TAMBUNAN: Timbalan Ketua
Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kunjungan Perdana Menteri
Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak merupakan detik yang bersejarah di daerah yang
terkenal dengan tanaman halia ini.
Katanya, ia menjadi detik
yang bersejarah kerana beliau (Dato’ Seri Najib) adalah Perdana Menteri yang
pertama melawat daerah ini.
“Selain Perdana Menteri yang
pertama melawat daerah ini, penubuhan Kolej KDM di daerah ini khususnya dan
Pedalaman amnya juga detik yang bersejarah kerana impian masyarakat di kawasan
ini untuk mendapatkan Kolej tersebut menjadi realiti,” kata Pairin semasa
berucap sempena Majlis Bersama Rakyat dan Pecah Tanah Kolej KDM Tambunan yang
disempurnakan oleh Perdana Menteri di Pisompuruan Square di sini baru-baru ini.
Pairin yang juga Menteri
Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambunan berkata,
kunjungan Perdana Menteri di daerah ini tidak sia-sia kerana ia melakar sejarah
yang berkekalan apabila wujudnya Kolej KDM yang menjadi impian masyarakat KDM
di kawasan ini.
“Apabila Kolej KDM ini
beroperasi kelak ia akan memberi kemudahan kepada masyarakat di daerah ini
untuk menghantar anak-anak mereka yang melanjutkan pelajaran,” katanya.
Pada masa ini katanya, ramai
anak-anak masyarakat di kawasan Pedalaman tercicir untuk melanjutkan pelajaran
di IPTA/IPTS sama ada di Semenanjung dan di Kota Kinabalu kerana ramai ibu bapa
yang tidak mampu menghantar anak mereka atas faktor kos yang tinggi.
Ini katanya, menyebabkan
ramai anak-anak masyarakat di kawasan ini tidak berpeluang mendapat kemahiran
dan latihan teknikal di IPTA/ IPTS.
Tetapi apabila Kolej
tersebut siap kelak ia akan memberi kemudahan kepada anak- anak masyarakat di
kawasan ini melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ditawar bagi membolehkan
mereka setanding dengan masyarakat lain di negara ini.
Sementara itu, seorang
pendidik Nordin Lawanding 50, dari Kg. Kumawanan menyambut baik penubuhan Kolej
KDM di Daerah.
Katanya, penubuhan Kolej ini
sudah tentu memberi peluang kepada anak-anak di daerah ini dan kawasan
Pedalaman keseluruhannya melanjutkan pelajaran mereka.
Dalam masa yang Nordin yang
juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tambunan meminta rakyat di
kawasan ini agar menyokong pemimpin-pemimpin yang mencadang penubuhan Kolej KDM
ini.
Nordin juga mencadangkan
agar pihak yang berkenaan wujudkan kelas sementara bagi membolehkan operasi
dilaksanakan sementara menunggu pembinaan bangunannya siap.
Ini katanya, supaya rakyat
tidak tertunggu-tunggu disamping membolehkan anak- anak di kawasan ini dapat
melanjutkan pelajaran dalam masa yang terdekat.
Beliau mencadangkan agar operasi
sementara dijalankan bangunan SMK Nambayan Tambunan kerana sekolah berkenaan
hanya menjalankan pembelajaran sesi pagi.
“Jika Kolej KDM menjalankan
operasi lebih awal ia boleh menumpang bangunan sekolah itu untuk menjalankan
pembelajaran atau pengajian pada sebelah petang” katanya.
Seorang penduduk Benjamin
Bianus 55, dari Kg. Sungoi turut menyambut baik penubuhan Kolej KDM di daerah
ini.
Benjamin seorang petani yang
baru tahu penubuhan kolej berkata, walaupun beliau tidak tahu apa itu Kolej KDM
tetapi beliau bersetuju ia diwujudkan di daerah ini.
Katanya, seperti sekolah
yang menjadi tempat anak-anak belajar begitulah juga dengan kolej itu.
Bagi dua pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Tambunan, Anney Justin dari Kg. Tombotuon dan
Vianylyn Philip dari Kg. Pantai berkongsi pendapat menyambut baik penubuhan
Kolej itu.
“Kami berharap menjadi
pelajar yang pertama memasuki Kolej KDM itu nanti,” kata kedua-dua pelajar
tingka- tan lima SMK Tambunan itu.
