FAKTOR masa, wang dan
kecekapan sering menyebabkan Sabah menjadi mangsa keadaan kerana Bank Dunia
meletakkan prasarana sebagai salah satu penanda aras kemajuan, kemundurusan
atau kemiskinan sesebuah negara. Projek Jalan Kalabakan-Sepulut yang dibina
melalui Kontrak Reka dan Bina, HQ.57/2004 (F) bernilai RM565 juta di Sabah yang
diamanahkan Gamuda Berhad dan juga syarikat Konsortium F.A Irama Duta Sdn. Bhd.
(untuk kerja penyukatan dan penyiasatan tanah) telah tergendala begitu lama
sehingga senarionya tidak ubah seperti di era 60-an ketika 'Negara' Sabah mula
mencapai kemerdekaan dan diturun taraf sebagai negeri. Berapa jutakah lagi dan
berapa lamakah lagi jalan yang dibanggakan Kerajaan Persekutuan boleh dilalui
oleh Kancil dan Rusa atau hanya mejadi laluan gajah dan pusara di lebuhraya?
(Gambar ehsan 1Suara Sabah)
No comments:
Post a Comment