Oleh : ROPIKAH AHMAD
KUALA LUMPUR : Pengerusi
Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail
menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba
merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang
dan akan diambil.
“Ini adalah selari dengan
transformasi politik oleh kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan media
yang turut memaklumkan berkaitan anggota parti yang telah diambil tindakan.
Kes-kes yang telah
diputuskan ini melibatkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu
melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca dengan Perkara 3
Tataetika Ahli UMNO.
“Bahagian Semporna, Sabah,
dua orang dipecat dan seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan
kerana kes sabotaj parti.
“Tidak mengikut
perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu
melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca dengan Perkara 3
Tataetika Ahli UMNO yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar,
Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang
didapati tidak bersalah.”
Keputusan tersebut dibuat
hasil daripada anggota Lembaga Disiplin yang telah bersidang pada 6 September
dan 8 Oktober lalu.
Berikut adalah senarai nama
anggota parti terbabit:
1. Tuan Haji Ab. Habi bin
Haji Mustapha (Bahagian Semporna)
Jawatan Dalam Parti: AJK
UMNO Bhgn Semporna
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8
(b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika
Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH
(DIPECAT)
2. Encik Abdul Majid bin
Haji Palah (Bahagian Semporna)
Jawatan Dalam Parti: Ketua
Cawangan Kg Gallam/Bekas AJK Bhgn Semporna
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8
(b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika
Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH
(DIPECAT)
3. Tuan Haji Nisfu bin Haji
Palah (Bahagian Semporna)
Jawatan Dalam Parti: Ketua
Cawangan Kg Seraya 1
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8
(b) dan (c) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika
Ahli UMNO
Keputusan Hukuman: BERSALAH
– Digantung tiga (3) tahun daripada 6 September 2012 atau satu (1) Penggal
Pemilihan
4. YBhg Datuk Zahidi bin
Zainul Abidin (Padang Besar)
Jawatan Dalam Parti: Ketua
UMNO Bhgn Padang Besar
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8
(b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6
Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: TIDAK
BERSALAH
5. Tuan Syed Atif bin Syed
Abu Bakar (Bahagian Arau)
Jawatan Dalam Parti: AJK
UMNO Bhgn Arau
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8
(b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan 3.1.6
Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH
– Diberi Amaran
6. Encik Yaacob bin Man
(Bahagian Padang Besar)
Jawatan Dalam Parti: AJK
Bhgn Padang Besar
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8
(b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan
3.1.6 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH
– Diberi Amaran
7. Encik Biswardi bin
Mohamad Hasbi (Bahagian Kangar)
Jawatan Dalam Parti: Ahli
UMNO Cawangan RPA Kangar 102
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8
(b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan
3.1.6 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN HUKUMAN: BERSALAH
– Diberi Amaran
8. Encik Abdul Halim bin
Abdullah Sunny (Bahagian Arau)
Jawatan Dalam Parti: Ahli UMNO
Cawangan Kampung Ulu Pauh
JENIS KESALAHAN: Fasal 20.8
(b), (c) dan (f) Perlembagaan UMNO Dibaca Bersama Perkara 3.1.2, 3.1.4 dan
3.1.6 Tataetika Ahli UMNO
KEPUTUSAN: BERSALAH – Diberi
Amaran
No comments:
Post a Comment