Thursday, 17 November 2011

JABATAN AIR MEMBISU, HAMULAWAN MENGAKU



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

EKORAN daripada pendedahan Sabahkini.net berhubung ‘Skandal Meter Palsu di Kunak’, pemilik Hamulawan, Jamil Gaffar, telah menghubungi Pengarah SabahkiniTV untuk membuat pengakuan terbuka melalui Videoklip, tetapi membatalkan niatnya setelah menerima SMS daripada pekerjanya, Mansur yang mengakui menerima wang daripada pengadu, Citra Masadi.

Dalam SMSnya, Mansur Omar menyatakan bahawa;

“Blh, pa pula skrg bru ckp meter palsu sdgkn dia tau meter tu cuma mengaburi mata (gelap pnya tmpa bil pengguna air bulanan) duit rm400 bknya dgn aku semua. aku belikan polypaip, kelam 4inci mdian upah orang tebuk..masa aku tebuk ptma dkat dgn c ismail pya projek, tp ismail marah2 dgn aku sampai polypaip 1gulung dia kebas.jd aku dsuruh tebuk dkat car wash c citra. pd mulnya mang Ismail dan c jakaria jbtn air tdk mau ganggu c citra sebab tkut kena hentam/buat aduan.

“jbtn air jgk dan tdk jauh dr kga bos. sdh lama aku dgr cta2 dr mka. malahan projek dsmpang 4 tu drg bgtau semua arahn dr hamulawan, padahal org jbtn air gak yng buat..sebab kwsn sana HAMULAWAN ENTERPRISE jauh dr bandar. sbnrnya bos pya syarikat ada yg tdk puas hati dan ingin keluarkn dr kunak. sbnrnya semua ismail tau dan dia sdri wat jd aku ikut. majoriti dispg 4 le dia tp aku tgung kena getahnya.

“Tdk ada resit dan cop plumber aku bg bos, sebab dia mau gelap. i2pun c ismail juga suruh tebuk d tpt car washnya tu. tp nti aku bg faham c citra lau ada cukup kdt ku. tpt kami kja ini jauh dr bandar.”

Citra kesal kerana hairan mengapa polis tidak menjalankan siasatan dan menangkap Mansur atau pemilik Hamulawan Enterprise dan rangkaian sindiket menjual meter palsu; terutama pegawai Jabatan Air bernama Ismail dan Jakaria seperti yang disebutkan dalam SMS Mansur kepada Jamil.

“Kenapa sudah hampir sebulan bekalan air ke premis saya belum dipulihkan? Adakah mau tunggu keputusan Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah atau kakitangan Jabatan Air memerlukan wang pelincir?” tanya Citra dengan nada geram.

Oleh kerana Jabatan Air tidak memulihkan bekalan ke premisnya dan Hamulawan enggan bertanggung jawab, maka Citra membuat laporan polis sekali lagi di Balai Polis Kunak pada jam 4.15 petang kelmarin melalui Laporan Polis bernombor KNK/RPT/2531/2011, yang berbunyi;

“Pada lebih kurang jam 4.15 petang 16.11.2011 saya datang ke Balai Polis Kunak berhubung laporan saya sebelum ini (KNK/RPT/2448/2011) kerana difahamkan syarikat Hamulawan menafikan tuduhan tersebut dan di sini saya juga membuat laporan sekali lagi kerana individu yang datang mengambil wang daripada saya ialah Mansur Omar yang merupakan kakitangan Hamulawan dan menjanjikan resit, namun tidak sampai sehingga sekarang.

“Saya juga dimaklumkan oleh seorang penduduk Kg Simpang 4 Kunak yang mengatakan dia juga tertipu oleh Mansur sebanyak RM500 dan juga menjanjikan resit dan meter, namun tiada akhirnya dan adakah pihak Hamulawan hendak menafikan lagi bahawa Mansur bukan salah seorang dari kakitanganya?

“Saya juga menggesa agar pihak SPRM membuat siasatan terhadap Jabatan Air Kunak kerana masih gagal untuk memastikan baik pulih kerosakan paip di premis yang disebutkan dalam laporan sebelum ini walaupun sudah diadukan hampir sebulan dan pihak kami mengalami kerugian yang banyak kerana tidak dapat menjalankan aktiviti sepanjang bekalan air ke premis kami terputus dan menggesa agar siasatan juga dijalankan agar dapat membanteras penyambungan haram yang terdapat di banyak kawasan di daerah Kunak yang difahamkan didalangi oleh pihak tertentu kerana mustahil jabatan air tidak menyedari aktiviti tersebut kerana orang awam seperti saya selalu memaklumkan kepada Jabatan Air Kunak. Sekian laporan saya.”

Sebelum ini dalam laporan polisnya KNK/RPT/2448/2011, Citra menyatakan bahawa;

“Pada lebih kurang jam 8.03 malam, saya datang ke balai polis untuk membuat laporan ke atas syarikat Hamulawan dan Jabatan Air Kunak kerana telah gagal memberi perkhidmatan yang efektif terhadap pengguna. Memandangkan syarikat Hamulawan adalah syarikat yang dilantik oleh Jabatan Air Kunak untuk membaik pulih kerosakan paip di beberapa tempat di Kunak; malangnya syarikat tersebut meminta bayaran sebanyak RM450 serta disediakan alat ganti oleh saya dan setelah beberapa hari selepas paip dipasang, maka pihak jabatan air pula datang memotong bekalan air tersebut atas alasan meter serta penyambungan yang dibuat oleh kontraktor adalah palsu. Tujuan laporan ni dibuat agar siasatan dibuat kepada pihak terbabit dan sehingga laporan ini dibuat, bekalan air di premis saya masih belum dibaik pulih walaupun sudah seminggu saya berulang-alik ke jabatan air dan syarikat yang bertanggungjwab, namun hanya dolak-dalik yang diberi. Sekian laporan saya.”

No comments:

Post a Comment