Oleh : SHAIMON S JUMADI
KETUA Pemuda Bahagian UMNO
Libaran Suhaimi Hj Nasir memuji langkah MARDI
yang begitu prihatin dan mengambil berat
membimbing dan menunjuk ajar para pengusaha dan usahawan kecil di kawasan
Parlimen Libaran.
Katanya, selama ini para
usahawan kecil di kawasan Libaran terlalu mengharap adanya agensi kerajaan yang
dapat menganjurkan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pengeluaran produk
makanan yang bermutu untuk menembusi pasaran yang agak meluas.
Kata Suhaimi, sebahagian
besar para pengusaha dan usahawan kecil di Libaran sudahpun menempah nama yang
baik di persada dalam menceburi bidang
perniagaan kecil-kecilan yang boleh dibanggakan kerana mereka sudah berjaya
mengeluarkan berbagai-bagai produk
makanan hasil perbuatan mereka
sendiri.
Contohnya, mereka sudah menghasilkan
produk makanan yang bermutu seperti kerepek pisang, kerepek ubi, kuih jala,
kuih sarang semut, kuih baulu, kuih sepit, rempeyek, keropok ikan, keropok lekor
dan ikan bilis kacang.
“Tetapi pengeluaran produk
mereka yang dihasilkan hanya dapat di pasarkan di kedai-kedai runcit dan warung
tepi jalan, termasuk juga di beberapa supermarket yang berhampiran; tetapi
tidak dapat menembusi pasaran luar daerah Sandakan seperti Kota Kinabalu, Tawau
dan daerah lain,” kata Suhaimi Hj Nasir
kepada Sabahkini. Net sejurus menghadiri Masjlis Sesi Dialog anjuran MARDI yang
diadakan di Pejabat Pertubuhan Peladangan Kawasan Sandakan baru-baru ini.
Masalahnya, kata Suhaimi,
produk hasil pengeluaran mereka tidak mempunyai label dan bungkusan yang
berkualiti; malah piawaian daripada mana-mana agensi kerajaan yang mengesahkan
dan meluluskan bahawa produk mereka selamat dimakan kerana tidak mengandungi
bahan pengawet.
"Para pengusaha dan
usahawan tersebut sukar untuk mendapatkan kelulusan dan pengesahan kerana MARDI
tidak mempunyai pejabat cawangannya di Sandakan, lantas mereka tidak dapat
menghantar sample (contoh) produk-produk makanan mereka untuk dikaji
selidik dan dianalisa.
“Ada baiknya, MARDI membuka
cawangan di Sandakan bagi membolehkan para usahawan terbabit berinteraksi untuk
mempiawaikan produk mereka agar dapat menembusi pasaran terbuka di Sabah dan
Semenanjung Malaysia," ujarnya.
No comments:
Post a Comment