Oleh : JAIRIN BIN LAJIM
MOHON disiarkan Laporan
Polis ini di dalam portal popular Sabahkini.net mengenai isu penting ini demi
kepentingan orang ramai agar tidak tertipu atau terpedaya dengan seorang lelaki
yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk Seri Utama dan juga memakai gelaran
'DR'.
Saya tidak mempunyai niat
bersimpang atau ingin mengaut keuntungan peribadi, melainkan sekadar pedoman
kepada bakal mangsa agar tidak tertipu oleh manusia 'Siluman Anaconda'.
Tiada siapa menyangka
manusia ini yang pernah memimpin pertubuhan yang mempunyai ahli seramai 40,000
orang adalah penipu besar yang hidup di atas kesengsaraan orang lain.
Berikut isi kandungan
laporan polis untuk dijadikan panduan kita bersama;
"Saya bernama Jairin
Bin Lajim (KP: 800509125953) pada 17 Februari 2012 telah memasukkan wang
sebanyak RM35,000 (tiga puluh lima ribu ringgit) ke akaun syarikat Bridge IT
System, anak syarikat Mustwin Sdn Bhd yang dimiliki oleh seorang lelaki
bergelar Datuk Seri Utama Dr Mohd Jeffrey Rosman. Beliau juga memegang jawatan
Yang DiPertua Pertubuhan Perkasa Malaysia Negeri Sabah.
Saya membuat bayaran
tersebut untuk melabur perniagaan dalam kerja-kerja membekal dan memasang
Papantanda (Mini Billboard) sebanyak 10 unit untuk dipasang di sekolah-sekolah
yang kononnya sudah ditawarkan oleh Jabatan Pelajaran Daerah Sandakan.
Sebelum membuat bayaran
tersebut, saya menerima surat tawaran dengan terdapat lapan syarat yang
diberikan beliau menerusi surat yang salinannya diberikan Timbalan Perdana
Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin; yang antara lain
meyakinkan saya untuk membuat pelaburan yang keseluruhannya membawa keuntungan
kasar sebanyak RM90,000 (Sembilan Puluh Ribu Ringgit Sahaja) akan dibayar
kepada saya dalam tempoh 30 hari selepas tuntutan dibuat kepada Syarikat Bridge
IT System. Saya difahamkan kedua-dua syarikat tersebut berpejabat di bandar Tawau.
Pada 24 Julai 2012, saya
secara peribadi telah menemui individu bergelar Datuk Seri Utama Dr ini dan
memberitahu saya sebagai pemilik syarikat, dia akan membayar semua tuntutan
saya kelak.
Bagaimanapun sebelum saya
membuat tuntutan saya telah mendapat maklumat bahawa lelaki bergelar Datuk seri
Utama itu adalah seorang penipu yang telah berjaya memperdayakan beberapa orang
peniaga tempatan sama ada di tawau, sandakan dan Kuala lumpur.
Oleh itu, saya membuat
laporan polis untuk menyiasat lelaki berkenaan serta mendapatkan sejumlah wang
saya semula. Saya juga membuat laporan polis agar pihak polis menyiasat gelaran
Datuk Seri Utama Dr yang dimilikinya bagi mengelakkan ramai lagi akan tertipu
oleh perbuatan beliau.
No comments:
Post a Comment