Wednesday, 16 January 2013

MEGAT JUNID BENARKAN PENDATANG MENGUNDI






Oleh : BOO SU-LYN

KOTA KINABALU :  Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.

Bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.

"Kami beri mereka (pendatang) RM20," kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di sini hari ini.

"Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi. Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan," tambah beliau.

Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang."

"Satu kawasan mungkin 400," katanya.Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui 'Projek IC', di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan 'Projek IC' semalam.

Pilihan raya negeri Sabah 1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan undangan negeri.

Akan tetapi tidak lama selepas itu beberapa ahli dewan undangan negeri PBS menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan PBS jatuh.

Ramli memberitahu hari ini beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1997.

Beliau juga menafikan menerima imbuhan.

"Ini adalah arahan langsung dari timbalan menteri dalam negeri sendiri walaupun saya akui ianya salah," kata Ramli.

Beliau menambah arahan tersebut diberikan dalam mesyuarat dengan Megat Junid, pemimpin Umno Datuk Seri Osu Sukam (yang kemudiannya menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1999) dan pegawai pendaftar JPN bernama Asli Sidup di Hyatt Hotel dua minggu sebelum pilihan raya 1994.

"Resit tersebut hanya untuk mengundi. Selepas itu, kami akan kutip resit dan musnahkannya," kata Ramli.

Asli memberitahu kemudian 200 resit JPN digunakan di dewan undangan negeri Kawang pada pilihan raya negeri 1994 di mana Osu menang dengan 64 undi.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Surhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini.

Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.

Rekod di laman web SPR menunjukkan Datuk Wan Ahmad bin Wan Yusof merupakan pengarah SPR Sabah yang bertugas dari 1988 hingga 1995.

“Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR,” kata Nasir.

“Maksudnya nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar.. . Dan gambar,” tambahnya.

Nasir mengatakan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1998 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak.

Beliau menambah bahawa 800 nama telah diserahkan kepada kerusi dewan undangan negeri Sugut dan kerusi parlimen Kinabatangan.

"Yang saya ingat, keputusan pilihan raya memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) YB Datuk Surady Kayong," katanya.

Calon BN Sarady mengalahkan Jublee KK Zen di Sugut semasa pilihan raya negeri tahun 1994 dengan majoriti tipis 79 undi.

Surady pada ketika ini adalah pembantu menteri perumahan dan kerajaan tempatan di Sabah.

Nasir menafikan menerima imbuhan berikutan peranannya dalam perlakuan ini.

"Saya hanya mengikuti arahan ... dan saya menandatangani ikrar dengan pengarah saya," katanya.

Ditanya sama ada terdapat hubungan antara SPR dan JPN dalam meningkatkan bilangan pengundi di Sabah, beliau berkata: "Terdapat beberapa kerjasama dan kerjasama antara JPN dan SPR dalam kegiatan ini," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui 'Projek IC', di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka.

Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985, menafikan kewujudan 'Projek IC' semalam.

No comments:

Post a Comment