Sunday 10 June 2012

STESEN MINYAK PETRONAS 'PENCURI?'




Saudara Pengarang,

STESEN Minyak Petronas SH HAJA Tuaran tidak profisional dan perlu mengubah sikap pekerja dan reka bentuk stesen bagi mengelakkan wang pelanggan dicuri. Lima bulan selepas wang saya dicuri di stesen ini masih belum diselesaikan oleh pihak yang bertanggung jawab, memaksa saya menyiarkan peristiwa ini di Sabahkini.net bagi mengelakkan perkara yang sama berulang lagi.

Pada 24 Januari 2012 bersamaan jam 11:47 pagi, saya telah membeli minyak dengan membayar deposit sebanyak RM200 ringgit tetapi minyak Ron 95 yang saya terima hanya bernilai RM100 sahaja.

Hal berlaku kerana juruwang memberi alasan hanya melihat dan menerima wang RM100 saja dalam kotak penerimaan deposit. Sikap perkerja stesen minyak tersebut yang tidak profisional dan bersikap mengelak membuat suasana yang tegang.

Selepas dicadangkan supaya CCTV ditayangkan semula, baru mereka reda sedikit dan memaklumkan bahawa mereka tidak ada kuasa untuk menayangkan CCTV kecuali pengusaha stesen tersebut.

Selepas pengusaha stesen dihubungi melalui telefon, dia hanya mengarahkan pekerjanya mengambil nombor telefon saya sahaja. Sehingga keesokan hari jam 10:00 pagi, saya masih belum dihubungi oleh pengusaha Stesen Minyak SH Haja Tuaran tersebut membuat saya melaporkan hal ini kepada mesralink dan ke Balai Polis untuk membuat laporan mengenai kejadian tersebut.

Di Balai Polis Tuaran, 'Kopral Asrol' menghubungi pengusaha stesen minyak SH Haja Tuaran tersebut dan menjemput saya menonton bersama CCTV di stesen minyak tersebut pada sebelah petangnya.

Hasil tontonan bersama dengan Pengusaha stesen minyak dan pihak polis, mereka  bersependapat saya ada membayar sebanyak RM200 ke dalam kotak penerimaan deposit tetapi hanya diambil oleh perkerjanya sebanyak RM100 sahaja, manakala baki RM100 diambil oleh pelanggan yang berikutnya.

Perkara ini berlaku kerana sikap pekerja yang tidak profesional dan tambahan lagi dengan reka bentuk kotak penerimaan deposit yang gagal. Sehingga kini deposit saya sebanyak RM100 masih 'dicuri' oleh Pengusaha Stesen Minyak SH Haja Tuaran dengan memberi alasan 'kerana saya telah melaporkan hal ini kepada pihak polis maka tunggu saja sampai penyiasatan ini selesai'.

Bagi pendangan saya, kerana kotak penerimaan deposit dalam kawasan stesen minyak tersebut, maka segala apa yang berlaku terhadap wang deposit pelanggan harus dibawah tangungjawab stesen minyak itu secara langsung dan Petronas Dagangan secara amnya. Pihak Petronas Dagangan harus mempunyai polisi bagaimana menyelesai perkara ini jika berlaku lagi pada masa-masa akan datang.

Perniagaan stesen minyak adalah perniagaan yang dimonopolikan oleh beberapa syarikat besar di Malaysia. Pihak kerajaan harus memantau secara lebih ketat bagaimana stesen minyak ini dikendalikan. Penerimaan deposit harus mempunyai resit penerimaan dan jika berlaku kecurian pihak insuran stesen minyak itu; seharusnya menganti rugi wang pelanggan.

Mesralink dalam kes ini umpama orang tengah yang tidak ada kuasa yang hanya pandai bercakap “kalau Encik tidak puas hati, kes ini akan diteruskan dan terus disiasat sehingga semua pihak berpuas hati”. Saya nasihatkan mana-mana stesen minyak yang tidak percaya dengan pelanggan janganlah berniaga, bagilah peluang perniagaan ini kepada bumiputra lain.

Salam Hormat,

NOOR HALIM DATUK HAJI ZAINI

4 comments:

  1. dalam hal ini pihak stesen minyak perlu ubahsuai reka bentuk kotak penerimaan deposit agar ia lebih mudah dan selamat.

    ReplyDelete
  2. Just solve this problem in a good way. No need to prolong it.

    ReplyDelete
  3. Kesilapan sebegini seharusnya dielakkan. Ini akan mengundang perkara yang tidak baik kepada Stesen tersebut nanti.

    ReplyDelete
  4. ba tunggu saja la hasil siasatan polis..

    ReplyDelete