Sunday, 10 June 2012

KENAPA JAMES MIKI TINGGALKAN UMNO



Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : SAFFIE S JUMADI

"KENAPA saya keluar meninggalkan UMNO/BN sedangkan saya AJK Bahagian UMNO Beluran, Bendahari BN dan Ahli Majlis Daerah Beluran?" ujar James Miki kepada penduduk Beluran selepas mengumumkan keluar daripada UMNO dan BN di hadapan 700 para penyokong parti PAKATAN RAKYAT, khususnya PKR Beluran sempena majlis Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Telupid anjuran NGO baru-baru ini.

Namun kata James, beliau meninggalkan segala kemewahan dan kenikmatan kerana sudah jelak dan kecewa dengan janji-janji palsu para pemimpin UMNO/BN, termasuk ADUN Labuk dan Ahli Parlimen Beluran yang tidak pernah turun padang untuk memantau masalah pengundi melainkan di saat akhir menjelangnya pilihanraya umum.

"Ramai yang mengatakan saya bodoh sebab saya keluar daripada UMNO dan BN. Tetapi jiwa saya merintih melihat penderitaan rakyat menyebabkan saya terpaksa membuat pilihan sama ada terus membiarkan rakyat tertindas atau keluar UMNO/BN untuk membela maruah," kata James yang mengakui melakukan keputusan yang tepat dan muktamad.

“Memang benar apa yang diperkatakan oleh Datuk Bumburing dan Datuk Kalakau Untol sebentar tadi mengenai isu tanah adat ataupun NCR. Rakyat miskin yang menjadi mangsa keadaan dan terdapat empat kes tanah adat NCR yang dibawa ke mahkamah menang dalam pembicaraan," ujar James yang mengucapkan terima kasih kepada Peguam Datuk Kong Hong Ming yang membantu rakyat memenangi kes tanah NCR Tongod, Kalabakan, Kudat dan Lingkabau.

Cerita mengenai tanah adat NCR ini, kata James, terbukti di kawasan Paitan dalam DUN Sugut dan Parlimen Beluran kerana tanah tersebut telah diusahakan sejak lebih enam generasi dengan tanaman buah-buahan dan kini tanaman komersil seperti kelapa sawit dan getah untuk menjana ekonomi penduduk luar bandar.

"Malangnya tiba-tiba datang syarikat gergasi daripada Semenanjung menceroboh dan merampas tanah-tanah kepunyaan orang kampung tanpa perikemanusiaan dengan bantuan polis yang rasuah," kata James yang merintih dalam derita melihat penduduk kampung teraniaya selama ini.

Tambah menyedihkan kata James, Jabatan Perhutanan bukan saja bertindak membakar rumah orang kampung dan memusnahkan segala tanaman dan harta benda, malahan tanah perkuburan nenek moyang mereka turut diradu dengan traktor.

"Bukankah ini secara jelas membuktikan kekejaman Kerajaan BN dengan restu Jabatan Perhutanan yang bersekongkol untuk membinasakan masa hadapan anak jati Sabah," jelas James lagi.

Kata James, hati beliau terguris kerana kerajaan BN berlaku kejam kepada bangsa Sungai dan Dusun sedangkan PATI seperti bangsa Bugis dan Filipina mereka tatang seperti minyak yang penuh.

“Saya yang mewakili kaum Sungai terpaksa berfikiran panjang demi untuk masa hadapan cucu cicit kerana bimbang akan terus diperdaya untuk tempoh lima tahun akan datang. Cukuplah apa yang mereka sudah buat kepada kami," kata James lagi.

12 comments:

  1. nak keluar parti itu terpulang pada hak masing2.

    ReplyDelete
  2. kes tanah adat byk berlaku, sebaiknya semuanya harus dibawa ke mahkamah untuk diadili.

    ReplyDelete
  3. His decision to leave umno must be respected. He has his own good reason for doing so. Lets just wish him all the best .

    ReplyDelete
  4. Harus menghormati keputusan beliau.

    ReplyDelete
  5. Jika bertujuan ikhlas untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat, walaupun kelaur dari UMNO, hasrat ini harus berterusan juga.

    ReplyDelete
  6. "Malangnya tiba-tiba datang syarikat gergasi daripada Semenanjung menceroboh dan merampas tanah-tanah kepunyaan orang kampung tanpa perikemanusiaan dengan bantuan polis yang rasuah,"

    Kenapa kerajaan membiarkan keadaan ini berterusan? Tidak mungkin pihak berkuasa tidak dapat mengesan aktiviti yang menyalah dari segi undang-undang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The govt must be aware with what is happening around Sabah, especially assemblyman for that area.

      Delete
  7. Setiap orang ada padangan mereka sendiri. Begitu juga dengan JK apa yang berlaku. Maka tidak perlulah hairan ini berlaku kepada orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. those in Beluran, are smart enough in differentiating which is diamond and which is glass that can safeguard their future and bring about development to them. The opposition parties are only capable of making empty promises because they know they will not be able to rule, and only hope to gain support for self-interest and power. BN has a good track record and has been proven capable of implementing development and safeguarding the future of the people, especially those in need.

      Delete
  8. Government is aware and concerned and open to listen to problems faced by the people that involves the natives

    ReplyDelete
  9. dia tidak sedar ka yang dia sebenarnya mendedahkan kegagalan dia sendiri?? bukan Parti yang bekerja untuk rakyat, sebaliknya pemimpin2 dalam parti itu seperti James Miki yang bekerja untuk rakyat..

    ReplyDelete
  10. dia sedar parti dia mahu karam disebabkan oleh pemimpin2 seperti beliau. sebab itulah dia mahu ambil tindakan awal untuk menyelamatkan diri sebelum karam bersama2..

    ReplyDelete