SAH....Calon-calon
yang disahkan bertanding pada PRU13 bagi Parlimen Tenom, DUN Kemabong dan
Melalap.
Oleh: JACOB BALANG
TENOM: Parlimen Tenom
menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Barisan Nasional (BN- Datuk Raime
Unggi selaku penyandang); Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA- Mutang
Dawat @ Sylvester 62); Parti Maju Sabah (SAPP- Jimmy Jawatah 50); Parti
Keadilan Rakyat (PKR- Masdin Tumas 45) dan Parti Star (Azroy Hasmin Abdullah
33).
Bagi kawasan Dun Kemabong
pertembungan empat penjuru antara BN- Datuk Rubin Balang (penyandang), SAPP
Ensor @ William Datuk Tingkalor 44; Parti Star – Alfred Tay 47 dan Biou Suyan
56 (APS-PKR).
Manakala bagi kawasan Dun
Melalap turut menyaksikan empat penjuru kebanyakannya muka baru kecuali
penyandangnya Datuk Radin Malleh yang telah berkhidmat di kawasan itu selama 4
penggal, kini akan terus mempertahankan kerusi tersebut pada PRU13 atas tiket BN.
Beliau akan ditentang oleh
kesemua muka baru golongan profesional dan ahli perniagaan menampilkan Roger
Stimin 33, seorang Peguam atas tiket SAPP; Noritah Suab, 33, juga seorang
Peguam atas tiket DAP dan Kong Fui Sen 52, dari Parti Star seorang ahli perniagaan.
Pegawai Pengurus Pilihanraya
kawasan Tenom Siriman MF Basir mengumumkan pusat penamaan calon bagi kawasan
Parlimen Tenom, Dun Melalap dan Kemabong yang berpusat di Dewan Sri Antanom
tepat jam 9 pagi. Manakala pengumuman calon-calon bertanding yang disahkan
bertanding tepat jam 10.50 pagi.
Semasa proses pencalonan itu
berlangsung tidak ada sebarang insiden buruk berlaku kecuali berlaku sorakan
tanda kegembiraan penyokong penyokong parti masing-masing ketika pengumuman calon-calon
yang sah dan diterima untuk bertanding oleh Pengurus Pilihanraya.
No comments:
Post a Comment