Saudara Pengarang,
SURAT terbuka ini saya
tujukan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Hj. Mohammad Bin Mentek dan
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ismail Ahmad berhubung kehadiran
seorang Warga India yang dilantik sebagai 'Anak Angkat' Jabatan Imigresen Sabah
dan Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah.
Saya Chung Su Li (530316-12-XXXX)
ingin melaporkan tentang salah laku seorang warga India yang bernama Nasir Bin
Yusuf atau yang lebih dikenali Latiff. Beliau merupakan seorang agen pekerjaan
swasta (haram) yang mempunyai 'kuasa non-eksekutif' untuk keluar masuk semua
jabatan kerajaan, terutama Imigresen Sabah sesuka hati beliau.
Nasir @ Latiff yang memegang
kad pengenalan projek 620605-12-6421 dan tinggal di 3L-3I, Country Height seolah-olah
berjaya menjadi salah satu warga Imigresen atau ‘Pegawai Khas’ yang tidak
potfolio di Jabatan Imigresen.
Untuk makluman, Nasir @
Latiff telah berjaya menjadi agen pekerjaan swasta yang paling berkuasa tanpa
kelulusan Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk menguruskan pasport, visa dan
dokumen lain kepada orang ramai tanpa lesen dan berjaya mengaturkan sindiket kad
pengenalan projek kepada warga asing seperti India, Indonesia dan Filipina.
Majoriti rakyat India kenal Nasir
@ Latiff kerana beliau telah membeli 'hati dan khidmat' semua pegawai yang
bertugas di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara; sekalipun dengan
sarapan mi kosong, top-up kredit telefon sehinggalah kepada nasi briyani
istimewa.
Setiap urusan Nasir @ Latiff
di dua jabatan penting ini dipermudahkan kerana beliau akan dilayan dahulu dan
segala urusan beliau disegerakan; malah semua urusan yang menggunakan khidmat
beliau 'LULUS' segera.
Nasir @ Latiff membuka
sebuah kedai, JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu untuk
menutup segala aktiviti haramnya. Jika diperiksa kedai ini, sudah pasti terdapat
tidak kurang 50 passport dalam satu-satu masa di situ. Kedai ini dibuka untuk
memperlihatkan wang yang ada padanya datangnya daripada hasil untung kedai
tersebut.
Untuk makluman, Nasir @
Latiff mempunyai pengaruh yang amat kuat di Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan
Pendaftaran Negara. Semua pegawai jabatan ini dirosakkan dengan mengajar mereka
budaya menerima suapan @ rasuah. Pegawai dua jabatan penting ini terpaksa
menerimanya kerana pegawai berpangkat tinggi turut terlibat dalam menerima
rasuah.
Mengikut siasatan saya,
pendapatan Nasir @ Latiff daripada menguruskan dokumen melalui jalan songsang
ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan. Pendapatan seperti ini
tidak perlu dibayar cukai sama sekali kerana tidak dapat dibuktikan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Maka atas dasar inilah, beliau
semakin hari semakin berani. Semuanya bermula pada tahun 2011, apabila Nasir @
Latiff telah mula menjadi salah satu agen membuat IC di Sabah yang mengenakan
caj antara RM30,000 sehingga RM 70,000 setiap satu kad pengenalan.
Sindiket yang didalangi oleh
rangkaian besar yang terdiri daripada pegawai JPN berjaya membuatkan IC kepada
sekurang-kurang 30 orang setakat ini di Sabah. Saya mendapat tahu rangkaian ini
diketuai oleh pegawai JPN Putrajaya dan Sabah iaitu Rahman (Gred 42-Ketua Unit
Khas Sabah di Putrajaya); Farah; Susilan serta Ruslan Bin Alias (Pegawai Unit
Khas) serta Suzie Binti Rafie (Pendaftaran K.K).
Pada mulanya, Jaafaer Henry
yang membantu Nasir @ Latiff melalui Suzie untuk mendapatkan IC tersebut. Setelah
berjaya mendapatkan IC untuknya, Nasir @ Latiff mula mencari untung dengan
menawarkan IC kepada orang ramai dengan kaedah tersebut.
Mereka akan mengeluarkan kad
Pengenalan orang yang telah mati atau Kad yang tidak dipungut oleh pemohon
kepada pemohon yang bersedia membayar dengan jumlah yang diminta.
