Tuesday 8 November 2011

UMNO, DULU UNTUK MELAYU, KINI PARTI PALA’U?


Oleh : MUTALIB M.D

JIKA selama ini UMNO adalah sinonim dengan orang Melayu; kemudian dinaiktaraf sebagai Parti Kadazandusunmurut dan Cina (Akar) serta untuk Orang Siam, kini maju setapak lagi apabila Etnik Pala’u menganggap UMNO sebagai ‘Tuhan Pelindung’ mereka daripada malapetaka dunia!

Buktinya, ketika berlangsungnya majlis perkahwinan di Dataran Pala’u, (pinggiran Bandar Wilayah Jasa) Lahad Datu kelmarin, beberapa bendera UMNO dikibarkan megah oleh Pala’u untuk membuktikan bahawa mereka cintakan UMNO dan mereka mungkin ahli bergabung UMNO.

Sampai masanya, UMNO memberi ruang dan peluang kepada Pala’u untuk menjadi ‘Ahli Tanpa Hadir’ UMNO dan hanya menghantar sejumlah Perwakilan Ke Persidangan Agung UMNO kerana mereka Rakyat Malaysia sekalipun tidak memiliki sebarang dokumen.

Etnik Pala’u yang terdapat di perairan Sabah telah diiktiraf oleh PBB sebagai rakyat Malaysia. Mereka tidak boleh disamakan dengan PATI kerana mengikut piawaian PBB, di perairan negara mana mereka ‘bermastautin’, maka itulah negara asal mereka.

Tetapi apakah kaedah yang digunakan pihak berkuasa untuk menentusahkan mereka adalah Etnik Pala’u atau PATI yang menyamar sebagai Pala’u untuk mengelak tindakan undang-undang?

Jika sebelum ini Pensyarah Sekolah Sains Kemasyarakatan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Halina Sandera Mohd Yakin telah membuat kajian berhubung etnik Pala’u, tetapi mungkin tidak menyeluruh kerana siapa menyangka bahawa mereka adalah Ahli UMNO tanpa perlu mengisi borang untuk menyertai UMNO (mungkin kerana tiada dokumen); tetapi mereka terus mendapat pembelaan pemimpin UMNO Sabah, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Memandangkan masalah Etnik Pala’u bukan masalah negara Malaysia sahaja, malah seluruh dunia menghadapi masalah kebanjiran etnik Pala’u ini sehingga semua Negara mengambil ketetapan menyerahkan isu ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana majoriti negara dunia menyerahkan kepada PBB untuk menyelesaikan isu yang tidak berkesudahan ini.

Akibatnya, tanpa sedar Etnik Pala’u yang sebelum ini merajai lautan lepas kini telah mempunyai ‘Tanah Jajahan Mereka’ iaitu Dataran Pala’u di Bandar Palma, Lahad Datu tanpa sebarang gangguan daripada pihak berkuasa.

Sekalipun 60 peratus Pala’u yang berada di Lahad Datu adalah ‘Palsu’ kerana ramai PATI Filipina yang menyamar sebagai Pala’u; terutama ketika operasi besar-besaran memberkas PATI, namun Pala’u asli tetapi menerima Pala’u palsu ini sebagai saudara mereka bagi melindungi PATI ini daripada ditangkap, dipenjara dan dihantar balik ke Negara asal mereka.

Sehingga ke hari ini, belum ada bancian bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Malaysia sekalipun Jabatan Pendaftaran Negara telah melancarkan Program Pendaftaran Bergerak Untuk Pala’u dengan nama ‘Projek Lepa-Lepa’; tetapi ramai yang datang dan mendapat Mykad Pala’u ialah warga Pakistan, Indonesia, Filipina, India, China dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment