Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada posting blog
sabahkini.net bertarikh 17 Jun 2012 dengan tajuk 'KKLW Gagal Laksanakan NKRA DiSabah'. Sebagai makluman, Pelaksanaan Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB)
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di seluruh negara adalah
mengikut senarai keutamaan yang dikemukakan oleh pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN).
Sepertimana di Sabah, senarai
berkenaan telah disemak secara terperinci oleh Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah
(JANS).
Justeru, tidak Iangsung
timbul persoalan KKLW gagal untuk melaksanakan projek BALB memandangkan status
kesemua projek di bawah NKRA (Tahun 2010 - Tahun 2012) masih dalam perlaksanaan
dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2012.
Di kawasan Bandar Keningau,
bekalan air bersih dan terawat diperolehi dari dua (2) Ioji utama iaitu Loji
Rawatan Air Kg. Keningau berkapasiti 5 mld dan Loji Rawatan Air Bingkor berkapasiti
25 mld.
Pada masa ini, kedua-dua
Ioji tersebut tidak mampu menampung keperluan bekalan air bersih di Bandar
Keningau sebanyak 45 mld hingga 50 mld. Peningkatan permintaan bekaian air
disebabkan oIeh pertambahan bilangan penduduk dan penempatan baru menyebabkan
terdapat gangguan bekalan air secara berterusan.
Bagi mengatasi masalah
tersebut dalam jangka masa panjang, YAB. Perdana Menteri telah bersetuju
meluluskan pinjaman RM235 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk membina sebuah
Ioji rawatan baru di Keningau dan dijangka mampu menyelesaikan masalah keseluruhan
bekalan air di Bandar Keningau.
Pada masa yang sama juga,
KKLW melaksanakan projek BALB loji Air di Kg. Agudon yang berkapasiti 8 mld
bagi membekalkan air bersih ke Kg. Agudon, Kg Banjar, Perumahan PPR, Kg.
Kauran, Kg. Patikang, Kg. Batu 27, Kg. Meninpir dan Kg. Mantatap dengan
bilangan penduduk sebanyak 26 ribu orang.
Berhubung pelaksanaan projek
BALB di kawasan Tenom, Projek BALB Sistem Retikulasi dan Projek Sistem Bekalan
Air Tenom (Fasa 2) adalah bertujuan untuk meningkatkan kawasan Iiputan bekalan
air bersih di kawasan Tenom merangkumi keperluan bekalan air sehingga tahun
2030 agar masalah gangguan bekalan air tidak berlaku di kawasan Tenom.
Justeru, tidak timbul soal
pembaziran wang bagi pelaksanaan projek-projek tersebut memandangkan cadangan tersebut
juga adalah daripada pihak Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah (JANS) yang telah
mengambil kira keperluan bekalan air di seluruh kawasan,Tenom.
Selain itu juga, projek-projek
BALB di Kunak, Keningau, Tenom turut dilaksanakan secara Tender Terbuka yang
dapat memberi 'vaIue for money' bagi setiap projek yang dilaksanakan oIeh
Kementerian ini.
Sekian terima kasih.
MEOR HAFIZAN BIN ABDUL GHANI
Ketua Komunikasi Korporat,
Kementerian Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, PUTRAJAYA
pihak KKLW dah beri penjelasan, harap seau pihak faham dan terima penjelasan ini.
ReplyDeletewang pinjaman yang diberikan untuk membina loji rawatan air harus digunakan dgn baik, jgn sampai ada salah guna, ia adalah wang pinjaman, kena dibayar balik.
ReplyDeletePengurusan kewangan harus dibuat dengan lebih berhati-hati dan memastikan projek yang dijalankan menghala ke arah yang positif.
DeleteTernyata pihak yang buat dakwaan tu hanya cakap ikut sedap mulut dan bukannya berasaskan fakta dan bukti.mujur tidak disaman.
ReplyDeleteMotif pihak membuat dakwahan tu hanya untuk menjatuhkan pihak lain.
DeletePihak kontraktor yang diupah perlu dipastikan menjalankan tugas dengan baik dan akan menyiapkannya pada waktu yang ditetapkan.
ReplyDeletejika ada masalah maka pihak kontraktor yang perlu dipersalahkan...
DeleteKontraktor harus memastikan projek dijalan lancar dan disiapkan dalam tempoh.
DeleteHarap dengan adanya penyelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak info kepada kita semua. Sedia maklum bahawa tidak semua benda kita dapat lakukan dalam masa yang sama. Mesti dilakukan berpetingkat-peringkat.
ReplyDeletebetul tu...
DeleteProjek kerajaan seharusnya tidak ada masalah kerana semuanya sudah tersedia, terutama sekali yang berkaitan dengan isu wang.
ReplyDeletepenjelasan panjang lebar telah pun diberikan oleh pihak KKLW.
ReplyDeleteBiasalah tu gosip. Ada pihak saja mahu timbulkan isu:P
ReplyDeleteJadi janganlah putar belit hal ni lagi since penjelasan dah diberi:)
ReplyDeleteThe complainer needs to get his/her fact right first.
ReplyDeleteApa pun kita harap masalah bekalan air ini akan dapat diselesaikan sebaiknya dikawasan pendalaman.
ReplyDeleteKalau itu yang dikatakan oleh pihak KKLW baguslah. Harap apa-apa projek akan dapat dilaksanakan sepenuhnya.
ReplyDeleteBekalan air yang masih membelenggu penduduk menyebabkan ada pihak yang cuba memainkan isu BALB ini.
ReplyDeletemungkin ada yang sengaja memainkan isu ini untk kepentingan tertentu.
DeleteTerimalah penjelasan yang dibuat.
ReplyDeletekerajaan harus memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan bekalan sering dalam keadaan yang selamat untuk diguna.
ReplyDeleteusaha untuk memenuhui keperluan rakyat harus berterusan.
DeleteGovernment will prioritize their project.
ReplyDeleteini penjelasan untuk menjawab persoalan yang timbul sebelu ini.
ReplyDeletepenjelasan sudah pun diberikan bagi menjelaskan isu yang telah ditimbulkan.
ReplyDeleteyang penting kini KKLW melaksanakan projek dengan sebaiknya.
ReplyDeletePenjelasan yang diberi harap boleh memuaskan hati ramai pihak.
ReplyDeletepihak KKLW perlu juga menjawab aduan2 sebelum ini berkenaan dengan projek terbengkalai, projek lesap dan sebagainya..
ReplyDelete