Mengikut Modus Operandi, mereka
akan diberikan Sijil Lahir, Nombor IC Lama dan MyKad baru. Antara yang berjaya
mendapat IC melalui cara ini ialah Musakkar bin Abdullah (620305-12-5961) yang
sebelum ini menggunakan nama Kadersha Mydeen dalam pasport India bernombor
A7754373 dan kini menjadi pemilik Restoran Farveen Curry House, berhampiran
Shell, Kampung Air, Kota Kinabalu.
Sejajar dengan cadangan pengumuman
penubuhan RCI oleh Perdana Menteri, maka sewajarnya bermula di Jabatan
Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah dan jadikan Naser @ Latiff sebagai
salah seorang 'Target' siasatan dan TOR yang mampu memberikan bukti yang
melampaui keraguan munasabah.
Salam Hormat,
CHONG SU LI
RCI on the JIM and JPN is necessary unless the authorities from both department are willing to cooperate and give explanation regarding this allegations.
ReplyDeleteJPN dan Jabatan Imigresen harus disiasat terlebih dahulu, masalah PATI berkait rapat dengan kedua jabatan ini.
DeleteHope that we can get explanation regarding this Nasir Bin Yusuf person.
ReplyDeletedakwaan ini kena disiasat untuk memastikan ia benar atau tidak.
ReplyDeletePasti banyak andaian negatif diantaranya.
DeleteSick of project ic in Sabah! Bring the culprits into justice! Your days are counted.
ReplyDeleteDakwaan ini harus disiasat, jangan membiarkan mana-mana pihak menyalah gunakan kuasa.
ReplyDeletePihak yang mengeluarkan dokumen palsu harus dikenakan tindakan unddang-undang yang ketat.
ReplyDeleteJust go ahead with RCI untuk mencari punca masalah dan asalusur projek ic.
ReplyDeleteBiar SPRM sendiri meneliti dibahagian mana yang mereka ingin mulakan siasatan mengenai masalah projek IC ini.
ReplyDeleteSemoga dengan tertubuhnya SSD ini akan mampu menyiasat lebih terperinci dalang dalam pemberian IC projek kepada warga asing ini.
ReplyDeletePerkara tu tidak boleh dipandang remeh, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan.
DeleteLaporkan pada polis untuk tindakan undang2.
ReplyDeleteapa la si Chung Su Li.. dia buat laporan pun di media sabahkini.. kenapa bukan di balai polis? patut la banyak kes memihak kepada tertuduh.. sebab bukti telah dimansuhkan sebelum mereka disiasat..
ReplyDeleteHEAD of State Tun Juhar Mahiruddin said the perennial issue of illegal immigrants in Sabah must be handled in a collective manner and at the same time resolved wisely.
ReplyDeleteWhile the State and Federal Governments view the matter very seriously and have taken integrated action to settle it, he said everyone must render their cooperation to ensure the issue is resolved.
ReplyDeleteThe problem must be settled together and wisely but, everyone must be prepared to render firm co-operation to ensure the illegal immigrant issue would be overcome for the sake of our wellbeing and prosperity.
ReplyDeleteThe illegal immigrant issue has become a focal point among the State Barisan Nasional (BN) component parties and almost all have agreed to the setting up of a Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate it.
ReplyDeleteIn view of the present situation, It is deemed necesary to set in place additional precautionary measures to prevent immigrants from taking advantage of the ongoing National Registration Department’s (NRD) mobile registration drives to acquire Malaysian citizenship.
ReplyDeleteParti Bersatu Sabah (PBS) Vice President, Datuk Radin Malleh who voiced out this matter, said although certain mechanisms were already in place, the NRD still needs to be extra careful to ensure that illegal immigrants are not mistakenly registered as locals and given Malaysian birth certificates and identity cards (ICs).
ReplyDeleteHe added that the relevant authorities to be extra careful in registering the birth certificates and identity documents, so that they do not fall into the wrong hands especially illegal immigrants, as this could jeapordise the country’s sovereignty and future.
ReplyDeleteRadin who is also Assistant Minister in the Chief Minister’s Department said the mobile registration was one of the government’s way to help the people, but to a certain extent, there might be a hint of truth to the association’s claims.
ReplyDeleteHe added that there were rules in place under the Federal Constitution for foreigners to get their citizenship and NRD must ensure that everyone abides by this.
ReplyDelete