Thursday 17 November 2011

SHAFIE WAJAR DIGUGURKAN PADA PRU-13



Oleh : RUSNANI HARMAN

KETUA Cawangan UMNO Tanjung Labian, Kunsul Nahul, menyokong penuh kenyataan Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang menyarankan agar pemilihan calon untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 perlu mengambil kira perubahan lanskap politik semasa bagi memastikan BN terus memerintah.

“Kenyataan Datuk Seri Shafie bahawa kita harus berpijak di bumi nyata memang tepat kerana senario politik sekarang benar-benar sudah berubah dan tidak boleh menggunakan kaedah atau cara lama. Calon yang ada mesti ditapis sedalam-dalamnya,” kata Kunsul.

Bagaimanapun kata Kunsul, Shafiel harus melihat perspektif tersebut dari segi yang berbeza iaitu dari dalam diri beliau sendiri kerana kepimpinan beliau sebagai Naib Presiden UMNO tidak lagi relevan disebabkan beliau kini menjadi beban kepada parti.

“Dalam hal ini, sewajarnya Shafie patut berasa malu dan tidak lagi membuka mulut kerana beliau sedang disiasat berhubung penyelewengan di dalam MARA dan KKLW seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara,” jelas Kunsul yang bimbang BN akan kehilangan sokongan jika Shafie tidak berundur.

Kunsul turut menyokong gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk menjadi calonnya pada pilihan raya umum Ke-13, asalkan calon berkenaan boleh menang.

“Tetapi memandangkan Shafie kini sudah menjadi beban kepada UMNO dan BN, maka sewajarnya beliau tidak lagi bertanding pada pilihanraya umum dan pemilihan UMNO akan datang,” kata Kunsul yang agak kesal kerana Shafie gagal melepaskan ingauan ngeri rakyat Sabah kerana beliau disifatkan sebagai ‘Menteri Pelesit’.

Gelaran tersebut tidak baik untuk seorang Menteri Kanan dan juga Naib Presiden UMNO, tetapi itulah hakikat yang sepatutnya Shafie terima kerana beliau telah melakukan pembaziran yang begitu ketara; bukannya melalui tuduhan melulu.

Sekalipun tuduhan belum terbukti dan Shafie belum disiasat SPRM atau dihadapkan ke Mahkamah, tetapi dari segi moral, Shafie sudah kotor dan turut memalitkan UMNO dan mengheret BN dalam Skandal Penyelewengan MARA dan Projek Top-Up KKLW seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

“Jalan terbaik yang sedia ada, BN terpaksa mengorbankan Shafie dan beberapa pemimpin BN di Sabah bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 adalah era baru BN,” kata Kunsul yang mengharapkan Perdana Menteri berani melakukan Transformasi Politik demi survival BN yang semakin kurang popular di Semenanjung Malaysia dan mula malap di Sabah kesan daripada kelakuan curang Wakil Rakyat BN.

1 comment:

  1. dr kunsul - dr rusnani jam 5 pagi u post komen u -sedih i - u tadapat tidur memikirkan dosa u pada dato sri Shafie - u mesti gembira la -hari ini i bagi u title DR Philospher -Dr kuntut [Phd]peyakit hasrat dengki] satu keburokan satu labian rio tapi 10 kbaikan dato u ta mahu tahu-

    ReplyDelete