Monday 14 January 2013

KB PBS SANDAKAN KINI YDP PERKASA SABAH






KOTA KINABALU : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melantik Boni Yusup Abdullah sebagai Yang Dipertua Perkasa Sabah yang baharu menggantikan Datuk Seri Dr Mohammad Jeffry Rosman.

Majlis penyerahan watikah perlantikan kepada Boni Yusup (kanan sekali) dilakukan oleh Timbalan Presidennya Datuk Abd Rahman Abu Bakar di sini hari Ahad.

Bercakap kepada pemberita, Abd Rahman berkata Dr Mohammad Jeffry melepaskan jawatan itu bukan atas sebab salah faham sebaliknya beliau tidak yakin dapat memberi perkhidmatan terbaik.

Beliau berharap Perkasa Sabah dapat mencapai 100,000 keahlian dalam tempoh enam bulan berbanding 40,000 sekarang.

Boni Yusup berkata pihaknya akan berusaha memastikan Barisan Nasional terus kekal sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. (Bernama)

No comments:

Post a Comment