Friday 23 November 2012

BERAPA JUTAKAH LAGI Vs BERAPA LAMAKAH LAGI?






FAKTOR masa, wang dan kecekapan sering menyebabkan Sabah menjadi mangsa keadaan kerana Bank Dunia meletakkan prasarana sebagai salah satu penanda aras kemajuan, kemundurusan atau kemiskinan sesebuah negara. Projek Jalan Kalabakan-Sepulut yang dibina melalui Kontrak Reka dan Bina, HQ.57/2004 (F) bernilai RM565 juta di Sabah yang diamanahkan Gamuda Berhad dan juga syarikat Konsortium F.A Irama Duta Sdn. Bhd. (untuk kerja penyukatan dan penyiasatan tanah) telah tergendala begitu lama sehingga senarionya tidak ubah seperti di era 60-an ketika 'Negara' Sabah mula mencapai kemerdekaan dan diturun taraf sebagai negeri. Berapa jutakah lagi dan berapa lamakah lagi jalan yang dibanggakan Kerajaan Persekutuan boleh dilalui oleh Kancil dan Rusa atau hanya mejadi laluan gajah dan pusara di lebuhraya? (Gambar ehsan 1Suara Sabah)

No comments:

Post a Comment