Wednesday 23 January 2013

'FATWA' IBRAHIM ALI BAKAL CETUS HURU HARA?






WAWANCARA....V.K  Liew ketika diwawancara mengenai  isu Ibrahmin Ali menyuruh Umat Islam membakar Kitab Injil yang mengandungi kalimah 'Allah'.

Oleh : SAIMON S JUMADI   Foto : SAFFIE S JUMADI

TIMBALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menyelar tindakan yang berniat jahat Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali   menyuruh Umat Islam di negara ini supaya membakar Kitab Injil  yang menggunakan kalimah 'Allah' adalah tidak wajar kerana boleh menimbulkan hura hara dalam negara.

Kata V.K Liew, kes ini masih lagi dalam prosiding mahkamah sama ada diluluskan atau sebaliknya dan sewajarnya biarlah mahkamah yang menentukan segala-galanya.

Sepatutnya sebagai Presiden PERKASA, Ibrahim Ali mempunyai daya pemikiran yang rasional dan bukannya bertindak mengikut perasaan sehingga tergamak  mahu membakar kitab injil tersebut.

V.K Liew berjkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Sabahkini.Net ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim Ali  yang tersiar di beberapa akhbar tempatan termasuk  di Portal Online Sabahkini.Net baru-baru ini.

“Tindakan dan perbuatan Ibrahim Ali yang menyuruh umat Islam di negara ini membakar Kitab tersebut ia akan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan besar antara penganut Kristian dan umat Islam di negara ini," tegasnya.

 Apa yang kita mahu, tambah V.K Liew,  negara ini mencapai kata sepakat dengan rakyat majmuk  yang berbilang keturunan, perbezaan budaya dan anutan agama mengikut kepercayaan masing-masing bersatu untuk menjalinkan dan mewujudkan siratulrahim yang sekian lama wujud di negara ini.

Lagipun jelas V.K Liew, tindakan dan hasrat Ibrahim Ali berniat untuk membakar kitab tersebut bukan sahaja menimbulkan kemarahan di kalangan para penganut Kristian di negara ini; bahkah turut menjadi kemarahan dan kutukan habis-habisan masyarakat Islam itu sendiri kerana tidak setuju dengan tindakan Ibrahim Ali.

“Saya harap pihak berkuasa khususnya pihak polis memanggil  Ibrahim Ali untuk di soal siat dengan terperinci apa tujuan sebenar hasratnya untuk membakar kitab tersebut,“ ujar V.K Liew.

No comments:

Post a Comment