WALAUPUN terbuang daripada
senarai calon PKR, parti yang didukunginya selama 14 tahun, namun semangat Haji
Ansari Abdullah tidak pernah pudar malah mengalir dalam darah anaknya, Erveanna (kanan)
yang menawarkan dirinya sebagai Calon Bebas di P.170 Tuaran bagi menegakkan Autonomi
Sabah, Wanita & Pemuda. Ketika berjalan menuju ke Pusat Penamaan Calon, Haji Ansari dipeluk mesra oleh penyokong
Barisan Nasional kerana ramai yang tahu akan perjuangannya selama ini dan dia
adalah salah seorang pengasas untuk Parti Keadilan Di Sabah menentang
KetidakAdilan. Namun hari ini, beliau tidak diizinkan bertanding atas kata
putus Parti Keadilan Pusat yang mengorbankan kerusi Tuaran demi kerakusan kuasa
untuk menawan Putrajaya. Ke mana hala tuju Erveanna jika berjaya menang?
No comments:
Post a Comment