Oleh : LO_PHUNK
KEBANJIRAN pendatang asing
di Sabah amat membimbangkan rakyat di negeri ini. Mereka telah melebihi jumlah
penduduk asal negeri ini. warga Pakistan juga semakin banyak di Sabah dan
mendapat kerakyatan serta memegang mykad yang asli.
Kenapa dan bagaimana mereka
ini mendapat IC dengan cara mudah? Bukankah mereka ini warga asing dan kenapa
mereka memiliki IC Malaysia?
Kebetulan baru-baru ini saya
berurusan di JPN Putrajaya Jalan UMS. Dalam barisan kelihatan ada dua orang
warga Pakistan yang sedang menunggu giliran dan saya perhatikan mereka ini
memegang mykad. Layakkah mereka ini memiliki mykad seandainya mereka sudah
duduk lama di Malaysia?
Saya terus bertanya kepada
pegawai JPN di kaunter yang saya tujui dan mengatakan bahawa dalam Perlembagaan
Malaysia ada membenarkan warga asing memohon untuk menjadi rakyat Malaysia tapi
dengan syarat mereka sudah duduk lama di Malaysia iaitu 10 tahun ke atas;
mereka perlu diberi taraf penduduk tetap dulu dan seterusnya barulah boleh
memohon IC.
Beliau menambah, ia sama
juga di negara lain di mana rakyat Malaysia boleh memohon kerakyatan jika sudah
tinggal lama di negara mereka.
Jadi persoalannya di sini, mampukah
RCI menangani isu ini dam mampukah isu kerayatan kepada pendatang asing ini
dapat dibendung; sedangkan undang-undang Malaysia sendiri merestui perkara ini?
Apa yang pasti, semua
undang-undang yang digubal adalah atas persetujuan bersama semua 222 Ahli
Parlimen Malaysia yang mewakili kerajaan dan pembangkang.
Oleh itu, apa yang perlu
dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah kebanjiran pendatang asing ke Sabah?
Apa yang pasti, kerajaan patut menyemak semula peruntukan undang-undang itu
kerana kehadiran mereka jelas membantutkan pertumbuhan ekonomi penduduk asal
serta jenayah yang berleluasa oleh mereka.
No comments:
Post a Comment