SAMPAIKAN.....Azizah
menyampaikan cenderakenangan kepada Pesuruhjaya (Kelana) Persekutuan Pengakap
Negara Brunei Darussalam, Othman Durani.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT: Persatuan Pengakap
dilihat berpengaruh dalam membentuk jati diri masyarakat. Tenaga dan khidmat
ahli Pengakap sepatutnya tidak disia-siakan malah perlu turut sama menjadi
tulang belakang terhadap kejayaan dasar-dasar kerajaan dalam membangunkan belia
dan beliawanis.
Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun ketika menyatakan perkara itu berkata gerakan
Pengakap yang berusia lebih seratus tahun dan akan memasuki 100 tahun di negeri
Sabah, kini lebih matang untuk meneruskan fungsi dan peranannya untuk bertindak
sebagai pelengkap kepada pendidikan formal, dan ia penting untuk membentuk
perwatakan dan keperbadian yang luhur bagi generasi muda.
“Dengan penyertaan dalam
program seumpama ini, belia dan beliawanis dapat membentuk keterampilan dan
pengetahuan, meningkatkan disiplin diri dan membina semangat kebersamaan bagi
para anggotanya,” katanya.
Beliau berkata, persatuan
ini perlu relevan mengikuti perkembangan semasa dan bersedia menghadapi realiti
semasa sebagai persatuan yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara
sekali gus gerakan pengakap berpotensi menarik minat generasi muda untuk
menyertainya.
“Falsafah Persekutuan
Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan berasaskan kepada
Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan
mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan
kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek,
kerohanian dan fizikal di atas landasan kepercayaan kepada Tuhan.
“Saya yakin andai semua anak
Malaysia mempraktikan nilai dalam undang-undang ini sudah pasti kita tidak ada
halangan mencapai status matlamat Negara membentuk modal insan kelas pertama
dan berketerampilan menjelang Tahun 2020.
“Namun, realiti itu masih
belum dicapai. Kita masih belum boleh berbangga. Tetapi kita belum putus asa,
kita masih terus berusaha. Kerajaan sedaya upaya mengubal pelbagai dasar yang
relevan dalam meningkatkan jati diri Belia Beliawanis Negara.
“Hari ini kita semakin lebih
baik dari hari-hari semalam. Hari ini kita boleh aman melakukan perkara dan
aktiviti yang kita suka. Hari ini kita bebas bergerak dalam memajukan diri,
keluarga dan bangsa. Justeru, Pastikan Hari esok akan menjadi lebih baik dari
hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap merasmikan Malam Pesta Kaamatan Pra Jambori Pedalaman Bawah
sempena Ulang tahun Pengakap Sabah Ke-100 di Dewan Baru Beaufort.
Pra-Jambori malam itu bukan
sahaja disertai ahli pengakap dari Beaufort, Sipitang, Kuala penyu, tetapi ahli
pengakap dari luar juga turut hadir seperti dari Kota Kinabalu, Sembulan,
Inanam, malah ada juga datang dari jauh Tawau, Brunei, Johor Bharu dan
Kelantan.
Hadir sama pada majlis yang
diisi dengan pertandngan Sugandoi dan Unduk Ngadau itu ialah Pesuruhjaya
(Kelana) Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Othman Durani; Penolong
Pesuruhjaya Negeri (Pentadbiran) merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia
Sabah,Nourman Rayn Ag Zaini; Penolong Pesuruhjaya Negeri, Jibah Suhaili;
Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri (Korporat) Zia Zuhairi; Pesuruhjaya Bahagian
Pedalaman Bawah, Sabli Bakri dan Setiausaha Kehormat Pemimpin Pengakap Pedalaman
Bawah, Awang Anak Ab Sani.
Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata belia mahu melihat bahawa matlamat Pengakap terus segar dan boleh membantu negara dalam melahirkan keperibadian belia dan beliawanis yang mempunyai jati diri, disiplin dan rasa tanggungjawab terhadap masyarakat dan persekitaran.
“Saya menyeru agar barisan
kepimpinan Pengakap Negeri mengangkat Pengakap ini ke satu tahap yang lebih
tinggi lagi. Tinggkatkan nilai sukarelawan dalam persatuan ini dan tampillah
sebagai badan sokongan sukarelawan yang aktif dan maju dalam menyumbang tenaga
dan bakti serta berupaya menjadi badan sokongan sukarela yang bermanfaat dalam
membangunkan masyarakat.
“Pergiatkan aktiviti bukan
sahaja dikalangan aktiviti sesama ahli pengakap sendiri tetapi juga lakukan
sesuatu sentuhan kemasyarakatan juga. Kita tidak mahu hanya melihat potensi
ahli pengakap yang luas ini dipersia-siakan. Tampillah dengan megah sebagai
anak pengakap untuk kerja-kerja sukarelawan,” katanya.
Dalam pada itu Azizah turut
menyeru ahli pengakap mengambil iktibar daripada pesta kaamatan dengan
mensyukuri nikmat kemakmuran dari rezeki yang dilimpahkan Tuhan di negara ini.
“Pada malam bersempena
meraikan Pesta Kaamatan, marilah sama-sama mengambil sama nilai disebaliknya,
mensyukuri kenikmatan rezeki dari Tuhan ke atas Negara yang kita cintai ini.
“Dalam kita seronok melihat
kecantikan Unduk Ngadau kita mempelajari kisah di sebalik Hominodun ini yang
memberi maksud yang berkorban. Apa yang boleh kita ambil nilai di sini ialah
untuk kita punya murah rezeki itu perlulah ada usaha dan dalam usaha itu kita
pula perlu ada banyak pengorbanannya,” katanya.
Hope that the Boy Scout club can continue to serve society.
ReplyDeleteKeep up the good work and hope to see better accomplishment in the near future.
ReplyDeletepersatuan pengakap mmg bertujuan dalam membentuk jati diri individu agar menjadi insan yang berdisiplin.
ReplyDeletePembentukan jati diri memang diperlukan bagi setiap pelajar
DeletePersatuan Pengakap is fun! Especially when this club is active.
ReplyDeleteSiapa yang pernah menyertai pengakap pasti tahu akan disiplin dan pendedahan yang diajar.
ReplyDeletePasti aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli pengakap.
ReplyDelete