Saturday 19 January 2013

WARISKAN PELAJARAN KEPADA ANAK-ANAK




HADIAH.....AZIZAH menyampaikan hadiah kepada pelajar SAR Kg Kebulu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Seramai 259 murid terdiri daripada pelajar sekolah rendah, sekolah Agama dan pra sekolah menerima bantuan berupa beg, pakaian dan peralatan sekolah.

Majlis penyampaian bantuan itu disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun pada majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kg Kebulu dan Program Bantuan Sosial di Dewan Mini Kg Kebulu di sini, baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 penduduk itu dianjurkan Pusat Khidmat Adun Klias, Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR), Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

Hadir sama, Ketua Daerah Dun Klias, OKK Wong Sameh, Ketua Daerah Mengundi Kebulu, Dulakim Padi; Pengerusi Penganjur, Ustaz Mat Bidin Jiris dan pemimpim masyarakat setempat.

Azizah yang juga Adun Klias meminta ibu bapa memberi perhatian yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka kerana ia adalah sesuatu yang amat bernilai untuk diwariskan.

“Ilmu adalah harta yang paling brnilai untuk diwariskan kepada anak-anak kita. Berilah sokongan padu kepada anak-anak untuk membantu mereka mencapai kejayaan,” katanya sambil mengajak ibu bapa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa berusaha menyediakan pelbagai bantuan dalam pembelajaran anak-anak.

Dalam ucapanya, Azizah turut mengumumkan kelulusan bantuan buku teks untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kg Kebulu.

No comments:

Post a Comment