Wednesday 23 January 2013

TIGA PREMIS DIKOMPAUN MDLD






TUNJUK......Peniaga menunjukkan lesen yang telah diperbaharui kepada Kamariah.

Oleh : NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Dua restoran dan sebuah premis perniagaan sejuk beku di daerah ini dikompaun Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) dalam operasi pemeriksaan lesen premis di sini, semalam.

Penolong Pegawai Eksekutif (II) MDLD, Kamariah Ismail berkata tiga premis itu dikenakan kompaun maksimum RM200 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen operasi dan lesen operasi tamat tempoh.

“Mengikut Ordinan Kementerian Kerajaan Tempatan 1972 adalah menjadi satu kesalahan sekiranya premis gagal menunjukkan lesen perniagaan mereka ketika diminta pegawai MDLD dan ketiga-tiga premis yang diperiksa gagal menunjukkan lesen semasa operasi dibuat,” katanya selepas operasi pemeriksaan lesen yang bermula 9.30 hingga 11 pagi di 20 premis sekitar Fajar Centre tamat.

Menurutnya, operasi pemeriksaan akan diteruskan secara berperingkat-peringat ke seluruh daerah dan mengingatkan premis yang telah dikompaun menjelaskan denda mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kita akan memberikan tempoh selama 14 hari untuk mereka menjelaskan kompaun. Sekiranya selepas tempoh itu peniaga itu masih gagal membayarnya, kita akan keluarkan notis arah tutup premis,” katanya.

Ketika ditanya langkah pengawasan terhadap ketirisan maklumat sebelum operasi, Kamariah memberitahu pasukannya bertindak mengikut strategi.

“Operasi yang bermula sejak dua minggu lalu tidak menghadapi masalah ketirisan maklumat kerana pemeriksaan dijalankan mengikut strategi tertentu,” katanya.

Operasi itu diketuai Kamariah beserta 10 petugas pengguatkuasa MDLD. (UB)

No comments:

Post a Comment