Monday 21 January 2013

JANGAN TERNAK HARUAN DI ATAS JALAN






ROSAK...CHONG menunjukkan jalan yang berlubang-lubang kerana tidak pernah diselenggarakan sejak setahun lalu.

Oleh : SAIMON S JUMADI   Foto : SAFFIE A JUMADI

KEROSAKAN  jalan yang terletak di kawasan  Rumah Warga Tua Seri Harapan, KM8.6, Jalan Sibuga  selama  hampir setahun dibiarkan begitu sahaja  kerana tiada pihak yang  mahu mengambil tahu sehingga telah  menimbulkan pelbagai masalah kepada  pengguna setempat.

Naib Pengerusi MCA Bahagian Batu Sapi, Chong Thai Moi yang membuat lawatan bersama jurufoto Sabahkini.Net ke lokasi berkenaan telah menunjukkan terdapat lebih 10 lubang besar di permukaan jalan tersebut yang boleh menternak ikan Haruan.

Kata Chong, jalan ini sering dilanda banjir bila hujan berterusan seharian dan ini telah menyulitkan penduduk setempat yang menggunakan  jalan tersebut sebagai laluan utama mereka.

"Memandangkan kedudukan kawasan tersebut di bawah naungan Parlimen Batu Sapi dan DUN Sekong, maka saya merayu kepada kedua-dua wakil rakyat  ini agar dapat menghubungi pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR)  bagi  melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan yang dimaksudkan dengan seberapa segera,” rayu  Chong.

Chong menambah, jika perkara ini diketahui lebih awal oleh parti pembangkang, maka sudah tentu akan menjadi isu besar dan propaganda untuk menghentam kelemahan pentadbiran kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment