Saturday, 2 June 2012

JANJI PALSU ADUN SULABAYAN SEMAKIN KETARA




Oleh : SHAIMON S JUMADI         Foto : NORASMAH TAKBIRUL

“JANJI Seribu  Tahun  Tak kan Mungkin!” Inilah janji segelintir pemimpn Barisan Nasional (BN)/UMNO yang kerap dilontarkan  kepada para pengundinya di satu-satu kawasan DUN yang diwakili, termasuk di kawasan DUN Bugaya kerana tidak pernah tertunai sampai sekarang.

Janji yang pernah dilontarkan kepada dua keluarga miskin tegar iaitu Rapik Tahamuk dan Jaleha Bt Nikah yang tinggal di Kampung Sungei Gajah oleh ADUN Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban hanyalah sekadar menanam tebu di bibir.

Kedua mereka mendakwa pernah dijanjikan Ramlee tiga tahun lalu untuk mendapatkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi menggantikan rumah usang mereka tetapi sehingga ke hari ini, sebatang tiang rumah atau sekeping zingpun belum berganti.

“Kami ini  orang  susah. Macam mana kami mahu perbaiki rumah kami yang sudah usang ini? Mahu beli papan dan beruti, sedangkan untuk membeli beras dan belanja harianpun kami kepayahan,” ujar Jaleha.
Tambah Jaleha lagi, dahulu suaminya bekerja sebagai nelayan. Walaupun pendapatan tidak seberapa, tetapi boleh juga menyara kehidupan mereka, namun jika setelah suaminya uzur, mereka hanya mengharapkan belas ehsan jiran dan sanak saudara.

"Saya sudah juga memohon bantuan E-kasih daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi permohonan saya ditolak kerana kami dituduh penyokong pembangkang dan kata mereka E-Kasih hanya dikhaskan untuk penyokong UMNO/BN," ujar Jaleha yang kesal kerana Pegawai Kebajikan memaklumkan sedemikian.

Rapik dan Jaleha telah mengadu masalah mereka kepada Ketua Seri Kandi Parti KeADILan Rakyat Cabangan Semporna, Nazmahwati Walli yang membuat lawatan ke beberapa buah kampung termasuk Kampung Sungei Gajah setelah aduan dan rayuan mereka hanya dibakul sampah oleh ADUN Bugaya dan Jabatan Kerajaan berkaitan.



Menurut Rapik lagi, sudahlah mereka dinafikan hak mendapatkan bantuan yang mereka layak, malah ADUN Bugaya memaksa mereka memacak bendera Barisan Nasional (BN) dan bendera UMNO tanpa kerelaan mereka.

"Sesiapa yang enggan mengibarkan bendera BN/UMNO akan dipulaukan dan dicap sebagai pengkhianat kepada UMNO/BN; lantas  disingkirkan untuk  mendapatkan pelbagai kemudahan yang disalurkan," kata Rapik yang menyifatkan amalan ADUN Bugaya ini bercanggah dengan Dasar Kerajaan Persekutuan.

“Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Sungai Gajah juga bersekongkol dengan pegawai-pegawai di pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR). Sesiapa sahaja didapati menyokong parti pembangkang akan terus mendapat pelbagai tekanan," kata Rapik yang mendesak agar Ketua Menteri Sabah tidak lagi mencalonkan Ramlee sebagai ADUN Sulabayan.

Kata Rapik, sikap Ramlee dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang suka memperalatkan penduduk miskin untuk meraih sokongan mereka sehingga naik ke puncak mahligai politik amat dikesalkan; malah beliau mengambil peluang memunajatkan doa ke hadrat Illahi agar Tuhan melaknat pemimpin yang mengkhanati amanah rakyat.

16 comments:

  1. The ADUN from Bugaya district should fulfill their promises to the people so that they won't lose the people's trust and support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gagal menunaikan janji akan membawa kesan sampingan kepada PRU akan datang.

      Delete
  2. It is the duty of all MP's, people's representatives and people's development leaders to fulfill their responsibility to the people who voted them in during the last general elections.

    ReplyDelete
  3. How is it possible for the people continuing trust and support the MPs if they are not doing their job right. Promises that were made must be fulfil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vote wisely people. Vote for the best candidate rather than choosing a party.

      Delete
    2. Rakyat harus pandai menilai siapakah calon yang betul-betul berkeupayaan memperjuangkan yang terbaik untuk mereka.

      Delete
  4. janji yang telah diberikan kepada rakyat haruslah ditunaikan.

    ReplyDelete
  5. Think wisely people. Do not easily get confused by some parties.

    ReplyDelete
  6. WR harus bertanggung jawab, sebab mereka dilantik untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  7. WR yang kurang dan tidak bertanggung jawab, harus disingkirkan.

    ReplyDelete
  8. Undilah dengan bijak.. setiap undian cukup membawa perubahan yang besar khas generasi akan datang.

    ReplyDelete
  9. PR cuma tahu mencari masalah yang dihadapi penduduk dan mencari kesilapan kerajaan. Tapi bolehkan mereka menjadi pengurus yang baik dapat kerajaan nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memcari untuk umpan mereka menghadapi PRU13.

      Delete
  10. PKR bergerak mengikut musim, musim PRU memang aktif bergerak mencari umpan.

    ReplyDelete
  11. menipu saja la kerja si Nazmah ni.. kenapa orang tua2 di kampung saya yang kibar bendera pembangkang pun dapat juga bantuan E-Kasih??

    ReplyDelete
  12. macam ni la.. lepas ni semua rakyat Sabah berhenti kerja,, yang berniaga tu hentikan saja perniagaan.. yang masih belajar, balik saja ke kampung halaman.. kita vote saja PKR.. confirm bantuan akan sampai setiap bulan.. elaun bulanan dan rumah akan disediakan.. buat saja aduan dengan si Nazmahwati..

    ReplyDelete