Thursday 17 January 2013

LINDA KEKAL,SAMSUDDIN DAN PANG GUGUR?




GANDINGAN.......Gandingan muka lama dan baru. Dari kiri Lam Kai Min, Linda dan Awang Kadin bakal membawa cabaran BN di Batu Sapi.


Oleh : PEMERHATI POLITIK
                  
TAHNIAH kepada para pejuang Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa. Sumber  sahih memberitahu bahawa di Parlimen Batu Sapi dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri akan menampilkan muka baru dan mengekal calon bagi kawasan Parlimen Batu Sapi yang disandang oleh wakil PBS-BN iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin.

Benar atau tidak sumber ini, biarlah pucuk pimpinan Barisan Nasional yang mengumumkan calonnya kelak. Sumber risikan telah mendapati antara nama yang bakal menjadi calon bagi kawasan Batu Sapi khasnya adalah seperti berikut :-

Calon Parlimen 185 Batu Sapi      : Datin Linda Tsen Thau Lin
Calon ADUN N.43 Sekong            : Datuk Haji Awang Kadin Tang
Calon ADUN N.44 Karamunting   : Lim Kai Min

Untuk rekod, Datin Linda menang kerusi berkenaan pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi 2010. Manakala Awang Kadin ialah Ketua Pemuda UMNO Sabah merangkap Ketua Pemuda BN Negeri dan Lim Kai Min ialah Pemangku Ketua Bahagian LDP Kawasan Karamunting.

Desas-desus yang bertiup kencang, ketiga-tiga bakal calon berkenaan semakin hangat diperkatakan di seluruh pelusuk kawasan Sandakan, tidak kira di kedai-kedai kopi, stesen bas mini, di kalangan pemandu-pemandu teksi dan penduduk Batu Sapi khasnya.

Apakah strategi BN dengan meletakkan dua muka baru ini dalam kerusi DUN N.43 dan N.44 akan dapat menjamin kemenangan majoriti besar BN bagi Pilihanraya kali ini? Walau apapun ceritanya, biarlah kita menunggu keputusan calon akhir yang mewakili Barisan Nasional bila diumumkan kelak.

Bagi Kawasan Parlimen Batu Sapi yang kini diwakili Datin Linda Tsen Thau Lin, adalah satu kesilapan besar kepada  Barisan Nasional jika meletakkan calon 'bengap' dan tidak tahu bekerja seperti beliau ini.

Berdasarkan pungutan suara parlimen Batu Sapi, hampir 88% rakyat Batu Sapi menolak Datin Linda Tsen jika beliau dicalonkan semula. Ini adalah berikutan, rakyat mahu kawasan Parlimen Batu Sapi ini diwakili oleh 'Orang Melayu' dan  bukan berbangsa Cina yang tidak tahu budaya dan cara hidup masyarakat kawasan Batu Sapi amnya.

Berita yang diperkatakan dalam pergolakan Parti PBS Bahagian Sekong kini yang mana Ketua Bahagian dan para Jawatankuasanya bakal meninggal parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat PKR Kawasan Batu Sapi.

Senario ini semakin jelas kerana kewibawaan Datin Linda Tsen langsung tidak membawa manfaat kepada para penyokongnya sendiri dalam Parti yang beliau wakili; apatah lagi para Ahli UMNO yang sudah muak dengan lakonan Pegawai Perhubungan Awamnya iaitu Khong Nyuk Toh atau lebih dikenali sebagai Ah Khong yang suka menabur janji-janji palsu kepada rakyat di perkampungan sekitar batu sapi.

Pengerusi BN wajar mengambil kira situasi seperti ini kerana pergolakan dalam Parti PBS kawasan sekong sudah jelas dan nyata. Jika Datin Linda Tsen dikekalkan sebagai calon bagi mewakili BN di Parlimen Batu Sapi, siapakah jentera Parti PBS Sekong yang membantu beliau sedangkan Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian PBS Sekong bersama para jawatankuasa dan penyokong bertindak bakal keluar parti kerana kecewa dengan kepimpinan serta kewibawaan Datin Linda Tsen.

Sumber juga memberitahu bahwa, para penyokong Datuk Peter Pang En Yin yang kini ADUN N.44 Karamunting mewakili GERAKAN, bakal mensabotaj Lim Kai Min jika beliau digugurkan menjadi calon BN pada PRU 13 Kali ini.

Para penyokong kuat Datuk Peter Pang telah mengeluarkan kenyataan tidak akan memberikan kerjasama kepada Parti LDP jika Kuota Calon Bagi DUN N.44 Karamunting dikembalikan kepada LDP.

Datuk Peter Pang melalui penyokong kuatnya telah melakukan pelbagai provokasi dan situasi tidak jujur di hadapan pemimpin BN ini jelas tidak mencerminkan Datuk Peter Pang mempunyai sikap dan sifat kepimpinan yang berjiwa rakyat tetapi hanya mementingkan dirinya sendiri sahaja.

Oleh yang demikian, bagi ADUN N.43 Sekong yang kini diwakili Datuk Samsudin Yahya yang mana beliau hanya mampu berdiam sahaja dengan situasi politik semasa yang berlaku.

Para penyokong kuatnya tercengang dan tergamam apabila nama Datuk Awang Kadin kini menjadi sebutan sebagai bakal calon menggantikan beliau di Kawasan DUN Sekong.

Benar ataupun tidak, kita semua tunggu dan lihat. Jika benar,maka perjuangan mereka dalam BN mesti diteruskan atas semangat setiakawan, jika tidak siapa pula yang bakal menjadi calon di DUN Sekong? Adakah Pucuk Pimpinan BN mengekalkan Calon dianggap tidak berguna seperti Datuk Samsudin ini?

No comments:

Post a Comment