SERAH… Haji Ghulabdin (ketiga dari kiri) sedang menyerahkan sijil penghargaan kepada seorang penerima.
Oleh : KREW SABAHKINI.NET
PEMANSUHAN yuran persekolahan pada tahun hadapan adalah bukti keprihatinan dan kesungguhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib rakyat khususnya kepada ibu bapa yang saban tahun terbeban oleh pelbagai persiapan membeli keperluan anak-anak untuk ke sekolah.
Pemberian sumbangan berbentuk kewangan kepada semua anak-anak yang bersekolah seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini adalah merupakan langkah yang akan dilakukan ke arah mentransfomasi pembangunan pendidikan bagi melahirkan insan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK St John Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih ketika berucap di Majlis Hari Ucapan dan Penghargaan SK St john Tuaran Tuaran yang telah diadakan baru-baru ini, menyeru keseluruhan Ibu Bapa agar mengunakan bantuan yang diberikan dengan sebaik-baiknya kerana sumbangan itu boleh membantu pelajar yang tidak berkemampuan menjadi pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Walaupun Yuran telah dimansuhkan, namun kata Haji Ghulabdin, sedikit kutipan kewangan oleh pengurusan sekolah bagi membeli baberapa keperluan persekolahan termasuklah pembayaran yuran komputer.
"Oleh yang demikian, saya berharap rakyat akan terus menyokong kerajaan yang sedia ada kerana jelas berupaya memberikan bantuan dan sumbangan yang diperlukan oleh rakyat. Kita harus menerima hakikat bahawa hanya kerajaan BN sahaja yang berkemampuan membela nasib rakyat pelbagai kaum dan kemampuan kerajaan sudahpun diaplikasikan sejak negara kita mencapai kemerdekaan," tegas Haji Ghulabdin.
Haji Ghulabdin mengharapkan agar ibu bapa bijak memainkan peranan mereka bagi memastikan golongan anak-anak dapat dijadikan sebagai modal insan yang dapat bersaing dalam mendepani pelbagai cabaran di masa hadapan.
"Saya percaya ibu bapa tidak semata-mata menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru-guru di sekolah sahaja, namun pendidikan yang diterima anak-anak semasa di sekolah adalah juga turut dipengaruhi oleh oleh persekitaran didikan yang diperolehi mereka semasa berada di rumah," kata Haji Ghulabdin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).
Majlis Hari Uacapan dan Penghargaan turut dihadiri oleh Wakil Pejabat Pelajaran Tauaran, Mohamad Azman; Guru Besar SK St john Tuaran, Helen Gasat; Pengerusi Lembaga Sekolah St John Tuaran, Bonie Hunggim dan Penolong Kanan SK St John, Zeta Petrus.
No comments:
Post a Comment