkan adik saya.
“Adik saya diarahkan
menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan
pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya
disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan,” katanya.
Mangsa yang seakan berada
dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih
menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit
merogolnya beberapa kali.
Khoo berkata, peristiwa itu
berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak
berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah
patung.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya
berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Melaka ketika dia cuba melarikan diri ke Seremban. (PAAPAADA)
No comments:
Post a Comment