Friday 11 January 2013

LDP GESA NAJIB IKTIRAF SPSCP






Oleh : SHAIMON S JUMADI

NAIB Presiden Liberal  Demokratik Parti (LDP) Datuk Lim Ming Ho  (gambar) menyokong  sepenuhnya cadangan Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong yang membentangkan usul yang dibahaskan semasa Perhimpunan Agung LDP yang diadakan baru-baru ini mengenai  Pengiktirafan Sijil Pelajaran Sekolah Cina Persendirian (SPSCP).

Dalam pembentangan usul tersebut kata Lim, Datuk VK Liew sebagai Presiden Parti LDP merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak supaya mengambil tindakan sewajarnya bagi  mengiktirakan  Sijil Pelajaran Sekolah Cina Persendirian di Negara ini.

“Banyak kebaikannya jika pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktirafkan  sijil pembelajaran di sekolah-sekolah cina persendirian. Contohnya  pelajar kaum Cina di Negara ini, khususnya mereka yang berkhidmat degan kerajaan  dengan secara langsung boleh membantu meningkatkan  taraf sosioekonomi Negara; sejajar dengan konsep 1Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri kita," ujar Lim.

Tegas Lim, kesempatan ini diambil bagi mewujudkan kerjasama antara pihak Sekolah Cina Persendirian dalam negara ini dengan pihak universiti-universiti di negara China.




Lim menambah, sekiranya kerajaan  menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengiktraf sijil pembelajaran yang dikeluarkan oleh pihak sekolah Cina persendirian di negara ini;  selaras dengan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh pihak Kolej-Kolej tempatan yang sedia ada; maka penuntut Cina tempatan yang tamat pengajian tinggi di pra universiti, dapat meneruskan  penganjian mereka ke negara China.

Bagaimanpun Lim megalu-alukan tindakan dan usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN) yang begitu prihatin dalam aspek pembelajaran sehingga berjaya menyediakan Hub Pelajaran yang terletak di Batu 10, Jalan Sungei Batang yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

“Saya bagi pihak LDP dan masyarakat cina keseluruhannya memohon jasa baik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar dapat mengumumkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan bagi sekolah-sekolah Cina persendirian di negeri ini dengan segera.

Kata Lim, beliau yakin dengan cadangan sebegini yang dikemukakan kepada Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia telah diterima oleh rakyat jelata demi kebaikan semua yang cintakan kemajuan dalam aspek pembangunan infrastruktur, pendidikan dan keamanan serta kemakmuran.

No comments:

Post a Comment