TIDAK mengejutkan jika tokoh
yang mengakui Sultan Sulu, DYMM Tuanku Sultan Mudarasulail Alasatam Kiram yang di
puterakan pada 8 Ogos 1966 di Tanjung Siasi, Sulu adalah rakyat Malaysia.
Mengikut laman sesawang rumahbicarasulu,
pada 1976, ketika masih berusia 10 tahun, beliau diserahkan pada Ketua Kampung
Pulau Denawan Papar, Sabah iaitu Attahi Panggayan. Semasa tinggal dengan
Attahi, Alsatam diberi pendidikan tidak formal kerana tidak mempunyai dokumen
yang sah.
Menyedari pihak musuh mula
menghidu, Alsatam diserah kepada keluarga angkat bernama Datu Abd Naim Datu
Kassan @ Hashim. Ibarat ayah dengan anak, begitulah hubungannya dengan Naim,
erat sekali.
Naim merupakan seorang imam
di kampung Tanjung Kapur, telah berusaha mendapatkan Sijil perakuan bagi
membolehkan Tuanku mendapat kerakyatan Malaysia dengan membuat pendaftaran di
Pejabat Pendaftaran Kota Kinabalu, Sabah.
Mulai hari itu Alsatam
mendapat surat beranak dan didaftarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Kinarut sehingga 1982 dan menduduki Sijil Rendah Pelajaran - SRP (Kini
penilaian Menengah Rendah-PMR).
Dua tahun kemudian, beliau
diserahkan kepada keluarga angkat baru, iaitu guru yang mengajar di SMK
Putatan, Hamdin Osman dan Zainab Ibrahim. Sepanjang hidupnya, Alsatam tinggal
dengan lima keluarga angkat.
Kehidupan Alsatam yang
berpindah-randah berakhir di Melaka setelah mendirikan rumah tangga dengan
Norasikin Sawal pada 1985. Beberapa bulan kemudian Alsatam melanjutkan
pengajian ke peringkat ijazah ICS di England dan di Singapura.
Alsatam juga adalah Penaung
kepada Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu, Sabah. Tujuan persatuan itu untuk
memperkenalkan budaya Sulu kepada seluruh dunia.
Untuk menyedarkan bangsa
Sulu mengenai perkembangan semasa, Alsatam menubuhkan akhbar berbahasa Inggeris
- The News Sulu Times dan Suara Tausug mengunakan bahasa Sulu.
Manakala isteri Alsatam, Permaisuri
Dayang Nurhijrah Kiram dilahirkan pada 28 Oktober 1978 di Sibu, Sarawak. Mendapat
taraf pendidikan Ijazah Sarjana (Bachelor in Business Administration) di Cadas
Business School, Kuching, Sarawak. Nurhijrah pernah bertugas di CIMB Wealth
Advisor Berhad sebagai Pakar Perunding Kewangan.
Berdasarkan keterangan di
atas, RCI sewajarnya mensapena Alsatam memberi keterangan di Mahkamah RCI yang
akan bersambung pada 28 Januari kelak, kerana kes ini amat menarik.
No comments:
Post a Comment