ALBUM...Aisah
(Purdah) bergambar bersama-sama anak
guamnya sejurus selepas Majlis Sidang Akhbar di Ballroom Sandakan Hotel.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
TETUAN Aisah Ahmad &
company yang dilantik oleh 400 orang pemilik untuk mengendalikan
kes Tanah Sungei Koyah A Fasa I, II & III Kinabatangan; menyifatkan
kenyataan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah, Datuk Hj Osman Jamal sebagai
mengelirukan kerana banyak fakta diputar belit.
Sebagai mengulas kenyataan
media Osman yang bertajuk JTU beri jaminan tanah pekebun kecil di Koyah A tidak
hilang yang tersiar di akhbar New Sabah Times pada 5 Disember 2012 antara lain
isi kandungannya sebagai berikut:-
“Jabatan
Tanah dan Ukur (JTU) Sabah memberi jaminan
kepada 400 pekebun kecil yang juga pemilik tanah Koyah A di Kinabatangan
bahawa tanah mereka tidak hilang.
"Tambah
pengarah itu lagi jelas Aisah ‘para pekebun kecil tidak perlu risau tanah mereka tidak akan hilang dan ia masih
dalam jagaan kerajaan negeri melalui JTU.
"Menurut
Osman, buat pada masa ini Jabatan Tanah
dan Ukur belum mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat berkenaan
(Bagusmaju) kerana terdapat 35
penduduk atau pembukaan
tanah secara haram oleh bukan pemilik tanah di kawasan itu."
Berikut petikan kenyataan penuh yang dibentangkan di sidang akhbar tertutup Tetuan Aisah Ahmad & Co susulan tindakan kes
tuntutan Tanah Koyah A Kinabatangan yang diadakan di Ballroom Sandakan Hotel
petang kelmarin dengan Wartawan sebagai mengulas kenyataan Osman Jamal dalam
akhbar New Sabah Times pada 5 Disember 2012.
"Tanah memang tidak
hilang tapi mendapat keuntungan syarikat sebab telah membuka tanah tersebut.
"JTU melindungi tanah
untuk kepentingan siapa? Syarikat? Pihak ketiga yang didakwa menduduki tanah
tersebut yang jelas bukan pemilik tanah.
"Adakah JTU mahu
bertanggungjawab atas kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para pemilik
tanah kerana memberi alasan Perjanjian
Saham (Share of Agreement) tidak diperolehi sejak 1998 sehingga ke hari ini?
Apa yang dilindungi dan jauh sekali kepentingan pemilik.
"Pemilik tanah
membantah pemilikan ke atas tanah tersebut dibatalkan kerana mereka tidak pernah
memberi kuasa kepada Abdullah Japar (Pemaju Mukim Kawasan Sukau) untuk usaha sama dengan syarikat terbabit.
"Pemilik tanah
membantah dan menyatakan syarat yang dikemukakan oleh Setiausaha Hasil
Bumi tidak masuk akal, malah disokong
pula oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU)
seperti tidak bernilai syarat itu yang bertentangan dengan undang-undang di bawah
maksud usaha sama itu sendiri.
"Pembatalan geran untuk
diserahkan kepada syarikat jelas tidak munasabah, kononnya hak pemilikan ditukar
menjadi Sijil Saham (Share Certificate).
Tidak ada undang-undang menyatakan hak pemilikan boleh dipinda kepada
saham melainkan geran tidak dibatalkan.
"JTU sedia maklum
permasalahan ini tetapi kenapa sejak dari dulu lagi tidak mahu menyelesaikan masalah ini dan apakah
maksud melindungi tetapi kepentingan pihak lain yang menjadi keutamaan?
"JTU hanya satu agensi
kerajaan yang menjalankan tugas berkenaan dengan pengurusan tanah di Sabah. Dalam
hal ini Kerajaan negeri sepatutnya tidak boleh dibayangi oleh JTU untuk membuat
keputusan, dan kerajaan negeri juga wajib menyatakan pendirianyanya dalam
membuat keputusan mengenai tuntutan ini; bukan ikut telunjuk Osman Jamal yang
disifatkan sebagai 'Duri Dalam Daging' di pentadbiran JTU.
