Oleh : AHMAD FADLI KC
KETUA Polis Daerah Shah
Alam, ACP Zahedi Ayob berkata beliau terkejut dengan bentuk persembahan tarian
oleh sekumpulan wanita dalam majlis makan malam ketika meraikan anggotanya pada
4 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Shah
Alam, ACP Zahedi Ayob menjelaskan tarian itu tidak ditempah pihaknya dan ia
dipersembahkan secara mengejut.
"Tarian yang dipamerkan
itu bukanlah yang ditempah dan unsur ini tidak timbul semasa raptai. Perkara
yang berlaku adalah secara mengejut tanpa izin penganjur," katanya.
Tambahnya lagi, penganjur
telah membuat aduan dan meminta penjelasan secara peribadi berhubung isu
berkenaan daripada pihak hotel tersebut.
Zahedi mengulas rakaman
gambar tarian pada majlis 'Sekalung Budi Segunung Intan' anjuran Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) Shah Alam, yang dikesan berlegar di laman sosial.
Menurutnya juga, majlis itu
dijalankan secara tertutup untuk meraikan bakal pesara, pegawai dan anggota
pangkat rendah dan dihadiri anggota dan pegawai JSJ Shah Alam sahaja.
"Saya ingin tegaskan
bahawa PDRM sejak kewujudannya tidak pernah menganjurkan majlis sebegini kerana
ia bertentangan dengan teras budaya PDRM dan agama Islam," katanya.
(MKINI)
No comments:
Post a Comment