Seorang pemimpin masyarakat
yang merupakan Ketua Anak Negeri (KAN) Tambunan Shalan Hamidin 49, pula
bersyukur dengan penubuhan Kolej KDM itu yang menurutnya telah diimpi-impikan
oleh masyarakat Tambunan selama ini.
“Sebagai pemimpin masyarakat
di daerah ini, saya berterima kasih kepada Huguon Siou Tan Sri Joseph Pairin
Kitingan kerana memainkan peranan penting dalam penubuhan Kolej KDM ini,” kata
Shalan. (NST)
Najib PM yang begitu rajin turun padang mendekati rakyat.
ReplyDeleteBut never make it as one of the political tactics.
Deletealthough some people may see Najib visit to tambunan as one of his political tactics but his visit sure brought smiles to the people.
DeletePolitical purposes?
Deletepemimpin mcm ini kita inginkan, mesra dgn rakyat.
ReplyDeleteKalau PM boleh 'terbang' dari SM ke Keningau, kenapa tidak wakil2 rakyat di Sabah ni. keraplah turun padang dan dengar rintihan rakyat.
DeleteNajib is one of the great leaders in the country.So waste no chance anymore.
Deletewhat more can we ask from? Najib is by far the most caring PM among the previous PM.
DeleteMungkin penduduk2 daerah lain pun menantikan kunjungan PM di tempat mereka. manatau ada peruntukan atau bantuan macam laptop percuma ka:)
ReplyDeleteCan consider as well.
DeleteIts always a good news when Najib make a visit to a particular area in sabah. Various help were provided by him.
DeleteAnd this will be the sweetest memory for the folk in Tambunan and hope Najib felt the same too.
ReplyDeleteCorrect!
DeleteAfter Tambunan, where else would Najib visit???
DeleteSo never ruin the peoples' hope. Make more visits and I'm sure more things will happen sooner or later.
ReplyDeleteThe trip is another credit for Najib and the Government. So expecting the current Government is to win the seat in Tambunan and may also in keningau.
ReplyDeletedengan adanya kolej KDM tersebut, ianya akan membuka lebih peluang kepada anak2 di pendalaman sabah untuk melanjutkan pelajaran..
ReplyDeleteThe people will no longer need to travel far for education once the college is build.
DeleteMogakan sistem pendidikan di Sabah semakin baik.
Deletecadangan Nordin perlu dipertimbangkan..
ReplyDeletediharap akan ada lebih banyak pembangunan dibawa masuk ke tambunan..
ReplyDeleteKawan saya cakap, inilah first time Tambunan jam bukan saja dengan kereta tapi juga lautan manusia. Percayalah...
ReplyDeleteThe people were so happy that Najib came to visit their place.
DeletePetanda yang baik dan all the best kepada PM kita.
ReplyDeletei sense more good news to come.
DeleteThe PM should visit sabah's interior areas more often to see the poor condition of those areas with his own eyes.
ReplyDeleteWell done Najib!
ReplyDeleteLawatan Datuk Najib ke Sabah ini sememangnya satu lawatan yang bermakna.
ReplyDeleteTeruskan mendekati rakyat Datuk..Jangan lepaskan peluang baik ini untuk beramah mesra dengan penduduk.
ReplyDeletePemimpin harus mendekati rakyat dan dengar suara rakyat juga.
Deletememang patut seorang pemimpin sentiasa mendekati rakyat.
DeleteLawatan Datuk Najid ke Tambunan, Sabah ini satu sejarah yang terukir untuk Daerah tersebut selama bersama dengan Malaysia. Kerana inilah kali pertama PM datang ke Kawasan tersebut.
ReplyDeleteNajib akan menyalurkan peruntukan kepada Tambunan?
ReplyDeleteBudaya turunpadang ini harus diamalkan selalu.
ReplyDeleteamalan turun padang yang diamalkan oleh PM harus dicontohi oleh semua pemimpin.
Deleteini merupakan peristiwa bersejarah kepada masy Tambunan.
ReplyDeleteSabah kini semakin diberikan perhatian..ini sesuatu yang baik.
ReplyDeleteDiharap perhatian Persekutuan kepada Sabah akan berterusan.
Deletesetuju.. lawatan Najib ini menunjukkan Sabah semakin diberikan perhatian oleh persekutuan.. tidak seperti ketika PM sebelum beliau..
DeleteLawatan PM ke Tambunan pasti meninggalkan sejarah
ReplyDeleteNajib juga PM pertama yang kerap datang ke negeri ini dan kerap dilihat bersama2 rakyat biasa..
ReplyDelete