Oleh : RUZAINI ZULKIFLI
KOTA KINABALU: Polis menahan
dua wanita warganegara Ukraine setelah didapati menjalankan kegiatan pelacuran
di kawasan ibu negeri dalam satu serbuan di Lintas, Luyang kelmarin.
Ketua Polis Kota Kinabalu,
Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata berdasarkan maklumat orang awam yang
mendakwa terdapat kegiatan tidak bermoral di kawasan berkenaan, sekumpulan
anggota dari bahagian D7 telah digegaskan dan menyerbu ke sebuah premis tidak
bernombor di Lintas.
Menurutnya, kedua-dua suspek
yang berusia 24 dan 27 tahun itu telah tiba ke negeri ini sejak 18 Januari lalu
sebelum mereka ditahan di dalam serbuan sekitar jam 4.25 petang itu.
Jauteh berkata, polis telah
menemui beberapa paket plastik berisi kondom serta wang tunai RM1,000
dipercayai hasil daripada kegiatan pelacuran yang dilakukan.
Hasil siasatan awal juga
mendapati suspek telah mengenakan caj sebanyak RM500 sebelum khidmat seks
diberikan kepada pelanggan mereka.
“Kedua-dua suspek berasal
dari negara Ukraine dan didapati menjalankan aktiviti pelacuran sejak tiba ke
negeri ini pada 18 Januari lepas.
“Bagaimanapun, polis
menyangkal dakwaan sama ada kedua-dua suspek ini terbabit dengan mana-mana
sindiket pelacuran dan siasatan kes masih dijalankan sehingga kini,” katanya.
“Kes disiasat mengikut
Seksyen 372 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan aktiviti melacur,”
katanya.
Jauteh berkata demikian pada
sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Kota Kinabalu di sini kelmarin. (UB)
No comments:
Post a Comment