TAWAU : Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menahan 43 orang disyaki
pendatang asing tanpa izin ketika melakukan rondaan di sekitar perairan
Semporna pada 30 Disember lalu.
Ketua Penguatkuasa APMM
Tawau Kapt Wan Mohd Affandi Wan Ahmad berkata kesemua tahanan berkenaan ditahan
kira-kira jam 10 malam hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot yang dipercayai
dalam perjalanan ke Filipina.
Katanya, kira-kira jam 10
malam semasa melakukan rondaan, sebuah kapal APMM telah mengesan dan membuat
penggeledahan ke atas sebuah bot yang tiada nombor pendaftaran di perairan
Semporna.
"Hasil pemeriksaan,
didapati bot tersebut disyaki sedang menuju ke Filipina dan kesemua
penumpangnya telah gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah,"
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak
mendedahkan lebih lanjut mengenai jantina dan umur kesemua tahanan.
Wan Mohd Affandi berkata bot
yang digunakan suspek berkenaan tidak mempunyai lesen dan dibawa ke jeti APMM
Tawau untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, katanya APMM
Tawau akan terus menjalankan pemantauan di kawasan perairan Tawau dan Semporna
bagi memastikan perairan itu dan Sabah amnya sentiasa selamat serta terkawal. (Bernama)
No comments:
Post a Comment