Friday 23 November 2012

TISU KULTUR Vs PENGUNDI HANTU?





SANDAKAN : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memegang botol yang mengandungi Kultur Tisu Halia ketika majlis pelancaran teknologi itu bersempena sambutan Hari Terbuka Jubli Emas Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun di sini, kelmarin. Kultur Tisu Halia adalah teknik pembiakan dalam balang pada keadaan bebas kuman di makmal pada suhu dan cahaya terkawal. Teknologi ini dapat meningkatkan mata tunas halia berganda kepada 500 plantlet dalam masa enam bulan. Mungkinkah kaedah yang sama telah digunakan untuk membiak Pengundi Hantu iaitu mencipta kerakyatan songsang di era 90-an? Bagaimanapun UMNO Sabah sebulat suara menyokong penubuhan RCI untuk menyiasat kerakyatan songsang, sekalipun ditentang oleh seorang Naib Presiden UMNO.

No comments:

Post a Comment