"Pelbagai bukti telah
diberikan tetapi JTU dan Hasil Bumi masih berpihak kepada syarikat Ferdeco dan
Bagusmaju. Malah Osman Jamal banyak
mengelirukan para pemilik tanah dengan
pelbagai tindakan juga tidak bernilai; tuntutan pemilik juga tidak dipertimbangkan bukti bahawa permohonan
pemilik yang diluluskan oleh JTU adalah melalui satu penipuan dan memperdayakan
para pemilik.
"Osman Jamal juga
begitu berani menyatakan bahawa sekiranya mahkamah memutus memberhentikan
usahasama itu, JTU akan mengeluarkan Surat Tawaran semula; tetapi mesti ada
keputusan bersama dengan syarikat dan pemilik. Ini jelas satu pertanyaan yang menunjukkan seolah-olah
kuasa JTU boleh mengatasi keputusan Mahkamah dan siapa dia Osman Jamal yang
tidak tahu asal usulnya?
"JTU tidak perlu perlu
membazir dengan mengeluarkan Surat Tawaran semula, JTU wajib kembalikan geran yang sedia ada, tetapi telah dibatalkan atas penipuan yang
berlaku.
"Kami menegaskan dengan
jelas bahawa jangan kelirukan kami yang diputar belitkan oleh Osman Jamal kami
mahu geran kami dikembalikan kerana kami tidak pernah membuat permohonan untuk
usaha sama dengan syarikat tersebut.
"JTU jangan berlengah
lagi dengan kenyataan-kenyataan yang ternyata tidak mahu membela nasib para
pekebun kecil oleh itu Kerajaan Negeri buat keputusan yang telus dan bukan
tunduk kepada tindak tanduk Osman Jamal.
"JTU harus peka dan
dengar tuntutan pemilik yang terang-terang ditipu dan bukti diberi dan kami
sekarang 100 peratus sudah hilang keyakinan terhadap pentadbiran JTU dan Hasil
Bumi daripada Ketua Pengarahnya sehingga pegawai-pegawainya yang terlibat 80
peratus mengamalkan rasuah yang dilindungi oleh pihak tertentu.
"Dalam hal ini juga
pihak Polis digesa menjalankan tugas dengan segera menangkap dalang-dalang penipuan ini sebelum
kami mengambil tindakan drastik membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya
Intergriti Penguatkuasaan Malaysia (SIPM).
"Selanjutnya SPRM dapat
menyiasat latar belakang Osman Jamal apa hubungannya dengan Ferdeco dan
Bagusmaju kerana menurut Pembantu Pribadi (PA) Ferdeco iaitu Puan Asmah
mendakwa setiap bulan Osman Jamal pergi ke Fordeco menemui Pengarah Pengurusan
iaitu Alvin Kwan dan apa urusannya sebagai Pengarah JTU; dan apa kepentingannya
dengan kedua-dua syarikat berkenaan?
"Dalam hal ini pihak SPRM jangan tidur dan mesti turun
padang menjalankan siasatan kerana jika pegawai rendah kerajaan yang terlibat
dalam kes rasuah, pihak SPRM begitu kelam kabut membuat tangkapan. Tetapi jika Pengarah
JTU yang terlibat, SPRM main tutup mata."
Dalam pada itu, Aisah
meminta ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kinabatangan
Datuk Bung Moktar Radin agar campurtangan mengenai kes tanah Koyah A kerana sudah terlalu parah gara-gara perbuatan Osman Jamal yang
bersekongkol dengan Ferdeco dan Bagusmaju.
Senario ini jelas menyakiti
hati 400 pemilik tanah tersebut dan ini akan menjejaskan sokongan mereka kepada
BN/UMNO pada PRU 13 nanti.
"Kita tidak persalahkan
ADUN/ADR dalam hal ini, tetapi mereka berdua turut menjadi mangsa keadaan
gara-gara perbuatan Osman Jamal kerana menjadi petualang dan duri dalam daging
kepada BN/UMNO dan di JTU harus dipecat,"
ujar Aisah.
No comments:
Post a Comment