ANUGERAH
.....Dato' Seri Nasir (tiga kiri) diringi Datuk Suhaili (dua kanan); Mohd.Noor (tiga
kanan); Ahmad Zaki (dua kiri) dan Abdul Roni (kiri) menyampaikan Anugerah
Menteri JKM Sabah kepada A. Kadri Kamal (kanan) sempena majis Konvokesyen PLD
Kudat Ke-16 Sesi 2012
Oleh : ARSHAD HUSSIN
KUDAT: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri,Dato Sri Haji Nasir Tun (Dr.) Sakaran,menyarankan Pusat Latihan
Dakwah (PLD) memberikan penekanan dan meningkatkan aspek kurikulum dari semasa
ke semasa agar ianya selari dengan perkembangan semasa.
Katanya, dengan adanya
Lembaga Penasihat Pusat Latihan dan Akademik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) Cawangan Sabah, perkara itu akan dapat mengusahakan dan mampu
memantapkan lagi perancangan serta hala
tuju institusi pendidikan Islam di negeri ini.
Nasir berkata, Kerajaan
negeri melalui agensi-agensi agama seperti MUIS, JHEAINS dan sebagainya akan
sentiasa memberi kerjasama menjayakan usaha murni itu.
Beliau berkata demikian
sempena majlis Konvokesyen Ke-16 Pusat Latihan dakwah Kudat sesi 2012 di
Sikuati dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu
Pengerusi Majlis Ugama islam Sabah (MUIS), Datuk hSuhaili Said;Timbalan Ketua
Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM),Mohd Noor Andul
Hamid;Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Haji
Ahmad Zaki Arsad dan Pengetua Pusat Latihan Dakwah Kudat, Abdul Roni Haji
Tahir.
Sempena majlis itu Dato Sri
Nasir menyampaikan sijil tamat latihan kepada 95 orang pelatih wanita; 90 orang
pelatih lelaki dan empat anugerah kepada empat orang pelajar iaitu Anugerah
Menteri Jabatan Ketua Menteri Sabah; Anugerah Ketua Pengarah JAKIM; Anugerah
Pengarah JAKIM dan Anugerah Pengetua PLDK.
Nasir yang juga Menteri
bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di Sabah,berkata dalam usaha
memartabatkan dakwah Islam di negeri ini, peranan Pusat Latihan Dakwah (PLD)
kini menjadi semakin mencabar, apatah
lagi wujudnya kepesatan teknologi yang sering menjadi alat yang mudah
mengelirukan pemahaman masyarakat Islam mengenai isu-isu agama.
Justeru itu katanya, bagi
merancakkan aktiviti dakwah dan bagi memastikan lebih ramai anak-anak Sabah
berpeluang menikmati pendidikan Islam
yang baik, projek menaik taraf sistem pembelajaran perlu diusahakan bagi memastikan
para pelatih mendapat sumber yang pantas, betul dan tepat dalam pembelajaran
mereka.
Nasir berkata, Pusat Latihan
Dakwah Kudat (PLDK) yang telah beroperasi selama 28 tahun telah berjaya
melahirkan ramai graduan dalam bidang Asas Pengajian Islam dan berdasarkan
rekod statistik, jumlah pelatih dari tahun 1999 hingga 2010 sahaja adalah
seramai 1,897 orang.
Jumlah ini akan meningkat
tahun demi tahun. Justeru, dapatlah dipastikan bahawa saban tahun semakin ramai
anak-anak Islam Sabah dapat mengikuti dan menerima didikan dalam bidang Pengajian
Islam secara sempurna dan formal.
“Kita percaya bahawa
perubahan ketara dapat dilihat dalam diri individu pelatih dari sudut keilmuan
dan penghayatan Islam yang semakin baik berbanding sebelum mengikuti kursus
Asas Pengajian Islam di Pusat Latihan Dakwah ini,” katanya.
Beliau menambah,Ini adalah
kerana para pelatih bukan sahaja diberi didikan untuk memantapkan kefahaman dan
penghayatan Islam mereka secara individu, bahkan turut dilatih bergerak sebagai
pendakwah secara aktif dan efisien ke dalam masyarakat selepas bergelar graduan
Pusat Latihan Dakwah.
Nasir menegaskan, demi
kepentingan menyebarkan dakwah Islam ini maka peranan penting yang telah
dimainkan oleh Pusat Latihan Dakwah selama 28 tahun ini akan terus relevan.
Justeru, Pusat ini perlu
diperkasakan dengan tenaga kerja yang komited dan efisien mencontohi jejak para
penggerak yang selama ini telah berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa
mengenal erti jemu untuk terus memantapkan institusi ini.
"Saya percaya perkara
ini telah diambil perhatian dan berada dalam perancangan memantapkan lagi
institusi dakwah di negeri ini."
Katanya lagi, kelebihan
menjalankan usaha dakwah ini berpihak kepada para graduan kerana faktor
setempat yang memungkinkan anda memahami dan mengetahui selok-belok budaya dan
adat setempat.
Menyedari senario inilah,
Jakim melalui Pusat Latihan Dakwah Kudat berusaha untuk melahirkan kader-kader
dakwah yang beriman, berilmu dan beramal serta berketrampilan agar mampu
menjadi pembimbing dan tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
Nasir berkata, Jakim juga
telah mengambil pendekatan seumpamanya dengan memberi tumpuan dan fokus utama
menyediakan generasi pewaris dari kalangan anak watan Sabah dalam melaksanakan
misi dan tugas dakwah.
"Saya yakin dan percaya
bahawa anak tempatan berupaya menjadi generasi pendakwah yang berkesan berdasarkan
kefahaman dan kearifan anak watan sendiri terhadap segenap aspek budaya
setempat.
“Adalah menjadi harapan kita
semua, semoga para pelatih yang menamatkan pengajian peringkat asas dan
diraikan dalam konvokesyen hari ini dapat menterjemahkan ilmu yang diperolehi
ke dalam masyarakat yang sedang menanti kepulangan anda semua,”kata Nasir.
Katanya, para pelatih yang
ingin menyambung pengajian lanjutan, para pelatih boleh mengikuti peluang sedia
ada seperti di Pusat Latihan Dakwah Keningau atau nama barunya iaitu Institut
Pengajian Islam Dan Dakwah (IPDAS) yang kini melaksanakan program diploma.
Program ini katanya
dilaksanakan agar lebih ramai pelajar di Sabah berpeluang melanjutkan pengajian
agama Islam ke peringkat yang lebih tinggi di samping peluang-peluang baru dan
lebih baik yang akan diwujudkan dari semasa ke semasa sama ada secara sendiri
oleh Jakim atau melalui kerjasama dengan agensi-agensi lain.
No comments:
Post a Comment