KERAJAAN Kelantan tidak akan
melantik individu yang merokok bagi mengisi jawatan anggota majlis daerah atau
pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata langkah itu sebagai salah satu usaha
mendisiplinkan pemimpin dalam sesebuah agensi kerajaan negeri di bawah
pentadbirannya.
"Sebagaimana parti
(PAS) sebelum ini tidak memilih calon mereka yang merokok, kita (kerajaan
negeri) juga tidak akan pilih ahli Majlis Daerah atau anggota PBT yang
merokok," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan
watikah pelantikan anggota PBT dari seluruh negeri ini di Kota Bharu kelmarin.
"Bagi saya tidak pilih
mana-mana Ahli Majlis Daerah yang merokok sebagaimana juga calon pilihan raya,
lainlah kalau saya tak tahu," katanya.
Nik Abdul Aziz dalam
ucapannya sebelum itu menegur sesetengah penyokong dan pemimpin Pas yang
menghisap rokok di kalayak umum sambil memakai ketayap (kopiah) dan berimejkan
orang Islam.
"Mereka ini seolah-olah
berlagak seperti seseorang yang mempunyai pistol menunjuk-nunjukkan kepada
khalayak umum walaupun mempunyai lesen," katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment